template

WELCOME NOTE

21 December, 2012

Cerita lama (HARI PERTAMA)^^


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

      Assalamualaikum buat semua… Sebenarnya dah lama nak post pasal ni, tapi tak berkesempatan... Almaklumlah internet takder, so aku meng'save'kan jer dulu entry ni kat dalam laptop. Cerita lama...harini pun dah masuk 21 Disember, dah hampir sebulan aku di KKNC. Ingatkan nak balik hari ni, cuti 5 hari memandangkan Krismas jatuh pada hari Selasa... Ramai yang dah balik dan sedang menikmati kehidupan di kampung halaman, tapi aku dan Hajar(housemate ku) masih di KKNC. Mungkin ada hikmah untuk tak balik cuti ni... cuma aku harap Allah kurniakan kesihatan berpanjangan kepada mak dan adik-beradikku yang jauh dimata tapi dekat dihati. Enjoy reading...

     Alhamdulillah, hari ni dah masuk 25 November 2012 bersamaan 11 Muharram 1434H. Cepat masa berlalu dan cepat juga aku melangkah ke alam baru. Huh, macam dah nak dewasa… hahaha… Kenyataan harus ditelan walaupun pahit. Tinggal 2 hari lagi sebelum aku bergelar orang 18 tahun.. ngeee~ Hari ni adalah hari pertama aku melangkah ke KKNC selepas bercuti selama sebulan. Penat sangat… Baru sahaja menempuh perjalanan yang panjang. Waktu sekarang; 9.27am berada di bilik E5-2-3.

    PERJALANAN DARI KUALA TERENGGANU KE NILAM COURT
Sangat memenatkan, rasa macam nak pengsan pun ada. Haha..
Semalam bertolak dari rumah pukul 8.30pm lepas isyak, dengan abang naik motor ke stesen bas Kuala Terengganu. Punyalah lama tunggu bas.. kata bertolak pukul 9.30 malam, pukul 10 baru bas sampai. Nak dijadikan sketsa.. adalah beberapa orang kawan aku terpaksa kejar bas sebab bas dah bergerak. Diorang turun untuk letak beg, tetibe bas bergerak nasib baik aku tak turun jugak… sob3, tak sempat tengok abang sebelum bertolak. Aku dapat seat paling depan… lapang giler, tapi lenguh jugak urat tengkuk sebab tidur macam tu jer. Kebas dan sejuk sesangat. Sempat pulak aku mimpi mak suruh bangun solat subuh..wakaka.. rupa-rupanya dah pukul 6.oo pagi.
Pukul 6.20 pagi sampai di tempat kejadian.. huhu.. sampai laa di Terminal Seremban. Lepas solat subuh kitorang semua meneruskan perjalanan ke terminal KTM… lengang, tak ramai orang. Jauh jugak dari tempat kitorang diturunkan nak ke KTM, penat berjalan naik turun tangga dengan beg yang berat.. Akhirnya…huhu, naik KTM. Jangan ketawa~ excited nih, for the first time in my life… Naseb baik kawan-kawan ramai, kalau tak terkapai-kapai aku sorang-sorang kat tempat yang sangat asing nih.
Naik KTM sampai kat Batang Benar, then amek teksi ke nilam.. huh, letih kot. Aku dengan pandangan yang tak bermaya ke bangunan blok...tingkat 5. Oh My English.. hehe.. mendakilah aku ke puncak kejayaan sehingga aku berjaya sampai ke E5-2-3. Alhamdulillah~

Tetibe rasa sayu pulak. Aku ngan Aisyah jer yang baru sampai pagi nih. Aisyah bertolak dari Kelantan, naik bas catar sampai pukul 7 katanya. Huhu.. sunyi… NAK BALIK :’(

27 November, 2012

27 NOVEMBER 2012

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hari ni ulangtahun ke 18 aku.. semoga dengan meningkatnya umur akan meningkat juga lah iman.. Ameen, InshaAllah. Seronok dan tak seronok sebab tak boleh sambut birthday kat umah. :'(

Secara tetibe hari ni boleh pulak online, kat KKNC konfem2 laa takder internet. Sepatutnya hari ni dah daftar lab, tapi tetibe free pulak. Hurm, nampak gayanya sem2 nih ada banyak cabaran. Kelas habis lewat, dapat cikgu lain... tutorial group pun dah berubah. Susah jugak nak sesuaikan diri. Sedih dan suram harini, walaupun ramai orang wish birthday tapi tetap tak seseronok tahun-tahun lepas. Btw, aku cuma mengharapkan semoga Allah berikan aku kekuatan dan ketabahan untuk terus melangkah. Moga Allah redha~

23 November, 2012

al kisah hari ini...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni dah masuk 9 Muharram, ramai yang puasa hari ni. Tahniah saya ucapkan. Tapi bukan permasalahan itu yang saya nak perkatakan pada hari ini, cuma ingin berkongsi cerita... cerita tentang diri sendiri. Beratnya hati nak tinggalkan rumah... ditambah perasaan berdebar dan malas nak melangkah ke sem 2. Tapi perjuangan harus diteruskan!

