template

WELCOME NOTE

31 July, 2013

Saya buli kakak!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum kakak...
............................................................................................................
Maaf.......saya sayang kakak

peace no war

28 July, 2013

seindah semalam (SHAMS takkan luput diingatan)

بسم الله الرحمن الرحيم
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillahi rabb il'alamiin.....
Syukur beribu-ribu syukur kehadrat Allah, Tuhan sekalian 'alam.
Masih lagi diberiki kesempatan waktu untuk berkongsi pengalaman dan isi hati bersama pembaca sekalian...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...... masih berbaki kurang lebih 11hari lagi.....

SubhanAllah..... indah susunan pengalaman dan kenangan yang diatur olehNya, sungguh Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui...
Jam sudah menunjukkan angka 1 pagi, tapi tangan ini.... hati ini masih belum terasa penat sebelum jari-jemari ini menceritakan perasaan ini......

Sungguh..... aku rindu..... rindu pada suasana yang membawa aku lebih dekat padaNya. SHAMS..... ibarat sang mentari yang masih bersinar dihati ini..... kerana padanya aku belajar menjadi diri yang lebih sempurna dari semalam....

SHAMS dihati

Entah kenapa rindu ini kembali membawa seribu satu harapan untuk menjejakkan kaki ke bumi waqafan SHAMS... yang padanya tersimpan beribu kenangan dan pengajaran..... 

Moga esok masih ada untuk insan kerdil ini membaiki lompong dalam amanah padaNya...... Moga Allah membuka ruang dan peluang untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara...

Ya Allah, sampaikanlah salam rindu ini agar SHAMS terus menjadi matahari yang menyinari hati warganya.....
peliharakanlah sekolahku....... Ameen

semoga warganya kekal membudayakan
penjagaan ikhtilat banin wa banat

disini kutemui sakinah....

23 July, 2013

next

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
In the Name of Allah, The Most Merciful, The Most Gracious

Assalamualaikum,
Moga sihat selalu......
Hari ni dah masuk 14 Ramadhan... bagaimanakah anda dan saya? bagaimanakah kita? Teruskan bersemangat mengejar pahala berganda di bulan mulia...


Sayang....... harini ingatkan nak buat medical check up dengan kawan-kawan, tapi Allah tak izinkan. wuu...wuu... Demam... dah 3 hari demam... harini ok sikit lepas makan ubat. Yelah, Allah nak uji hambaNya dalam bulan penuh keberkatan ni. Sabar dan sabar lagi... Pahala berganda...
Sakit kan kafarah dosa...
Cuma sedih jugak, forever alone... kawan-kawan semua dah buat medical check up harini. Aku jugak yang cakap haritu; "kalau nak buat medical check up, kita buat sama-sama". Pasni, terpaksalah pergi buat medical check up sorang-sorang. :'(
omo... haish, sangat sadis......


Dear Mclah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hepi bedil.......
Sanah Helwah McLah!!!
huhu.... tak tahu nak cakap apa lagi, hmmm....
Selamat hari tua. Semoga diberkati Allah, sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya. 


with generation~94 ^^
ingat lagi time nih? Kita sesama sambut bday McLah kat dewan terbuka.... walaupun hakikatnya kek tu McLah sendiri yang bawak, kitorang tolong makan je. kikiki... bila lagi dapat kumpul ramai-ramai.

So, bakal dokter.... Selamat berjuang dibumi Mesir. Sedih masa McLah keluar dari USIM... :'( tinggal saya ngan trah je...
Mohon anda juga tabah menghadapi hidup...

Hmm.... moga sihat-sihat selalu. Winduuu sama kamoo....
Spek hitam ala-ala datin wannabe...kikiki....
Bila lagi dapat dengar tazkirah dari Mclah.... ex-KP^^
Mclah comel...^^
Kenangan demi kenangan, moga dia mekar menjadi srikandi Islam yang terus bersinar..ngee~ jangan marah....
peace ^^
maaf untuk salah silap saya, 
sekali lagi Selamat Hari Lahir dan selamat berpuasa~

18 July, 2013

dan lagiii......... salam ramadhan^^

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Assalamualaikum,

sadaqah, : )
                    (i'm smiling)

 Abu Musa narrated that the Prophet (s.a.w.)  said, “Every Muslim has to give in sadaqah (charity).” The people asked, “O Allah’s Messenger (s.a.w.)! If someone has nothing to give, what will he do?” He said, “He should work with his hands and benefit himself and also give in charity (from what he earns).” The people further asked, “If he cannot do even that?” He replied, “Then he should help the needy who appeal for help.” Then the people asked, “If he cannot do that?” He replied, “Then he should perform all that is good and keep away from all that is evil and this will be regarded as charitable deeds.” 
(Bukhari Vol.  2, Hadith 524)

 The Messenger of Allah (s.a.w.s.) said: “To smile in the company of your brother is charity.  To command to do good deeds and to prevent others from doing evil is charity.  To guide a person in a place where he can not get  astray is charity.  To remove troublesome things like thorns and bones from the road is charity.  To pour water from your jug into the jug of your brother is charity.  To guide a person with defective vision is charity for you.” 
(Bukhari)

"don't waste time and utilize time at the fullest ! "
                                                                                                 (lets do it)

16 July, 2013

berkat Ramadhan^^

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, genap seminggu Ramadhan. Ada beberapa berita gembira yang Allah hadiahkan pada hambaNya ni....

