template

WELCOME NOTE

31 January, 2013

belajar kerana Allah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t.,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana masih meminjamkan nikmat sebanyak ini kepada hambaNya ini. Hampir seminggu berada di rumah setelah berakhirnya imtihan 'midsem' minggu lalu. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala-galanya dan semoga resultnya juga secantik impian dan harapanku.

Cuti dah bermula, dan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kembali meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu. Teringin berkongsi pendapat dan pengalaman yang dianugerahkan Allah sepanjang 18 tahun++ kehidupan ini. Kepada pembaca yang dikasihi, jika dirasakan pendapat saya ini salah, sila berikan teguran kerana saya insan lemah yang masih belajar mencari kebenaran, mempunyai ilmu yang sangat cetek. Entri ini hanyalah sekadar perkongsian dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Belajar kerana Allah:
Satu hakikat yang sepatutnya kita sebagai seorang muslim patut sedar. Bukan baru hari ini saya sendiri mendengar tentang hakikat ini, malahan sudah bertahun tahun dan berulang-ulang kali dingatkan oleh sahabat-sahabat, guru, ibubapa, kakak abang dan boleh dikatakan semua orang tahu tentang hakikat ini. Walaubagaimanapun, tak ramai di antara kita yang betul-betul mengamalkan konsep belajar kerana Allah. Jujur saya katakan, diri saya juga masih berusaha untuk menjadikan belajar itu kerana Allah.

Baiklah, belajar kerana Allah. Apabila setiap perbuatan kerana Allah bermakna ianya harus ikhlas. Bagaimana untuk ikhlas? 
Ikhlas itu suci, tidak dinodai oleh nafsu atau perkara-perkara lain. Ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara itu apabila tujuan kita melakukannya hanya kerana Allah. Ikhlas sangat sukar diperoleh, dan tiada seorang pun boleh menilai keikhlasan orang lain, bahkan empunya diripun masih tidak dapat menilai keikhlasan dirinya. Ikhlas adalah rahsia Allah dan juga merupakan tingkat yang tertinggi selepas iman. Betapa tersembunyinya sifat ikhlas itu sehingga dikatakan;


"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu hitam pada malam yang gelap gelita."



character from Lukisan Dakwah Islam :)
Subhanallah, betapa halusnya rahsia Allah. Dikalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. ada yang menangis apabila dibicarakan soal ikhlas, kerana mengenangkan ketinggian nilaian ikhlas itu amat sukar utuk diperoleh.

Berbalik kepada persoalan belajar kerana Allah. Pernah ada rakan saya yang bertanya, kenapa anda belajar? Saya terdiam. Ada yang dengan semangatnya menjawab, saya belajar kerana Allah. MasyaAllah, semoga Allah pelihara hatinya, ikhlaskan niatnya. Kenapa saya diam? Saya sendiri pun tidak mampu menjawab, jika diikutkan lidah yang berbicara memang mudah untuk mengatakan saya belajar kerana Allah, namun wasilah dan pelaksanaannya masih lemah. Sukar mendidik hati untuk betul-betul ikhlas kerana Allah. Saya sarankan, kita sama-sama membetulkan niat kita dalam menuntut ilmu. Why not bila orang tanya apa tujuan anda belajar, kita mulakan jawapan; "InshaAllah, moga Allah pelihara niat saya untuk belajar kerana Allah." Bukankah bunyinya lebih merendah diri. Moga Allah redha.

kegagalan itu:
Memang susah memujuk hati untuk redha apabila ditimpa kegagalan. Cerita kegagalan saya. Sedihnya bukan kepalang. Menangis, bersedih, semuanya sudah saya lalui. Kadang-kadang bukan kegembiraan sahaja yang perlu untuk kita menjalani bahtera kehidupan. Saya masih ingat perasaan ketika itu, saya seolah-olah menjadi orang lain. Dengan wajah yang masam mencuka, sangat tidak adil rasanya apabila saya bermasam muka dengan rakan-rakan, seperti merekalah penyebab kegagalan saya. Maafkan saya, sahabat....
Malam itu saya menangis sendiri ditikar sejadah. Saya persoalkan mengapa saya berasa sangat lemah. Saya memohon Allah menunjukkan kepada saya jalan kedamaian, supaya Allah teguhkan hati ini dan lenyapkan segala keluh kesah ini. Alhamdulillah, Allah itu Maha Pemurah, Dia kurniakan ilham seolah-olah ada yang membisik ke telinga saya; "bukankah saya kata saya belajar kerana Allah? bukankah saya sepatutnya redha dengan segala ketentuanNya? mengapa saya mempersoalkan kuasa Allah? Bukankah Allah itu Maha Berkuasa untuk menentukan apa yang pantas bagi hambaNya?"
Allahuakhbar!!! 
Berdosanya saya. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 

Mengambil 'ibrah daripada kegagalan:
Teringat saya pada kata-kata ustaz semasa kuliah magrib, "umat Islam itu sentiasa mengambil pelajaran dalam setiap perkara." 
Maka pada hari ini saya ingin menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri. Tanya pada diri kita sendiri, adakah betul niat kita belajar kerana Allah atau hanya ucapan semata-mata, ataukah hanya tertulis di meja study sahaja?? tanya hati, tanya iman. Astarghfirullahalazim...
Jika benar sudahkah kita ikhlas, redha dengan segala ketentuanNya? Jika belajar kerana Allah, kenapa masih ada iri dengan kejayaan orang lain? Jika belajar kerana Allah kenapa kedekut untuk berkongsi dengan orang lain? Jika belajar kerana Allah kenapa hati masih keluh-kesah?
Semoga Allah redha...

Bagaimana belajar kerana Allah?
Hurmm, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana cara khusus untuk belajar kerana Allah. Mulakan dengan doa. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Kadang-kadang ada yang semangat nak belajar kerana Allah tapi sibuk study hinggakan ketepikan laungan azan. "Alah baru azan, kalau solat lewat sikit pun takper." Syaitan mula mencucuk jarum kejahilan. Semoga kita tidak kalah. 
Credits to:) Mr. Google

Kadang-kadang semangatnya belajar sampai kita lupa menjaga perasaan orang lain. Pernah sahabat menegur, "amboi seriusnya study, menakutkan". Kalau kita fikir negatif, memang kita anggap orang perli dan lagi senang syaitan membisikkan kejahatan pada hati. Haha, saya sendiri pun no komen. Kadang-kadang bukan serius sangat pun, tapi mungkin sebab letih muka nampak serius. Seriously, saya sendiri takut. Takut, tanpa disedari kita dah melukai perasaan sahabat-sahabat dan orang di sekeliling kita. Kalau ada, saya minta maaf...

Akhir kalam;
"Setiap muslim itu seharusnya menjadikan niatnya belajar kerana Allah. Harus ada cita-citanya untuk menegakkan Islam di bumi."

Sekian, moga Allah redha~