Alhamdulillah selesai jugak urusan pembayaran yuran pendaftaran sem 2. Nasib baik Bank Islam kat 'gergasi' bukak hari ni. 
'GERGASI' a.k.a. Giant KT

Ramai jugak budak USIM yang pergi bayar yuran kat bank Islam Gergasi tadi. Huhu... sedeynye sebab duet tinggal sikit jer lagi dalam akaun.. Yuran dah bayar, tapi buku banyak lagi kena beli...
Ishk3..duet3!!!

Esok malam dah kena angkat kaki dari rumah... Duk rumah bosan... tapi tak nak balik kknc lagi.. uwaa...


"Kenyataan walaupun pahit harus ditempuh"

22 November, 2012

Setengah hari yang menggembirakan

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum semua.... ^__^
Huh, penatnya hari ni... letih sangat, tapi seronok! Bahagia bila dapat berkumpul ramai-ramai ngan kawan-kawan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kita untuk buat reunion hari ni, walaupun pada hakikatnya tak semua pun yang join..

Bestnya jumpa korang semua....


Terima kasih semua, sebab dah luangkan masa untuk kita-kita semua. Semoga Allah kukuhkan ikatan persaudaraan yang terjalin atas nama ukhuwah kerana Allah.. insyaAllah~

Sayang korang liLlahi Ta'ala ^_^

21 November, 2012

Ikhtilat? Banin wa Banat?

بسم الله الرحمن الرحيم 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, apa khabar iman hari ini? In shaa Allah semoga masih dalam pemeliharaan-Nya... Syukur kehadrat Allah kerana masih memberi kesempatan menghirup udaraNya pada hari ini dan saat ini. Semalam saya sempat keluar bersama rakan-rakan, almaklumlah tinggal beberapa hari sahaja lagi di bumi Terengganu ini sebelum masing-masing menyambung perjuangan menuntut ilmu. 

So, sambil meronda-ronda tu ternampaklah pasangan 'couple' yang kononnya 'sweet' laa tu berpelukan dikhalayak ramai. Astargfirullahalazim, Nauzubillahiminzalik. Alhamdulillah Allah masih memelihara saya dan sahabat-sahabat daripada terjebak dengan perkara sebegitu. Kadang-kadang bukan ingin menghina tapi tengoklah sendiri... entah kemana hilangnya perasaan malu mereka. 
Malu sebahagian daripada iman :)

Ada yang kata; "Biasalah tu, dah berlambak aku tengok golongan yang macam ni." Astargfirullahalazim... istirgfar panjang kita, dunia dah nak kiamat. Semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua dan semoga Allah memelihara kita daripada melakukan perkara maksiat.

Inilah masalahnya, bila kita sendiri tak buat apa-apa untuk mencegah. Ditambah lagi bila ada pihak yang hanya tahu menghentam dan menunding jari pada satu pihak saja, masalah tak akan selesai kalau kita hanya tahu mengutuk dan mengeluarkan kata-kata kesat tapi tak pulak berusaha nak mencegah. Pada saya ini bukan masalah mereka semata-mata, tapi ini masalah umat. Masalah yang perlu diambil cakna oleh semua pihak. Ya, mungkin ramai yang tak tahu nak buat macam mana... Saya sendiri terfikir, bagaimana saya boleh mencegah mereka sedangkan saya sendiri tidak mengenali mereka. Takkanlah saya nak terus pergi dan beritahu mereka ini halal dan ini haram. Agak tidak logik pada akal dan andai saya di tempat mereka saya sendiri tidak boleh menerima teguran sebegitu, lagipun saya bukanlah orang yang ahli, sekadar mengetahui mana yang patut dan tidak...masih lagi mencari ilmu. Justeru itu saya memberitahu hal ini semoga kita bersama-sama boleh memikirkan cara yang terbaik. Pada saya ahli keluarga perlu banyak memainkan peranan, beri pendedahan pada saudara terdekat kita. Andai kita seorang abang atau kakak, nasihati keluarga kita, adik-adik kita biar mereka tahu mana yang perlu dan mana yang tidak. Takkanlah kita nak tunggu jadi ustaz-ustazah baru nak nasihatkan keluarga sendiri. Kata sayang tapi apa usaha kita untuk ke syurga bersama mereka?
"Demi masa! Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta berpesan-pesan untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
Al-'Asr;1-3

