template

WELCOME NOTE

21 December, 2012

Cerita lama (HARI PERTAMA)^^


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

      Assalamualaikum buat semua… Sebenarnya dah lama nak post pasal ni, tapi tak berkesempatan... Almaklumlah internet takder, so aku meng'save'kan jer dulu entry ni kat dalam laptop. Cerita lama...harini pun dah masuk 21 Disember, dah hampir sebulan aku di KKNC. Ingatkan nak balik hari ni, cuti 5 hari memandangkan Krismas jatuh pada hari Selasa... Ramai yang dah balik dan sedang menikmati kehidupan di kampung halaman, tapi aku dan Hajar(housemate ku) masih di KKNC. Mungkin ada hikmah untuk tak balik cuti ni... cuma aku harap Allah kurniakan kesihatan berpanjangan kepada mak dan adik-beradikku yang jauh dimata tapi dekat dihati. Enjoy reading...

     Alhamdulillah, hari ni dah masuk 25 November 2012 bersamaan 11 Muharram 1434H. Cepat masa berlalu dan cepat juga aku melangkah ke alam baru. Huh, macam dah nak dewasa… hahaha… Kenyataan harus ditelan walaupun pahit. Tinggal 2 hari lagi sebelum aku bergelar orang 18 tahun.. ngeee~ Hari ni adalah hari pertama aku melangkah ke KKNC selepas bercuti selama sebulan. Penat sangat… Baru sahaja menempuh perjalanan yang panjang. Waktu sekarang; 9.27am berada di bilik E5-2-3.

    PERJALANAN DARI KUALA TERENGGANU KE NILAM COURT
Sangat memenatkan, rasa macam nak pengsan pun ada. Haha..
Semalam bertolak dari rumah pukul 8.30pm lepas isyak, dengan abang naik motor ke stesen bas Kuala Terengganu. Punyalah lama tunggu bas.. kata bertolak pukul 9.30 malam, pukul 10 baru bas sampai. Nak dijadikan sketsa.. adalah beberapa orang kawan aku terpaksa kejar bas sebab bas dah bergerak. Diorang turun untuk letak beg, tetibe bas bergerak nasib baik aku tak turun jugak… sob3, tak sempat tengok abang sebelum bertolak. Aku dapat seat paling depan… lapang giler, tapi lenguh jugak urat tengkuk sebab tidur macam tu jer. Kebas dan sejuk sesangat. Sempat pulak aku mimpi mak suruh bangun solat subuh..wakaka.. rupa-rupanya dah pukul 6.oo pagi.
Pukul 6.20 pagi sampai di tempat kejadian.. huhu.. sampai laa di Terminal Seremban. Lepas solat subuh kitorang semua meneruskan perjalanan ke terminal KTM… lengang, tak ramai orang. Jauh jugak dari tempat kitorang diturunkan nak ke KTM, penat berjalan naik turun tangga dengan beg yang berat.. Akhirnya…huhu, naik KTM. Jangan ketawa~ excited nih, for the first time in my life… Naseb baik kawan-kawan ramai, kalau tak terkapai-kapai aku sorang-sorang kat tempat yang sangat asing nih.
Naik KTM sampai kat Batang Benar, then amek teksi ke nilam.. huh, letih kot. Aku dengan pandangan yang tak bermaya ke bangunan blok...tingkat 5. Oh My English.. hehe.. mendakilah aku ke puncak kejayaan sehingga aku berjaya sampai ke E5-2-3. Alhamdulillah~

Tetibe rasa sayu pulak. Aku ngan Aisyah jer yang baru sampai pagi nih. Aisyah bertolak dari Kelantan, naik bas catar sampai pukul 7 katanya. Huhu.. sunyi… NAK BALIK :’(