template

WELCOME NOTE

29 October, 2012

Kehidupan di Usim

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t.
      Hmm… Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah pada hari ini…. Dah hampir seminggu cuti sem satu berlalu.. Entah bagaimana nak menguruskan cuti nih… lalai… lalai dengan nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang yang diberikan Allah. Susah nak mendidik hati. Semoga Allah kurniakan kemudahan kepadaku juga kepada rakan2 seperjuangan untuk terus istiqomah melakukan kebaikan.
      Okey, today nak cerita serba sedikit kehidupan kat tamhidi… huhuhu…… bile dah habis sem baru ada kelapangan untuk berkongsi nih… Hmm, lucu bila ingat balik masa first datang… Mule2 daftar kat stadium excited…kediaman kitorang diasingkan dari budak2 degree… kat nilam court, apartment 3 bilik…huhu, first time dengar terbayang macam sumai jer… huhu…berangan…sekali dah sampai mak oii…dah lar berjiran dengan india…hahaha…tapi bila dah bersih2 sume okay lah jugak…at least adalah tempat tinggal… Alhamdulillah selesa…walaupun katil double decker.
     Okay first day memang tak bertegur sapa sangatlah dengan housemate…huhu…masing masing busy kemas barang2… Satu rumah ada 8orang… bilik aku dua orang…Aku ngan Nad. Untungla dapat roommate yang dah kenal… Nad ni kawan sekelas aku masa kat SHAMS. Walaupun dulu tak rapat tapi tetap kawan…hmm… rindu Nad, sekarang Nad dah fly ke Jordan, amek dentistry jugak…Semoga berjaya sahabat!! Eh, kita sambung cerita tadi…okay sebenarnya ada 8 orang tapi tinggal 5 je yang masih setia mengejar cita2 amek dentist kat usim terchenta nih… Antaranya maryam, aliya, hajar, ecah dan aku. Hmm…hepi dapat sahabat2 yang baik macam diorang nih…Alhamdulillah~ tapi.. tetap tak boleh ganti sahabat2 di SHAMS dulu…rindu~
     Next nak citer pasal kuliah… “Tamhidi of Dentistry” huh’…chewah, jangan nak bangga sangatlah!! Ok… kitorang bersyukur sangat dapat masuk kuliah dentist, harapannya dapatlah sambung degree pulak next year… kuliah dentistlah yang paling sikit… Awal2 dulu lebih kurang 90 something… tapi sekarang lebih kurang 7o++ kot… still ramai tapi tak seramai dulu la… Ramai yang dah pindah, dapat tawaran yang lebih baik dan beri peluang untuk kita semua merebut tempat… hmm… kenyataan pahit yang harus ditelan, “bitter pills to swallow”… hanya 35 kerusi saja yang ada untuk buat dentist… meaning that, kalau kitorang tak berjaya buat yang terbaik masa tamhidi ni, alamatnya degree nanti kena sambung sc tech. So, mesti kena dapat pointer 3.3 keatas and at least band3 muet… Tapi tu bukan level yang sebenar kitorang kena dapatkan, siapa yang terbaik dialah yang terpilih. Menggerunkan jugaklah, sebab kebanyakannya pelajar2 yang hebat, dari sekolah yang hebat2…tapi bukan bermakna aku berserah…mesti struggle…InsyaAllah, rezeki Allah dimana2…haish, macam sedey laa pulak kalo tak dapat~ :’(
     Walaweh…emm…apa lagi nak membebel nih… jap nak fikir… hmmm.., nih nak citer pasal belajar pulak… Kitorang ada 7 subjek. Biology, Physics, Chemistry, Mathematics, English Language, Arabic ngan TUH… TUH ni Quran Hadith in Science… best…sume subjek best. Lecturer sume sporting giler… kalau ustaz TUH tu memang lawak habis… masuk kelas memang ketawa jer kerjanya… huhu… Tapi dalam ketawa2 kena laa beri perhatian jugak… Letih jugak sebab jadual pack. Setiap minggu ada test ngan quiz… Tapi normal laa kan, kalau tak takder mau nyer kitorang study bagai nak rak…huish… satu lagi, nih yang aku tak tau nak buang macam mana tabiat nih… Study sebab test… Entah macam mana nak buang walaupun hati kata nak study kerana Allah. Tapi usaha tetap diteruskan. Semoga Allah redha.
     Lagi… cerita pasal bas… huhu… satu perkara yang membuatkan aku agak bengang. Sebut pasal bas nih… sangat menguji kesabaran. Setiap hari kena berasak2 naik bas. Time pagi elok jer beratur tapi bila petang, huish tak der maknanya diorang nak beratur… Kalau tak berebut tak sah. Haha.. kadang2 malas jugak nak berasak2 dengan orang tapi alamatnya pukul 7 petang laa baru sampai kat nilam… Dulu pernah jugak aku menangis… tension, stress tunggu bas. Bayangkan hari tu hari jumaat, kitorang habis kelas pukul 12. Tapi nak balik bas dah penuh. Pak cik tu cakap bas lepas nih untuk muslimin pergi solat jumaat je. So kitorang pun tunggu laa… tunggu punya tunggu, solat zohor dulu… punyalah ramai orang kat surau… masa tu tak tahu lagi jadual bas, so kitorang ingat tak der lagi bas ke nilam, sekali keluar bas dah jalan… argh tension betul masa tu… kitorang pun amek keputusan untuk tunggu bas seterusnya. Masa tu dalam pukul 2.40petang… tunggu punya lah lama… sampai masuk azan asar. Akhirnya pukul 5 jugak baru sampai kknc. Bengang sangat..sebab dah bazirkan masa tunggu bas seharian masa tu… lepas2 tu pun sama… kadang2 aku terfikir jugak. Mungkin inilah masalahnya, pelajar buang masa tunggu bas… tapi salah kitorang jugak.. mungkin ini dugaan, Allah nak tengok sejauh mana kita hargai masa… So pengajaran yang aku dapat, kita mestilah sabar dan gunakan masa yang ada tu untuk recall balik apa yang dah dipelajari pada hari tu.
Huhuhu.. banyak jugak nak cerita kan… tadi punyalah tak der idea nak tulis apa. Okeylah.. nanti kalo ada masa aku sambung lagi…
Assalamualaikum. ^_____________^