Ikhtilat:
Alhamdulillah Allah berikan saya peluang untuk mengetahui berkenaan ikhtilat. Ikhtilat ialah percampuran atau bentuk pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi. Pada pendapat saya situasi yang saya datangkan diatas terjadi apabila ramai diantara kita yang terlepas pandang soal ikhtilat, yang seterusnya membuka jalan kepada maksiat. Islam itu indah dan Islam itu mudah. Sebenarnya bukan bila dah sampai tahap berpegangan tangan, berpeluk-pelukan atau bercumbuan baru kita semua nak tegah... tapi harus bermula dari awal. Seperti apa yang saya nyatakan tadi, beri penerangan pada adik-adik remaja kita agar mereka tahu mana yang perlu dan tidak perlu. Teringat saya pada satu artikel semasa di sekolah dulu berkenaan ikhtilat yang masih saya simpan sebagai rujukan. InsyaAllah saya kongsikan sedikit sebanyak buat peringatan kita semua.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Israa' ayat 32; 
"Dan janganlah kamu mendekati zina; zina itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk."
Mungkin ramai yang dah terbiasa dengar ayat nih dan ramai jugak yang memberi alasan;" Kami mana ada bersentuh-sentuhan, bukan nak berzina pun. Kami kawan je, takkan tak boleh." 
Betullah tu, mula-mula kawan, pastu?
Setiap perkara di dunia ini ada permulaannya, tidak terjadi dengan sendirinya. Cuba kita tengok pokok-pokok di sekeliling kita, adakah terus besar seperti itu? Begitulah persoalan zina tadi, takkan lah tiba-tiba orang boleh berzina, mesti ada permulaannya. Cuba kita perhatikan betul-betul mengapa Allah berfirman "Jangan kamu dekati zina..." mengapa tidak jangan kamu berzina? Itulah kehebatan bahasa Al-Quran. Jadi sudah terang lagi bersuluhkan, bukan setakat berzina, mendekati zina pun Allah dah larang. Maka dari itu kita perlu faham apakah perkara yang membawa kepada zina. Disinilah fungsinya bila kita dah faham batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Firman Allah s.w.t;
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nuur;30.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi dalam ayat seterusnya,
"Dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat..."
Surah An-Nuur;31.

Allah gunakan perkataan maa yasna'uun dalam ayat 30 surah An-Nuur. Persoalannya, mengapa tidak maa yaf'aluun? Padahal kedua-duanya membawa maksud apa yang mereka perbuat jika diterjemahkan kedalam bahasa melayu. Sekali lagi saya katakan hebatnya bahasa Al-Quran, bahasa Arab. Yaf'aluun membawa maksud benda yang dibuat tanpa mengambil masa panjang. Contohnya, penampar. Terus jer tamparan kita hinggap di pipi seseorang tanpa ambil masa yang lama. Manakala yasna'uun pula membawa maksud perbuatan yang terancang, perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya. Allah gunakan yasna'uun dalam perintahNya untuk menyuruh kita menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan, Allah itu Maha Mengetahui dari perbuatan kita ingin mendekati zina.

Sabda Rasulullah s.a.w. ;
"Tidak akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan melainkan syaitan menjadi yang ketiga"


Masih panjang perbahasan tentang ikhtilat nih, tapi cukuplah setakat ini dulu, kita sambung di lain waktu, dalam entry yang akan datang ^__^

19 November, 2012

kesunyian.... cuti dah nak abis?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sedar tak sedar dah hampir sebulan cuti sem. Lagi 5 hari jer cuti... huh, sunyi betul cuti nih. Kakak ngan abang pon tak balik. Ape laa nasib kan, time aku cuti diorang tak cuti... time diorang cuti aku pulak tak cuti... huhu, akibatnya kesunyianlah patik nih.

Uish... selalu camni kan, bile dah nak habis cuti baru laa rase cam menyesal tak gunakan anugerah masa lapang yang Allah bagi dengan sebaik-baiknya. Tapi tak guna kalau menyesal tapi tak berubah jugakkan? InsyaAllah, akan datang pasti lebih baik dari semalam. Gukbai~ huhu

santai~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahaa! hmm... lama tak menulis.. dah makin bersawang blog nih, tu laa banyak jer masa tapi xtau nak cakap pasal apa.
Kebuntuan... 
kagum sebenarnya tengok blogger2 laen, 
dengan isi yang mantop... blog pun chanteek.. 
huish...tahniah laa... 
Aku nih asyik me'roger' blog orang jer... hukhuk!


15 November, 2012

azam baru...semangat baru? mampukah...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari dah malam... ni bukan kebiasaan bagi aku... tidur lewat untuk berblogging, huh... tapi ni laa tempat untuk aku ceritakan masalah dan apa yang bermain di fikiran aku.

Hari ni dah masuk 1 Muharam... bermakna ini tahun baru hijrah dan permulaan untuk segala-galanya...mungkin...
Hmm.. agak susah nak zahirkan semua yang bermain di kepala... Cuma yang pasti aku nak jadi lebih baik dari semalam. Mungkin aku bukan yang terbaik tapi... bukan bermakna aku tidak boleh menjadi lebih baik. Kadang-kadang aku malu.. malu dengan semua orang, malu dengan diri sendiri dan aku sangat malu dengan Allah.... Malu sebab selalu mungkir janji... Mungkir pada janji sendiri. Ya Allah, tetapkan lah kakiku agar terus istiqamah mengejar gelaran orang yang bertaqwa... kuatkanlah hatiku untuk terus mencari redha dan cintaMu.. Ya Allah andai semalam aku tersungkur rebah dan tak berdaya, Engkau peliharalah imanku agar terus mekar... Semoga sahabat-sahabatku dan saudara seagamaku juga terus tabah mengejar cinta Allah dalam perjuangan hidup ini...

