template

WELCOME NOTE

17 May, 2012

my dear Meah !!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

17 mei 1994
Hari ni birthday Nur Samihah Abdullah Suhaimi.
wish dari saya:

meah ^^
sanah helwah Meah comey
semoga dimurahkan rezeki
semoga dilindungi Allah dan diberi kesihatan yang baik
semoga berjaya di dunia dan akhirat

cerita kita :)
     Ok, saya kenal ngan sahabat saya ni dari f1 lagi di SHAMS, duk asrama pun sama-sama .... Tapi masa dulu-dulu tak rapat sangat, bukan bergaduh tapi tak se'geng'...huhu...
     Kami mula rapat time f4... sangat rapat... Tambah lagi sekelas, 4A2... huhu, masa ni memang banyak benda lah kitorang kongsikan... Huhu.... time tu baru rasa macam kenal sikit ngan perangai Meah ni... Ingatkan skema upenye sempoi jugak!!
Kitorang memang minat seni, lukisan khat dan perkara-perkara yang comel nih.... Banyak jugak perkara yang kami buat sama-sama, macam hias board kelas 4A2... seronok, walaupun ada yang cakap macam tadika... lantak laa..janji hepi dan kerja kami siap, buat kain rentang, poster, hiasan untuk hari guru... tapi ramai lagi rakan- lain yang bayak menolong... hmm... seronok bila ingat-ingat balik tapi ada jugak benda yang dikesali... nevermind, pengalaman...
         Masa f5, kami satu dorm.. ap21, sekali lagi hias dorm ngan hias loker sama-sama... Tapi masa f5 memang susah nak jumpa... sibuk, kalau jumpa pun dah malam... then tidur, bangun pagi kejut masing-masing... kalau nak puasa sunat, pagi tu mesti buat kopi... huhu...
        Masa SPM pun sama~ Tapi banyak perkara yang buat saya sayang sahabat saya ni... ^_^  Walaupun kadang-kadang dia sangat laa STONE.... huhu.... Banyak betul kenangan kita bersama..... Harap lepas ni persahabatan kita semakin mekar di bumi USIM ^^,
Mula-mula ingatkan saya kena berpisah dengan Meah ni, upenye dia tak jadi fly ke Jordan... Apa-apapun, selamat berjuang walau dimanapun kita berada..... huhu... jangan sedey2, nanti xcomey.... Saya doakan Meah berjaya menjadi arkitek, kata nak bina Quranic Castle sama-sama... InsyaAllah . . .
'JANGAN MEREMEHKAN SEBUAH IMPIAN KERANA ALLAH TAHU ISI HATI KITA'
Sampai sekarang saya pegang nasihat enti....
Dan saya harap sahabat saya pun jadi seorang yang tabah dan kuat untuk terus melangkah dalam kehidupan beliau...
       
ap 21 :)

:) smile...
 Terima kasih sebab dah jadi kawan saya yang sudi dengar curahan masalah saya, sebab banyak nasihatkan saya, jadi semangat saya bila saya down... Terima kasih jugak sebab dah banyak tolong saya.... percayakan saya untuk mendengar masalah-masalah awak...
Mintak maaf kalau ada tersinggung, saya hanya manusia biasa...

uhibbukifillah ^_^

                                              sakinah kamarudin

16 May, 2012

Kesengsaraan Palestein

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ini 15 Mei 2012
Baru aku tahu peristiwa yang berlaku disebalik tarikh hari ni. Rupa- rupanya sebegitu sengsaranya rakyat Palestin selama ini. Hmm, pada mulanya memang aku tak faham.... bukak fb, tengok ramai kawan-kawan yang dah tukar profile pic mereka. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya sebagai simbolik bahawa kita semua peduli dengan apa yang berlaku pada umat Islam di Palestin.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NAKBAH ATAU HARI NAKBAH ?

Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana. Manakala, Hari Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Oleh itu, ia diperingati oleh rakyat Palestin dan umat Islam keseluruhannya sejak 1948. Hari Nakbah sebagai memperingati hari di mana rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya; Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dahsyatnya peristiwa tersebut.  


SEJARAH :)

Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Terdapat 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, namun rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Kesan langsung daripada Nakbah ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih 60% rakyat Palestin ke luar negara, manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah yang ditakluki mereka.

