template

WELCOME NOTE

01 February, 2013

Sahabat liLlah~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


"ukhuwah yang dibina atas nama Allah tidak akan mengharapkan balasan apabila memberi, tetapi akan selalu berkongsi airmata dikala suka dan duka...
Kesedihan temannya ibarat pedang yang menikam,
Keceriaan temannya bagai pelangi yangtidak akan hilang,
Kehilangan temannya bagaikan hilangnya sebutir permata yang termahal didunia...
Itulah sunnah UKHUWAH PEJUANG AGAMA"


Sayang, rindu sahabat-sahabat generation 94. Chewah, bukan nak berjiwang malam-malam nih, tapi rindu sangat-sangat kat sahabat-sahabat sekalian. Lama tak dengar nasihat, tazkirah dan kata-kata semangat dari sahabat g-94, berkongsi pengalaman, cita-cita dan impian. Rindu...kan?
merenung masa depan :)
Semoga sahabat-sahabat sihat dan sentisa dalam rahmatNya.

Cerita pasal sahabat g-94:
Hurmm...lama tak bersua, masing-masing dah ada arah tujuan sendiri. Yang dah terbang jauh mahupun yang dekat tapi sentiasa dihati. Ya Allah, kukuhkanlah ikatan kasih-sayang kami ini bersama redhaMu.
Meh kita sama-sama baca doa rabitah ni;

"Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini...
berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu kerana mematuhi perintahMu,
bersatu memikul dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk
mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini,
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar,
penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu 
yang tidak pernah padam,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu
suburkan hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
jika Engkau takdirkan kami mati, 
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada' 
dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong."
"Restuilah Nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga baginda serta sahabat keseluruhannya"

Ameen~
uhibbukum liLlah <3
Salam rindu buat sahabat-sahabat sekalian~


"Ya Allah, kiranya rasul-Mu hidup bersahabat, 
kurniakanlah aku jua sahabat
tetapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkanMu seperti kebenaran as-Siddiq,
biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMu
seperti Saidina Ali karamallahu wajhah;
Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan dengan sahabat-sahabat ini, 
yang mungkin ada padanya segala yang tidak pernah aku selami..."


uhibbukum jami'an liLlahi Ta'ala ^_^