Ya Allah, teguhkanlah benteng iman kami, jadikanlah kami hamba yang sentiasa mengharap redhaMu... Janganlah kiranya Engkau kurniakan kami kelebihan dan nikmat untuk menjadikan kami orang-orang yang lalai, sebaliknya Engkau berkatilah hidup kami dan jadikanlah kami orang-orang yang merendah diri dan tetap bersyukur...

08 November, 2012

Result sudah kuar??

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

result sem satu dah keluar. Alhamdulillah, dapatlah... Tapi, masih perlukan usaha yang bersungguh2 untuk sem dua nanti. Berdebar sangat, Alhamdulillah tak kurang dari target, tapi sedih jugak, orang laen lagi tinggi kut... Tapi sesuailah dengan usaha aku yang tak seberapa nih... Alhamdulillah...
Seram ~

Hmm... ingatkan fizik dapat teruk, tapi Alhamdulillah dapat A jugak.. Banyak yang aku takleh jawab masa exam fizik haritu... tapi BI dapat B. sedeyy... tapi memang wajar pun, aku memang tak suka pun BI... huhu... tak baik kan, patutlah susah sangat belajar BI... Entah macam mana nak pujuk hati suka subjek bahasa nih... Bahasa Arab pun susah jugak tapi best lagi belajar arabic dari english.

Papepun, aku akan terus berusaha!
Yeah!!! FIGHTING


07 November, 2012

Tudung labuh

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pakai tudung labuh?
Sebenarnya saya terkesan dengan kata seorang guru.. baru-baru ini saya telah menziarahi sekolah lama, sambil menghabiskan cuti sem yang hanya tinggal beberapa miggu sahaja lagi.
Kata guru tersebut sambil memandang saya;"Baguslah kamu ni, walaupun sudah keluar dari sekolah masih pakai tudung labuh."
Tersentak. Saya tanya pada diri saya, kenapa saya pakai tudung labuh? Adakah kerana saya melawat sekolah?
Astarfirullahalazim...
Saya katakan pada diri saya, Alhamdulillah... Allah menginginkan saya sedar... sedar supaya sentiasa ikhlas. Jujur, pada mulanya cuma terdetik didalam hati, saya mesti tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik...(insyaAllah kerana Allah)
Semoga Allah redha~


Kadang-kadang saya tertanya-tanya pada diri sendiri kenapa saya pakai tudung labuh? hmm.... dulu memang tak dinafikan memang saya tak ikhlas pakai tudung labuh.. Tapi tu laa, insyaAllah Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya yang mencari petunjuk.. so, nasihat saya pada yang nak mencuba jangan teragak-agak kalau kita rasa nak pakai tudung labuh.

Perintah Allah:

Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat ke 59,
"Wahai nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, 'hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

dan lagi, Firman Allah s.w.t;
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,..."
surah An-Nuur: 31

Sekarang anda juga jelas dengan dalil yang diberikan. Maka menutup aurat itu adalah wajib.

Pengalaman:
okey, sekarang saya nak kongsikan pengalaman saya.. Bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan tudung labuh.
Dulu masa kecik2 mak selalu buat tudung bulat untuk saya... Mula-mula saya suka, tapi bila dah besar sikit, saya tengok kakak2 pakai tudung bawal dan macam-macam tudung laa masa tu. Saya pun tertarik dengan fesyen, belit sana belit sini... huhu... Saya tak pakai lagi tudung-tudung yang mak jahitkan untuk saya... Saya cakap kat mak, saya nak tudung macam kakak.

Sampailah saya masuk ke sekolah menengah. Saya dapat masuk sekolah agama... 
mula-mula memang kekok, kakak-kakak senior ajar pasal fardhu ain, suruh tutup aurat dan macam-macam lagi. Masih kuat lagi ingatan saya, rindu... rindu dengan suasana sekolah agama, dan satu yang tak akan saya lupakan, disitulah saya rasa bagaimana kuasa tarbiyyah telah membuka jalan untuk saya lebih mengenal Islam.
Memang tak dinafikan pada awalnya memang saya buat kerana takut, malu dengan kakak senior... bukan kerana Allah, walaupun kakak senior kata kita kena buat sesuatu kerana Allah. Masa tu terdetik dalam hati, "baik pakai tudung labuh, nanti kalau jumpa kakak senior mesti kena tarbiyyah nih." Lucu... takutkan manusia, sedangkan Allah lah yang sentiasa melihat dan mengetahui segala isi hati... Astarghfirullahalazim...