Hari ini, demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini, ramai yang telah menukar Profile Picture dan DP Facebook.












KENAPA BEWARNA COKLAT DAN BERTUTUP MATA?

Warna coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel kepada BANDUAN BERANI MATI.
Manakala logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel". 
Tahanan Palestin melakukan mogok lapar.
Mogok lapar ini merupakan yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab - 77 hari
Thaer Halahleh - 77 hari
Hassan Safadi - 71 hari
Omar Abu Shallal - 69 hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 hari
lebih daripada 2000 Bantuan - 28 hari

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

BAGAIMANAKAH ISLAM MELIHAT PERBUATAN MOGOK LAPAR OLEH TAHANAN UMMAT ISLAM DI DALAM PENJARA ISRAEL?
Juga, pihak yang ditahan (secara zalim-terpenjara) tidak mempunyai cara lain untut menuntut haknya; pengalaman menunjukkan ini adalah cara terbaik untuk menjejaskan pihak musuh.


Prof. Yusuf al-Qadhrawi ada menjelaskan hukum mogok (lapar) ketika ditanya berkenaan hukum mogok lapar oleh tahanan penjara Israel.
"Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf, bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!
Oleh itu, menjadi kewajipan keatas umat Islam untuk memberi sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing sama ada secara sokongan aman, demonstrasi, atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama mereka!!


Tidak ada masalah sekiranya pihak yang ditawan menggunakan kaedah mogok lapar, jika beliau memikirkan ini adalah cara yang berkesan untuk menuntut hak beliau dan untuk menimbulkan keresahan di pihak musuh. Apa yang menimbulkan kemarahan pada pihak musuh disukai oleh Islam, sebagaimana Allah s.w.t. memuji para sahabat Rasulullah s.a.w. "....Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (musuh) dengan kekuatan orang-orang beriman" (al-Fath;29). Allah s.w.t. juga menyebut tentang mereka yang berjuang pada jalan Allah. ".....dan tidak pula menginjak satu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir (musuh), dan tidak menimpakan satu bencana kepada musuh, kecuali akan dituliskan pada mereka satu amal kebajikan" (at Taubah;120)


Sekiranya kaedah ini menimbulkan kemarahan golongan kafir (musuh) dan menjadikan suara tahanan didengari di seluruh dunia, ia bukan sahaja dibenarkan, bahkan digalakkan. Ini adalah kerana seorang muslim itu akan bertahan sejauh kemampuannya, tetapi beliau tidak akan sampai menyebabkan kematian kepada dirinya kerana nyawa bukan milik beliau. Allah s.w.t. berfirman;
"Dan jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat Pengasih kepadamu"
(an-Nisa;29)


MEREKA TERSEKSA SETIAP SAAT, DAN BOLEH MATI PADA BILA-BILA MASA SAHAJA, ADA DIANTARA MEREKA YANG TELAH TURUN 30 KG, BLEEDING DI BEBERAPA BAHAGIAN TUBUH, DAN GIGI PUN LURUH, 
SAMA-SAMALAH KITA BANYAKKAN TAUBAT DAN BERDOA UNTUK SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KITA DI SANA.
MUNGKIN INI SALAH SATU USAHA KECIL YANG BOLEH KITA LAKUKAN !!!


14 May, 2012

menjawab persoalan kenapa?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Akhirnya, baru-baru ini aku telah menetapkan pilihan dengan memilih USIM sebagai destinasi untuk aku terus melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi...

BUKAN SENANG BUAT KEPUTUSAN :)
hmm.... tidak dinafikan, memang sukar untuk menentukan pilihan apa lagi kalau pilihan itu berkaitan dengan masa depan kita... our future... Justeru, penting sangat untuk kita fikir 4, 5, 6 kali sebelum buat keputusan muktamad. Jadi aku sarankan buatlah solat sunat istikharah dan mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah minta ditunjukkan jalan terbaik dalam hidup kita. Tapi jangan lupa, bincang dengan ahli keluarga, fikirkan masak-masak ( jangan maen masak-masak sudeh )  ^^

PERSOALAN "MENGAPA...."
ok... bila aku buat keputusan ni, ramai yang cakap;
"lorh...knape x amek je tawaran maidam tu... kan dah dapat tajaan tuh, rugi betul laa..."


"knape tolak tawaran maidam tu, kan ke ko dah bayar RM300 tuh... membazir betul laa budak ni..."