26 October, 2012

tabahkan hatimu!!


"ya Allah,jauhkanlah sifat iri hati dan putus asa daripada dalam diriku.Jauhkanlah buruk sangkaku kepadaMu.Engkau telah berkehendak sedemikian rupa,sedangkan setiap kehendakmu adalah sebaik baik kehendak.
Engkau takdirkan aku mengalami hidup seperti sekarang ini.berilah keyakinan akan diriku,Ya Allah,supaya aku benar2 yakin bahawa perjalanan hidupku adalah sebaik baik takdirMu" 
                                       dipetik dari munajat cinta m/s219

percayakah kamu akan kasih sayang Allah? 
kasih sayang Allah tak selalu wujud berupa kesenangan,kebahagiaan dan kegembiraan.
terkadang kasih sayangNya wujud dalam bentuk penderitaan,kepedihan dan duka lara...
kerana kasih sayangNya,orang2 terbaik segera pergi dijemputNya.. dan kerana kasih sayangNya,orang2 yang buruk akhlak dipanjangkan umur supaya bertaubat meyedari kesilapannya dan yang lain dapat mengambil iktibar daripadanya...
                                    dipetik dari munajat cinta m/s376
      kalaulah manusia tahu hadis ini....
.....telah berkata Jibrail a.s.:"Wahai Tuhan,Engkau sampaikanlah hajat hambaMu ini,"maka Allah s.w.t. menjawab:"biarkanlah hambaKu itu,kerana Aku mencintai rintih suaranya"....
                                            -anas b. malik r.a.-

kadang2 kita berdoa untuk kuat,tapi banyak pula dugaan datang,
    kadang2 kita minta cerdik,tapi masalah pula bertandang,
kadang2 kita minta kebahagiaan,tapi huru hara pula menjelang,
           dugaan menjadikan mental kita kuat,
            masalah menjadikan kita berfikir,
            huru hara menjadikan kita tabah, 
itulah kehebatan Allah...semua yang berlaku ada hikmahnya.... 
      jangan kecewa dengan masalah hari ini
   sehingga terlupa akan kebahagiaan hari esok...
                 kerana mungkin.......
 esok Allah akan menyediakan sebuah kebahagiaan untukmu
          sebagai hadiah ketabahan hari ini

jom post!!!

huhu... lame x post kt blog nih....



10.10.2012
Hmm… badan dah letih, tangan pun dah letih menulis tapi banyak lagi kena study…. Arghhh…. Bosannya menghadap buku yang bertimbun-timbun…. Minggu depan dah final exam untuk sem ni… Sekejap je masa berlalu… takut jugak tapi nak buat macam mana hadapi la kenyataan… Huhu…. Naik bosan tengok buku… tolong laa… cepat laa habis exam.
Huhu…bosan betul nih… jeles tengok kawan2 yang boleh sambung study lagi… 
otak dah tepu…. Trafik jam… relax kejap, luah perasaan kat skrin laptop nih…                                   rindunya nak jadi budak sekolah… ingat lagi time exam spm dulu, kalau bosan petang tu keluar ramai-ramai pergi pantai…. Untung la asrama dekat ngan pantai, walaupun letih jalan kaki nak sampai.  Huwaa… rindu sangat kawan kawan…. Sekarang kalau bosan pun tak boleh pergi pantai… nak keluar jalan-jalan pun takde orang nak temankan…. Takut ganggu orang nak study, al maklumlah nih dah final sem, mesti buat betul2…
Huh kuat betul guruh di langit… hujan pun turun mencurah2… menakutkan. L


Okaylah.. dah puas membebel…
Nasihat untuk kawan2 yang sedang sibuk study menjelang exam:
1.       Study study jugak, tapi jangan lupa makanan rohani dan jasmani. Jangan sampai study 24 jam sampai tak ingat nak solat. Dirikan solat di awal waktu… makanan jasmani pun penting! Jangan sampai skip makan pulak, nanti tak ada energy macam mana nak berfikir…. Kalau dah sakit kan susah… J
2.      Hmm.. jangan laa stress sangat, ilek2 suda… hehe… InsyaAllah rezeki Allah pasti ada untuk kita…

put your trust in Allah. Certainly, Allah loves to them who put their trust in Him.

JANJI ALLAH ITU PASTI…






Sakinah <3

huhu....skrg bru bleh post,kt sana xder tenet... =_=