Sampailah perasaan kekok itu datang. Kekok bila tak pakai tudung labuh, kekok bila tidak bersarung kaki... Rasa seperti diperhati, rasa seperti penjenayah... walaupun hakikatnya tak ada orang kisah pun.
Saya mula merasa Allah itu sentiasa melihat dan akhirnya saya temui perasaan yang mengatakan saya mesti ikhlas... Ya, saya buat kerana Allah s.w.t. ,kerana saya milik Dia dan saya mesti patuh pada suruhanNya...
Saya hamba~

Saya bersyukur:
Syukur Alhamdulillah, Allah hadirkan perasaan tu, Allah kurniakan nikmat kepada saya untuk bersama orang-orang yang mengamalkan ajaran Isalam. Dan Allah permudahkan segala-galanya untuk saya. Syukur, kerana bersama rakan-rakan yang sentiasa menyokong.


credits to DrCintaPunyeBelog :)

Ejekan:
kadang-kadang ada yang panggil kita ustazah bila dah pakai tudung labuh. Dulu saya rasa marah, marah bila diorang panggil ustazah... tapi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mendoakan saya menjadi ustazah walaupun bukan cita-cita saya untuk menjadi seorang ustazah. Mungkin kadang-kadang Allah datangkan mereka cuma ingin menguji sejauh mana nekadnya kita untuk meneruskan tekad yang telah kita bina. Semoga Allah kuatkan hati perempuan-perempuan beriman untuk menjalankan perintah Allah. Dan semoga terus istiqamah, juga kepada diri saya yang mudah sekali goyah ini.

Kadang- kadang ada yang kata kita hipokrit, tunjuk baik dan macam-macamlah. Hatta hati kita pun berbelah bagi, takut dikata hipokrit... tapi adakah kita yakin kita tidak dianggap hipokrit bila tidak bertudung labuh? Penting sangatkah pandangan mereka? Pada saya, saya akan lebih rasa bersalah kalau saya tinggalkan perintah Allah, daripada memandang siapa kita pada mata manusia.
InsyaAllah~

Alhamdulillah saya gembira dengan tudung labuh... Bahkan saya merasa lebih terjaga dari segala aspek. Kadang-kadang bila kita pakai tudung labuh rasa seperti hati kita lebih terjaga. Tapi saya cuma manusia biasa... mudah melakukan kesilapan, kerana itu saya katakan; tudung labuh bukanlah ukuran imanku... Saya masih mencari dan mencari... mencari sinar cinta Ilahi, saya akan terus mencari...
Semoga Allah redha~



06 November, 2012

mari check HATI KITA

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Alangkah susahnya mendidik hati.....
Sedangkan ia adalah pandangan Allah,
Menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan.

Alangkah susahnya mendidik hati....
Bila dipuji,
Sombong menghiasi diri;
Bila diuji pencaci,
Dibenci sehingga berdendam sampai mati;
Bila nafsu melingkari,
Rasa seperti perbuatan diredhai.

Didiklah hati
Menuju kebenaran...dan mencari
Makna cinta Ilahi

ramai seperti buih???


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


kalau tengok tajuk entri kali nih mesti kita tertanya-tanya apa yang dikatakan ramai seperti buih... buih yang dimaksudkan tu adalah buih di lautan.Kali ni saya nak ceritakan berkenaan satu hadis nabi s.a.w yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Manusia hampir kesemuanya berkerumun memusuhi kamu seperti orang mengurumuni makananan dalam dulang."Kami bertanya,"Adakah pada hari itu kami sedikit?."Jawab Rasulullah,"Kamu pada ketika itu ramai tetapi kamu seperti buih air,Allah telah menghilangkan dari hati musuhmu perasaan takut kepada kamu dan mendapatkan dalam hati kamu perasaan takut dan lemah."Seorang bertanya;"Apakah kelemahan itu?"Jawab baginda;"cintakan dunia dan bencikan mati."
riwayat Abu Daud 

bicara seorang teman

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


hadirku untuk menjadi teman pemberi peringatan
bukan untuk melalaikan
adanya diriku sebagai penghembus semangat jihadmu
bukan penggoyah imanmu
namun,andai kau rasakan
diriku ibarat embun
muncul kala dinihari
hilang kala terbitnya mentari
maka ingatlah
aku masih disini
sentiasa berdoa moga hubungan kita 
terpelihara sepanjang hari...





TEMAN DATANG DAN PERGI....
NAMUN ANTARA BERJUTA TEMAN BELUM PASTI
HADIRNYA SEORANG SAHABAT SEJATI.....
DAN,SAHABAT SEJATI ADALAH 
YANG MEMBIMBING KEARAH
CAHAYA ILAHI




friends are like balloons,
once you let them go;
you can never bring them back,
that's why,tie them tight in your HEART!!!!


hold my hand
 I hear the flower's kinda crying loud
The breeze's sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don't see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don't we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they've lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore
heartbreaking crying sounds
And we're still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it's a daily basic affair

No matter how far I might be
I'm always gonne be your neighbor
There's only one small planet where to be
So I'm always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can't deny
That we're always gonna be neighbors
You're neighbor, my neighbor
We're neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let's pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Aspek kerohanian dalam mencapai kejayaan

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



PENYUNTIK SEMANGAT!!!