"Betul ke nak tolak tawaran tu, nanti menyesal... ingat senang ke blajar medik.."


ok, realiti... biasanya memang ramai yang pandai cakap aje tapi tak pernah merasa pun... tapi seriously, aku tak salahkan diorang... Walau sesape pun diorang, aku tau diorang cuma nak kan yang terbaik untuk aku... Well, orang yang disayangi nih memang ramai orang nak risaukan... ( huhuhu... terperasan la pulak ) Hmm.... tapi aku bangga ada kawan-kawan ngan famili yang sangat memahami, sentisa support aku dari belakang walau apa pun pilihan aku... Thanks u all...


AKU??
ok...ni jawapan or reason aku :)
Firstly, aku nak sangat amek medik and then capai cita-cita aku tuk jadi seorang doktor muslim yang boleh berkhidmat untuk Islam. Second, aku takut nak pergi luar negara sebenarnya... mak pun macam tak sampai hati nak benarkan aku gi Jordan... Aku tak nak susahkan mak, lagi pun kita tak tahu apa yang akan berlaku... pada mulanya aku fikir, apa nak risau kan maidam taja semua... tapi satu yang aku lupa, macam mana kalau duit tak cukup... perbelanjaan mahal lagipun aku bukan orang senang...
Yup, mungkin orang kata;"tak rugi belajar agama" ...betul 3... takder sape pun cakap tak guna, bahkan orang yang belajar agama lah orang yang paling beruntung..
hadis RASULULLAH s.a.w. :)
"Barangsiapa yang Allah menginginkan kebaikan untuknya, maka Allah memberikannya kefahaman dalam agama (Islam)"


Tapi, aku menolak pengajian agama itu bukanlah bermakna aku tidak mendambakan kebaikan, bukan juga kerana aku ingin melebihkan duniawi... tapi kerana aku ada pandangan dan pendapat sendiri. Bagi aku, aku ingin mencapai semua cita-cita aku... Aku sangat respect kepada orang yang ambil bidang agama... ni satu lagi pendapat yang aku dengar;"Perempuan buat apa belajar tinggi-tinggi, nanti bila dah kawin kena duduk rumah jugak jaga anak-anak"
Yup, masing-masing ada pendapat.... aku tak salahkan diorang kerana ini tandanya manusia berfikir... Tapi, bagi aku... at least kita ada ilmu, menuntut ilmu wajib... dan mungkin kalau perempuan tu dah ada kerja or kelulusan, takde la susah bila dalam keadaan terdesak, kita tak tau.. macam- macam boleh jadi di masa akan datang, katakan kalau si suami tu muflis, sakit, meninggal ke... nauzubillah... Yang penting kita boleh berdikari kan...


Akhir sekali aku hanya mampu katakan; InsyaAllah, ini pilihan terbaik untukku. 

Ahmad Izzah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

InsyaAllah,hari ni nak kongsikan satu cerita...
Selamat membaca ^_^

                  Suatu petang, tahun 1525, penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam.Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis sedang memeriksa kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badan, merendahkan diri ketika 'algojo' penjara itu melintasi di hadapan mereka. Seandainya tidak, sepatu 'boot keras' milik Tuan Roberto yang fanatik kristian itu akan mendarat di wajah mereka.Roberto marah besar ketika terdengar dari sebuah kamar tahanan,seseorang sedang mengumandangkan suara-suara yang amat dibencinya."Hei....hentikan suara jelekmu!!...Hentikan...!!" teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun begitu, lelaki tua yang berada di kamar tahanan tadi tetap bersenandung dengan khusyuknya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tidak lebih sekadar cukup untuk seorang sahaja. Dengan marah, ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tidak puas dengan itu, ditambah lagi dengan mencucuk wajah dan tubuh si tua itu dengan puntung rokoknya yang menyala.

            Sungguh ajaib, tiada kedengaran secuit pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana `abduka.... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadapan itu serentak bertakbir sambil berkata,"Bersabarlah wahai ustaz......InsyaAllah tempatmu di syurga." Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Dia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel dan ditariknya tubuh kurus orang tua itu sekeras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. "Hei orang tua busuk!! Bukankah engkau tahu bahawa aku tidak suka bahasa hinamu itu? Aku tidak suka apa-apa sahaja yang berhubung agamamu..!" Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Kau telah membuatkan aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya, engkau akan ku bunuh, kecuali engkau meminta maaf dan mahu menganut agama kami."

