template

WELCOME NOTE

30 April, 2013

Hari baru itu anugerah buat kita

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
in the name of Allah The Most Merciful The Most Gracious

    Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, may Allah bless us......
Tiba-tiba tangan terasa gatal untuk menaip dan terus menaip walaupun otak masih berpusing-pusing memikirkan idea. Masih normalkah??
gambar yang selamat dikorek daripada hasil meng'google'

Penat bermain hide and seek dengan line internet dirumah yang seperti biskut chipsmore, kejap ada...kejap takder... Entah kenapa, mungkin meroyan selepas cuaca yang tidak menentu beberapa bulan lepas... Jom tazkirah sebelum tidur, buat muhasabah diri sendiri.....

Straigth to the point:
Alhamdulillah, pandanglah hari ini sebagai satu anugerah dan kurniaan yang besar kepada kita sebagai hambaNya. Hari yang merupakan hadiah untuk kita memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Yes, a better life... 

"Untunglah bagi mereka yang hari ini lebih baik dari semalam,
Rugi bagi mereka yang hari ini sama seperti semalam,
dan alangkah celakanya bagi mereka yang hari ini lebih teruk dari semalam."

Mungkin ramai yang pernah mendengar ungkapan ini, dan ada yang mengatakan ianya sebagai hadis. Saya bukanlah orang yang mahir dalam ilmu-ilmu sebegini, tapi saya pernah membaca artikel yang mengatakan ungkapan diatas bukanlah hadis berdasarkan hujjah-hujjah yang tertentu. Namun bukanlah perkara itu yang menjadi point yang ingin diperkatakan. Cuma pada ungkapannya kita dapat mengambil pengajaran yang amat besar...

Itu saja untuk hari ini...malam semakin gelap.
Buat sahabat-sabat rakan dan taulan, selamat malam dan selamat tidur. wan an..





29 April, 2013

pada suatu hari...


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, praise to Allah…
Diri terasa begitu kerdil untuk berkongsi… sedang diri masih terleka dalam samar nikmat dan ujian. Hati terselimut perasaan malas, kadang-kadang suara fitrah memanggil untuk dekat padaNya sedang nafsu bergelut untuk terus terleka…


:)

Waktu terasa pantas meninggalkan jejak-jejak semalam yang penuh dengan penyesalan dan kealpaan. Huh…mengeluhkah? Itulah manusia, sentiasa lupa… lupa untuk mensyukuri segala nikmat kurniaanNya. Tidak perlu keluar rumah, atau merantau jauh untuk mencari bukti itu, bahkan berdiri dihadapan cermin saja kita sudah dapat menemui insan kerdil yang terlupa itu.


Dia mahu kita belajar

Syukur… beribu-ribu syukur… Dia sentiasa ada… bahkan dekat sekali, menyelamatkan hati yang rapuh… lemas dalam bisikan syaitan yang menggoda. Jika hari ini aku rebah, terasa tidak berdaya melawan malas yang beraja dihati… merintih didalam doaNya saja mampu membuat hati kembali tenang. Betullah kata orang, jika sedih mengadulah padaNya, sungguh! Dialah pemilik hati-hati ini. Bacalah kalamNya, nescaya kita menemui jawapan pada setiap persoalan.
“....Dan Kami turunkan Kitab (al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim)”an-Nahl:89

Allah… Dialah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Biar sejauh mana kita lari dariNya, nikmatnya tidak pernah berkurang. Wajarlah berkali-kali Allah berfirman di dalam kitab agung al-Quran; ‘Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?’Then, which favours of Allah will you deny? Ar-Rahman:13
Sungguh, Dia mahu kita belajar. Belajar dari setiap langkah. Juga mengambil pelajaran dalam setiap takdirNya. ‘Muslim itu sentiasa mengambil pelajaran dalam setiap perkara’. Kata-kata ustaz kembali menerjah fikiran. Semoga aku juga tergolong didalam golongan itu.


Kita kah ‘si putih’ itu?

Teringat a part of Contengan Jalanan by Hlovate, …… kita selalu meletakkan diri kita sebagai watak putih ketika membaca tafsiran al-Quran, sedangkan kita terlupa untuk menghitung diri sendiri, apakah cukup criteria kita nak jadi watak putih tu? Pernahkah kita membayangkan diri berada di tempat watak-watak hitam yang berdosa itu? Pasti kita akan merasa ngeri dengan ancaman dan azab-azab yang digambarkan Allah melalui firmanNya. Seperti batu berat terhempas ke dada… Akukah watak putih itu?



“Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami setelah Engkau berikan hidayahMu.”Ameen…
Moga Allah redha~ ^^

26 April, 2013

Cuti oh cuti !!

بسم الله الرحمن الرحيم
in the name of Allah The Most Merciful The Most Gracious

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan kudrat dan nikmat yang tidak terhingga sehingga saat ini...
Errmm... apekah?? , really... i dunno what to say....

*WARNING!! ini zon merapu...

Salam Assalamualaikum semua, moga sentiasa dalam rahmatNya~
Just wanna share about my story...holiday.... yes cuti, cuti yang baru bermula, agaknya...errmm... tak berapa nak baru jugak la...

aken.deen ^_^

hepi holiday ^^,
Huh, macam tak percaya jer kan....makan tido makan tido dah habis tamhidi a.k.a. asasi... tapi taklah makan tido jer, banyaklah jugak pengalaman pahit manis yang Allah dah takdirkan dalam hidup ni. Kadang-kadang rasa cam tak sabar tapi tak dinafikan gementar tu tetap ada... tak sabar nak timba pengalaman baru... and nervous nak jadi orang dewasa... Dewasa? pejam celik pejam celik dah setahun berlalu... maka Sakinah, tanyalah pada diri anda, apakah yang anda lakukan sehingga hari ini?? cuak... mati semakin hampir, mungkin sejam dari sekarang atau mungkin esok lusa... SubhanAllah...

Masuk hari ni dah hampir seminggu bercuti... Sibuk betul membuang masa... Sakinah..sakinah... apelah kan, Allah beri nikmat masa lapang masih tak pandai nak guna...

My plan ^^
Wokeyhh... mak dah bising suruh amek lesen kereta... Esok dah mula masuk kelas KPP... aku?? satu habuk pun tak tahu.... takut... tapi at least terisi jugak la cuti ni... takderlah rasa macam katak di bawah tempurung sangat...huh, peribahasa la pulak, dah lama tak belajar BM, agak-agak sesuai ke tak nak guna peribahasa ni kat sini.. boleh pulak kan.. maafkan saya cikgu-cikgu BM, kat universiti takder orang nak ajar saya BM.... sebab tu dah maen sauk jer kan...
Apelah yang aku membebel ni... **ke'merapu'an terserlah...

sebelum ke'merapu'an tu menjadi-jadi saya meng'stop'kan dulu entry ini. Wassalam ^^