*bagi yang study penat lelah kemudian berjaya dengan jayanya;
bersyukurlah...firman Allah s.w.t.:
"dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan,sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah(nikmat)kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmatKu),maka pasti azabku sangat berat"

-surah ibrahim:7- 

*bagi yang study penat lelah tapi keputusan tidak cemerlang;
ingatlah,sesungguhnya Allah ada sesuatu yang lebih baik untuk kita,sebagaimana firmanNya:
"diwajibkan keatas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-surah al-baqarah:216-

*bagi yang tak study sungguh-sungguh tapi berjaya dengan cemerlang;
jangan ingat Allah bagi nikmat kerana ibadah kita tapi Allah bagi kerana Dia berkehendak.Firman Allah s.w.t.:
"sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa perhitungan."

-surah al-baqarah:152-


imam waqe';
"ilmu itu cahaya,dan cahaya Allah
tidak akan sampai kepada orang
yang berbuat kemaksiatan"

*orang yang tidak study dan mendapat keputusan yang teruk;
  sabda Rasulullah s.a.w.;
"setiap anak Adam melakukan kesalahan tetapi 
pelakunya yang terbaik adalah yang selalu bertaubat"
firman Allah s.w.t. didalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri,dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)."
-surah Asy-Syura:30-
you hold the key to your success!!!!!
"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU SEBELUM MEREKA MENGUBAH KEADAAN DIRI MEREKA SENDIRI.DAN APABILA ALLAH MENGHENDAKI KEBURUKAN TERHADAP SESUATU KAUM MAKA TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAKNYA DAN TIDAK ADA PELINDUNG SELAIN ALLAH."
surah Ar-Rad:11

05 November, 2012

kosong 0_o

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pernah tak rasa kosong?? macam ada something yang tak kena dengan diri sendiri... Ya Allah, peliharalah diriku... pimpinlah agar aku terus berada dalam rahmatMu.. ku rindukan pimpinanMu... 

Terasa kosong tanpa pengisian2 rohani.... Apakah iman ku sedang menurun?? terasa lalai, malas dan letih.... Ya Allah apakah persaan ini.... jauhkanlah aku dari sifat-sifat mazmumah..

Rindu.... Sayup kedengaran laungan asma ul husna yang dialunkan beramai-ramai sebelum masuk kelas pagi di sekolah dan selepas solat isyak... rindunya, terdengar suara rakan2 yang turut sama mengalunkan asma' Allah.... banyak fadhilatnya.... tapi kini... aku termenung sendiri,... apakah patut rutin itu ditinggalkan hanya kerana aku sudah tidak berada di sekolah lagi??

Dan lagi.... teringat aku pada kedamaian surau al mumtazin di shams...
Surau Al-Mumtazin SHAMS

Dulu, disanalah aku pergi jika terasa diri ini makin goyah.. lemah.. terasa ingin rebah.........kosong, ya seperti apa yang aku rasakan sekarang.. sungguh aku insan lemah yang banyak melakukan dosa... kerdilnya diri ini, apakah pantas aku menggelar diri yang hina ini sebagai hamba Allah sedangkan diberi nikmat masa lapang begini pun aku sudah merasa malas. Ya Allah ampunilah diri ini....

Alangkah susah menjaga hati....
بسم الله الرحمن الرحيم
kumulakan hari ini dengan kalimah suci....
semoga Allah memberkati hidupku dan saudara2ku...

02 November, 2012

Bersediakah???

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum exam MUET...
kenapalah ada exam MUET nih... 
buat hati resah gelisah jer...
Aku mesti dapat band 4 pulak tu.. ishk..
kata cikgu masa seminar MUET haritu; 
"Awak semua mesti buat yang terbaik, sebab awak dah bayar RM150 untuk exam nih... Awak nak ker repeat lagi next year, then kena bayar lagi... Peluang nih gunakan untuk buat yang terbaik!"

Huh... bersemangat kot nak habiskan MUET... 
Tolong laa... mengganggu cuti aku jer...
Harap dapat buat yang terbaik, then tak nak fikir lagi pasal MUET nih...