            Mendengar khutbah Roberto itu, sang tahanan tua mendongakkan kepala menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Dia seraya berkata, "Sungguh, aku sangat merindui kematian agar aku segera bertemu kekasihku yang amat kucintai, ALLAH. Apabila kini aku berada dipuncak kebahagiaan kerana akan segera menemuinya, patutkah aku berlutut padamu, hai manusia busuk? Jika ku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk dalam manusia yang amat bodoh." Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu laras Roberto sudah mendarat di wajahnya, lelaki tua itu terhuyung-hayang kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah yang berlumuran darah. Ketika itulah, daripada saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'.

            Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang ustaz terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu hai laki-laki dungu..!!" bentak Roberto."Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tiada jalan lain melainkan dengan jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu laras seberat 2 kg itu digunakan untuk menginjak jari-jari lemah sang ustaz.

             Suara gemertak tulang yang patah kedengaran menggetarkan hati. Namun, tidak demikian bagi Roberto. Lelaki bengis itu malah berasa bangga mendengar gemertak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu berasa lebih puas apabila melihat titisan darah yang mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tidak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan, Roberto cuba membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak, algojo itu termenung. "Ah, seperti aku pernah mengenal buku ini." Suara hati Roberto tertanya-tanya. Perlahan, Roberto membuka lembaran pertama. Pemuda berumur tiga puluhan itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan 'aneh' dalam buku itu. Rasa-rasanya, dia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tidak pernah dilihat lagi di bumi Sepanyol.

             Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis Roberto diliputi tanda tanya yang dalam. Matanya terpejam rapat. Dia berusaha keras mengingati peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan-lahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang semasa zaman kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya. Petang itu dia melihat peristiwa yang mengerikan di padang Inkuisisi ( lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia ). Di tempat itu, telah berlangsung pesta darah dan nyawa.

            Beribu-ribu nyawa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan beberapa puluh wanita berhijab digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan ditiup angin petang yang kencang membuatkan pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara itu, di tengah-tengah lapangan, ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya kerana tidak mahu menganut agama yang dibawa oleh rahib.

            Seorang kanak-kanak lelaki yang comel dan tampan, berumur sekitar 7 tahun, malam itu masih berdiri  tegak di lapangan Inkuisisi yang sunyi sepi. Korban-korban kebiadapan itu telah syahid semua. Kanak-kanak comel itu melimpahkan air matanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh Sang Ummi yang sudah tidak bernyawa, sambil berkata dengan suara yang parau; "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji akan mengajariku lagi tentang Alif, Ba, Ta, Tsa...? ummi, cepat pulang ke rumah, ummi....."

             Budak lelaki itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tidak jua menjawab ucapannya. Dia semakin bingung dan hilang arah tidak tahu apa harus dibuatnya. Akhirnya budak lelaki itu berteriak memanggil abinya. "Abi...abi..abi..." namun, dia segera berhenti apabila teringat peristiwa petang semalam, bapanya telah diseret oleh beberapa orang berseragam.

             "Hai...... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak itu. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu ummi..." jawabnya memohon belas kasihan. "Hah, siapa namamu budak, cuba ulangi!!" bentaksalah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah.". Dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba... 'plakk', sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil itu. "Hei budak..... wajahmu cantik tetapi namamu buruk sekali. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang adalah Adolf Roberto... Awas!!! Jangan kau sebut nama lamamu itu lagi, nanti akan kubunuh!!" ancam lelaki itu. Budak itu menggigil ketakutan, lalu menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar dari lapangan Inkuisisi. Akhirnya, budak lelaki itu hidup bersama mereka.