29 October, 2012

Kehidupan di Usim

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t.
      Hmm… Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah pada hari ini…. Dah hampir seminggu cuti sem satu berlalu.. Entah bagaimana nak menguruskan cuti nih… lalai… lalai dengan nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang yang diberikan Allah. Susah nak mendidik hati. Semoga Allah kurniakan kemudahan kepadaku juga kepada rakan2 seperjuangan untuk terus istiqomah melakukan kebaikan.
      Okey, today nak cerita serba sedikit kehidupan kat tamhidi… huhuhu…… bile dah habis sem baru ada kelapangan untuk berkongsi nih… Hmm, lucu bila ingat balik masa first datang… Mule2 daftar kat stadium excited…kediaman kitorang diasingkan dari budak2 degree… kat nilam court, apartment 3 bilik…huhu, first time dengar terbayang macam sumai jer… huhu…berangan…sekali dah sampai mak oii…dah lar berjiran dengan india…hahaha…tapi bila dah bersih2 sume okay lah jugak…at least adalah tempat tinggal… Alhamdulillah selesa…walaupun katil double decker.
     Okay first day memang tak bertegur sapa sangatlah dengan housemate…huhu…masing masing busy kemas barang2… Satu rumah ada 8orang… bilik aku dua orang…Aku ngan Nad. Untungla dapat roommate yang dah kenal… Nad ni kawan sekelas aku masa kat SHAMS. Walaupun dulu tak rapat tapi tetap kawan…hmm… rindu Nad, sekarang Nad dah fly ke Jordan, amek dentistry jugak…Semoga berjaya sahabat!! Eh, kita sambung cerita tadi…okay sebenarnya ada 8 orang tapi tinggal 5 je yang masih setia mengejar cita2 amek dentist kat usim terchenta nih… Antaranya maryam, aliya, hajar, ecah dan aku. Hmm…hepi dapat sahabat2 yang baik macam diorang nih…Alhamdulillah~ tapi.. tetap tak boleh ganti sahabat2 di SHAMS dulu…rindu~
     Next nak citer pasal kuliah… “Tamhidi of Dentistry” huh’…chewah, jangan nak bangga sangatlah!! Ok… kitorang bersyukur sangat dapat masuk kuliah dentist, harapannya dapatlah sambung degree pulak next year… kuliah dentistlah yang paling sikit… Awal2 dulu lebih kurang 90 something… tapi sekarang lebih kurang 7o++ kot… still ramai tapi tak seramai dulu la… Ramai yang dah pindah, dapat tawaran yang lebih baik dan beri peluang untuk kita semua merebut tempat… hmm… kenyataan pahit yang harus ditelan, “bitter pills to swallow”… hanya 35 kerusi saja yang ada untuk buat dentist… meaning that, kalau kitorang tak berjaya buat yang terbaik masa tamhidi ni, alamatnya degree nanti kena sambung sc tech. So, mesti kena dapat pointer 3.3 keatas and at least band3 muet… Tapi tu bukan level yang sebenar kitorang kena dapatkan, siapa yang terbaik dialah yang terpilih. Menggerunkan jugaklah, sebab kebanyakannya pelajar2 yang hebat, dari sekolah yang hebat2…tapi bukan bermakna aku berserah…mesti struggle…InsyaAllah, rezeki Allah dimana2…haish, macam sedey laa pulak kalo tak dapat~ :’(
     Walaweh…emm…apa lagi nak membebel nih… jap nak fikir… hmmm.., nih nak citer pasal belajar pulak… Kitorang ada 7 subjek. Biology, Physics, Chemistry, Mathematics, English Language, Arabic ngan TUH… TUH ni Quran Hadith in Science… best…sume subjek best. Lecturer sume sporting giler… kalau ustaz TUH tu memang lawak habis… masuk kelas memang ketawa jer kerjanya… huhu… Tapi dalam ketawa2 kena laa beri perhatian jugak… Letih jugak sebab jadual pack. Setiap minggu ada test ngan quiz… Tapi normal laa kan, kalau tak takder mau nyer kitorang study bagai nak rak…huish… satu lagi, nih yang aku tak tau nak buang macam mana tabiat nih… Study sebab test… Entah macam mana nak buang walaupun hati kata nak study kerana Allah. Tapi usaha tetap diteruskan. Semoga Allah redha.
     Lagi… cerita pasal bas… huhu… satu perkara yang membuatkan aku agak bengang. Sebut pasal bas nih… sangat menguji kesabaran. Setiap hari kena berasak2 naik bas. Time pagi elok jer beratur tapi bila petang, huish tak der maknanya diorang nak beratur… Kalau tak berebut tak sah. Haha.. kadang2 malas jugak nak berasak2 dengan orang tapi alamatnya pukul 7 petang laa baru sampai kat nilam… Dulu pernah jugak aku menangis… tension, stress tunggu bas. Bayangkan hari tu hari jumaat, kitorang habis kelas pukul 12. Tapi nak balik bas dah penuh. Pak cik tu cakap bas lepas nih untuk muslimin pergi solat jumaat je. So kitorang pun tunggu laa… tunggu punya tunggu, solat zohor dulu… punyalah ramai orang kat surau… masa tu tak tahu lagi jadual bas, so kitorang ingat tak der lagi bas ke nilam, sekali keluar bas dah jalan… argh tension betul masa tu… kitorang pun amek keputusan untuk tunggu bas seterusnya. Masa tu dalam pukul 2.40petang… tunggu punya lah lama… sampai masuk azan asar. Akhirnya pukul 5 jugak baru sampai kknc. Bengang sangat..sebab dah bazirkan masa tunggu bas seharian masa tu… lepas2 tu pun sama… kadang2 aku terfikir jugak. Mungkin inilah masalahnya, pelajar buang masa tunggu bas… tapi salah kitorang jugak.. mungkin ini dugaan, Allah nak tengok sejauh mana kita hargai masa… So pengajaran yang aku dapat, kita mestilah sabar dan gunakan masa yang ada tu untuk recall balik apa yang dah dipelajari pada hari tu.
Huhuhu.. banyak jugak nak cerita kan… tadi punyalah tak der idea nak tulis apa. Okeylah.. nanti kalo ada masa aku sambung lagi…
Assalamualaikum. ^_____________^

26 October, 2012

tabahkan hatimu!!


"ya Allah,jauhkanlah sifat iri hati dan putus asa daripada dalam diriku.Jauhkanlah buruk sangkaku kepadaMu.Engkau telah berkehendak sedemikian rupa,sedangkan setiap kehendakmu adalah sebaik baik kehendak.
Engkau takdirkan aku mengalami hidup seperti sekarang ini.berilah keyakinan akan diriku,Ya Allah,supaya aku benar2 yakin bahawa perjalanan hidupku adalah sebaik baik takdirMu" 
                                       dipetik dari munajat cinta m/s219

percayakah kamu akan kasih sayang Allah? 
kasih sayang Allah tak selalu wujud berupa kesenangan,kebahagiaan dan kegembiraan.
terkadang kasih sayangNya wujud dalam bentuk penderitaan,kepedihan dan duka lara...
kerana kasih sayangNya,orang2 terbaik segera pergi dijemputNya.. dan kerana kasih sayangNya,orang2 yang buruk akhlak dipanjangkan umur supaya bertaubat meyedari kesilapannya dan yang lain dapat mengambil iktibar daripadanya...
                                    dipetik dari munajat cinta m/s376
      kalaulah manusia tahu hadis ini....
.....telah berkata Jibrail a.s.:"Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu ini,"maka Allah s.w.t. menjawab:"biarkanlah hambaKu itu,kerana Aku mencintai rintih suaranya"....
                                            -anas b. malik r.a.-

kadang2 kita berdoa untuk kuat,tapi banyak pula dugaan datang,
    kadang2 kita minta cerdik,tapi masalah pula bertandang,
kadang2 kita minta kebahagiaan,tapi huru hara pula menjelang,
           dugaan menjadikan mental kita kuat,
            masalah menjadikan kita berfikir,
            huru hara menjadikan kita tabah, 
itulah kehebatan Allah...semua yang berlaku ada hikmahnya.... 
      jangan kecewa dengan masalah hari ini
   sehingga terlupa akan kebahagiaan hari esok...
                 kerana mungkin.......
 esok Allah akan menyediakan sebuah kebahagiaan untukmu
          sebagai hadiah ketabahan hari ini

jom post!!!

huhu... lame x post kt blog nih....



10.10.2012
Hmm… badan dah letih, tangan pun dah letih menulis tapi banyak lagi kena study…. Arghhh…. Bosannya menghadap buku yang bertimbun-timbun…. Minggu depan dah final exam untuk sem ni… Sekejap je masa berlalu… takut jugak tapi nak buat macam mana hadapi la kenyataan… Huhu…. Naik bosan tengok buku… tolong laa… cepat laa habis exam.
Huhu…bosan betul nih… jeles tengok kawan2 yang boleh sambung study lagi… 
otak dah tepu…. Trafik jam… relax kejap, luah perasaan kat skrin laptop nih…                                   rindunya nak jadi budak sekolah… ingat lagi time exam spm dulu, kalau bosan petang tu keluar ramai-ramai pergi pantai…. Untung la asrama dekat ngan pantai, walaupun letih jalan kaki nak sampai.  Huwaa… rindu sangat kawan kawan…. Sekarang kalau bosan pun tak boleh pergi pantai… nak keluar jalan-jalan pun takde orang nak temankan…. Takut ganggu orang nak study, al maklumlah nih dah final sem, mesti buat betul2…
Huh kuat betul guruh di langit… hujan pun turun mencurah2… menakutkan. L


Okaylah.. dah puas membebel…
Nasihat untuk kawan2 yang sedang sibuk study menjelang exam:
1.       Study study jugak, tapi jangan lupa makanan rohani dan jasmani. Jangan sampai study 24 jam sampai tak ingat nak solat. Dirikan solat di awal waktu… makanan jasmani pun penting! Jangan sampai skip makan pulak, nanti tak ada energy macam mana nak berfikir…. Kalau dah sakit kan susah… J
2.      Hmm.. jangan laa stress sangat, ilek2 suda… hehe… InsyaAllah rezeki Allah pasti ada untuk kita…

put your trust in Allah. Certainly, Allah loves to them who put their trust in Him.

JANJI ALLAH ITU PASTI…






Sakinah <3

huhu....skrg bru bleh post,kt sana xder tenet... =_=