               Roberto tersedar dari lamunan panjangnya. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan tua tadi. Secepat kilat diroberkya baju penjara yang melekat di tubuh sang ustaz. Dia kelihatan mencari sesuatu pada pusat lelaki tua itu. Ketika menemukan suatu `tanda hitam', dia berteriak hysteria, "Abi...abi...abi..." Dia lantas menangis keras tidak ubah seperti Ahmad Izzah suatu masa dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Dia masih ingat betul, bahawa buku yang digenggamnya adalah kitab suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca oleh abinya ketika hendak menidurkannya. Dia juga ingat betul 'tanda hitam pada bahagian pusat sang ustaz sama persis dengan abinya. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah milik abinya itu. Tampak sekali penyesalan yang amat mendalam atas tingkah lakunya sebelum ini. Lidahnya yang sudah berpuluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontannya menyebut, "Abi...Aku masih ingat Alif, Ba, Ta, Tsa..." hanya sepatah kata itu yang masih terakam di benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada titisan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar, dia masih dapat melihat wajah yang tadi menyeksanya habis-habisan, kini sedang memeluknya. "Tunjukilah aku jalan yang abi tempuhi. Tunjukkan aku jalan itu..." terdengar suara Roberto meminta belas.

               Sang ustaz sedang mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya turut berlinangan. Betapa tidak, setelah puluhan tahun, ternyata dia masih sempat berjumpa buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tidak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah. Sang abi dengan bersusah payah masih boleh berucap." Anakku... Pergilah engkau ke Mesir, di sana banyak saudaramu. Katakan saja kau kenal Sheikh Abdul Fattah Ismail al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu." Setelah selesai berpesan, sang ustaz menghembuskan nafasnya yang terakhir berbekalkan kalimah yang indah, "Asyhadu alla ilaha illAllah, wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah." Beliau pergi menemui dengan Rabbinya dengan tersenyum, setelah lama berjuang di bumi yang fana ini.

             Kini Ahmad Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam sebagai ganti kekafiran yang pada masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari pelbagai penjuru berguru dengannya.... Al-Ustaz Ahmad Izzah Al-Andalusy.


      cerita ni di copy daripada risalah2 yang aku kumpulkan dalam fail kat rumah, kalau ada yang rasa cerita ni dia yang tulis jangan marah erk.... cuma ingin berkongsi ^^
Selamat Membaca~

09 May, 2012

9.5.1994

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Hari ni birthday kawan saya yang bernama Shazwani bt Ngah Mazuki. Then saya nak wish :)
^_^
*Sanah helwah wani comey!!
*Semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat ",
*Semoga dimurahkan rezeki
*Selamat hari tua ^_^

huhu...sorry amek gambar curi....ni gambar masa kita f4 dulu...ngee~
best sekelas ngan wani,sarah....hehe....ingat tak kita duduk belakang 3orang masa f3...huhu...rindu time tu....f4 pun kita duk kelas sama...

Terima kasih sudi jadi kawan saya...tolong saya masa belajar,kejutkan saya kalau tertidur dalam kelas(hehe.....masa lampau)
Thanks 4 everythings!!
Uhibbukifillah ^ ^


                   

04 May, 2012

solat sunat istikharah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Hari ni nak kongsikan sedikit ilmu tentang solat sunat istikharah.Memandangkan aku pun sedang mencari jalan terbaik untuk membuat pilihan...^^
diambil dari buku AMALAN & IBADAT SEHARIAN oleh;HAJI JOHARI HAJI ALIAS.Satu perkongsian yang sangat bermakna...
"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mempercukupkan (keperluan)nya."[65:3]

info :)
umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau membuat pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.

hadis Rasulullah s.a.w. :)
"Di antara kebahagiaan anak Adam ialah solat istikharah(minta pilih) daripada Allah s.w.t. dalam segala urusannya,dan di antara kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."

solat sunat istikharah :)
bilangan rakaat:
Boleh dikerjakan 2 rakaat atau sehingga 12 rakaat(enam salam).
Waktunya siang atau malam.InshaAllah,Tuhan akan menggerakkan hati anda untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

lafaz dan niat:





Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala

kaedah 1:
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama,baca ayat al-Kursi (7 kali)
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat kedua,baca Surah al-Ikhlas (11 kali)
Dalam sujud terakhir,baca tasbih / doa berikut sebanyak 40 kali:
   سبحانك لا علم لنا الا ما علمتنا انك انت العليم الحكيم


Sebelum bangkit dari sujud,mohonlah kepada Allah s.w.t. perkara yang ingin diketahui atau dilihat.
Selepas itu bacalah doa seperti dibawah


kaedah 2:

Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama,baca Surah al-Kafiruun (1 kali)
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat kedua,baca Surah al-Ikhlas (1 kali)
Selepas itu bacalah doa seperti dibawah

doa selepas solat sunat istikharah:
"Ya Allah,sesungguhnya aku meminta petunjuk yang baik dari-Mu,dengan ilmu-Mu,aku minta kekuatan dari-Mudengan kekuatan-Mu.Aku meminta dari-Mu kelebihan-Mu yang banyak,maka sesungguhnya Engkau berkuasa,aku tidak berkuasa,Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara2 ghaib.
Ya Allah,jika Engkau mengetahui perkara ini (sebutkan hajat)
baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku,jika Engkau mengetahui perkara ini tidak baik untukku pada agamaku,duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya,tentukanlah kebaikan untukku dimana sahaja aku berada.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu"




sekian,
semoga urusan kita dipermudahkan Allah~
^_^

03 May, 2012

antara peluang dan cita-cita?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah dengan segala kesempatan dan nikmat yang diberikan kepada aku.
Entah bagaimana hendak dimulakan.....
Sedih...tersepit...buntu!!!


Kalau ditanya minat dan cita-cita,aku akan memilih doktor sebagai kerjaya impian aku..Entah kenapa dari kecik lagi aku teramat suka untuk menjadi seorang doktor.Bahkan melihat seorang yang bekerja sebagai seorang doktor pun sudah dapat menaikkan semangat aku untuk terus melangkah menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan.Walaupun kadang-kadang terfikir jugak bolehkah aku memikul tugas seorang doktor?layakkah aku?mampukah aku?
Ramai orang cakap,bila jadi doc ni takder 'LIFE'...sibuk,belajar pun susah....ramai yang tak tahan,pening kepala ...macam2 laa...huhu...
Tapi aku tak ambek kesah sangat tu sume,kalo dah minat nak wat camner...kata laa pepun,doc jugak pilihan aku...Dari umur 6 tahun lagi aku tanamkan impian untuk jadi doktor..Mak pun pernah pesan;"besar nanti kalau jadi doktor boleh ubatkan adik,kalau mak sakit ada orang nak ubatkan...."sampai sekarang aku pegang kata-kata mak tu...aku belajar rajin-rajin sebab nak capai impian mak tu,walaupun kadang-kadang aku rasa tak mampu.....sampailah hari ini,aku ditakdirkan mendapat 11A dan berpeluang menyambung pelajaran dalam bidang medik.......Tapi......aku buntu,harus bagaimana??
tersepit antara 2 pilihan yang akan menentukan arah hidup aku sendiri.....huhu...ditelan mati emak,diluah mati bapak....

antara cita-cita dan peluang??
Haruskah aku melepaskan peluang untuk belajar agama di Jordan semata2 untuk mengejar cita-cita?

PELUANG??
Bidang Fiqh dan Usul di Jordan dibawah tajaan MAIDAM.hmm....sangat seronok!!
Kursus bahasa selama sebulan di UniSZA,ada kawan-kawan...
Boleh mendalami bidang agama....
Dapat peluang berada di negara orang....
Dapat belajar bahasa arab dengan merasai sendiri berada di negara Arab
InshaAllah,kalau dapat mumtaz,peluang kerja cerah...
Belajar untuk dunia dan akhirat,inshaAllah~

MINAT DAN CITA2...
Seperti yang telah aku tegaskan tadi....doktor adalah pilihan kerjaya aku...
I got to learn about the miracles of science,something about life and the perfection of Allah`s creations.
Aku pilih USIM ngan UIAM sebagai universiti pilihan masa isi upu haritu...
Klo amek medik komfem2 la aku stay kat malaysia....Dulu mak cakap tak bagi aku fly oversea...so aku buat keputusan duk uni sama ngan abang...USIM.
Tapi klo aku amek ni,aku terpaksa buat pinjaman PTPTN,yang sudah menghantui ramai graduan universiti kat m`sia ni...
Sebenarnya minat aku dalam bidang genetic...best giler masa study bab genetic dalam biology f5 dulu.Berkobar-kobar aku nak jadi pakar genetic ni...huhu..Sempat jugak laa bukak google...

ni antara gambar yang aku jumpa masa search pasal genetic haritu...hehe

ni la struktur DNA dalam badan kita :)


huhu...entah apa la yang terbaik untuk aku...
Ya Allah hanya padaMu aku berharap...
sesungguhnya rezeki aku ditanganMu
^^,