Berita pertama, Alhamdulillah....... Permohonan untuk masuk degree dentistry USIM dah terjawab. Berkat Ramadhan.... 
Mula-mula cuak jugak bila pihak USIM hantar mesej.....
Ingatkan USIM terus SMS result UPU, punyalah berdebar nak baca mesej dari USIM. Slow motion pulak nak scroll mesej ke bawah...

10 july 2013 (09:00:44 am)
RM0.00 USIM:
DIMAKLUMKAN BAHAWA
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KE
PROGRAM SARJANA MUDA
BOLEH DIBUAT MULAI 11\07\2013, JAM
12.00 T\HARI MELALUI etasjil.usim.edu.my

Sender:
15888

Huh.... esok pulak nak tahu result. tunggu punya tunggu...

11 july 2013 (12.10 pm)
Banyak kali cuba bukak etasjil dan banyak kali jugak tak boleh bukak. Rupanya ramai yang senasib. Bismillahi tawakkal tu `ala Allah, akhirnya lepas beberapa kali mencuba.......

MAKLUMAN TAWARAN KEMASUKAN LEPASAN MATRIKULASI/DIPLOMA/STPM/STAM/SETARAF
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2013/2014
No Daftar : 11xxxx
No Kad Pengenalan : 94112711xxxx
Nama : SITI SAKINAH BINTI KAMARUDIN
Tahniah, saudara/i berjaya ditawarkan tempat di UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA untuk mengikuti program :
IJAZAH SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN(QD00).

Alhamdulillah ^^
Dapat pun!
Syukur sangat, moga Allah membimbing aku untuk membuat yang terbaik. Semalam, result exam tamhidi pulak sampai ke rumah. Alhamdulillah sekali lagi ....... Tak terucap syukurnya atas nikmat yang Allah hadirkan pada hambaNya ini....

ok, berita kedua...... 
Tanggal 14 july 2013, Allah kurniakan satu lagi kejutan. Akhirnya, aku lulus jpj test...... Haritu dah buat jpj test tapi nasib tak baik... Kandas dekat bukit. Huhu...... punyalah sedih, melayang lagi RM100.... malu pulak tu...
So, pada 14hb haritu, aku amek test ulangan untuk bukit parking.... dan resultnya... LULUS! Bismillahi tawakkaltu `ala Allah, Rabbi yasirr walatu `asirr.... Mula-mula takut jugak, seram sejuk satu badan.... lepas dapat buat yang bukit, tak habis hati mengucap syukur..... Alhamdulillah~

Hari ni dah dapat pun lesen memandu percubaan ^^
Yay!!!

*hahaha... excited je lebih, nak bawak kereta pun teragak-agak lagi... Yakin Sakinah! Yakin!
buat Addini, selamat berjuang, nanti dapat lesen leh jalan-jalan sesame^^

**buat sahabat seperjuangan di USIM, tahniah.... Kita merancang Allah juga merancang, dan yakinlah perancangan Allah itu yang terbaik!! Kita sesama berusaha jadi pelajar cemerlang^^

hah, yang duk umah tu jangan 
tahu ternak lemak jer..... 
kikiki, peace ~
pesanan untuk cik diri sendiri
btw, gemuk pun comel^^
jangan susah hati

Adioss! Sampai ketemu lagi ^^
Assalamualaikum cinta <3

7 Ramadhan 1434H

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Ramadhan ^^


Dear friends, I'm sorry :'(

15 July, 2013

Day six of Ramadhan

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warga dunia........
Hari ni dah masuk 6 Ramadhan. Moga puasa kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima Allah~


guard your sense!
Puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, tapi juga dari perkara yang membatalkan puasa. Puasa itu merupakan satu bentuk didikan buat manusia. Didikan untuk menjaga diri dari melakukan perkara yang haram, menguji kesabaran dan mendidik manusia mengawal nafsu.
jom kita sesama "islah nafsak, wad`u ghairak" -perbaiki diri dan (pada masa yang sama) serulah orang lain-

peace V ~
bersama menuju redha Allah ^^

14 July, 2013

ramadhan 4 & 5

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t. .......... keifa haluk???
Alhamdulillah, harini dah masuk 5 ramadhan dah pun....
selamat berpuasa semua....

semalam tak sempat nak kongsi tazkirah Ramadhan...busy sangat =..='
perasan bizi, mengalahkan YB pulak dia...
line internet tersangatlah lembap macam kura-kura pulak dia...haish...nasib baik kita diajar sabar....
Sebenarnya takderlah busy sangat pon, semalam kena pergi buat latihan memandu, balik tolong-tolong kat dapur pastu dah terlupa pulak nak post semalam. malam tadi pulak hujan lebat... haish, meleret-leret pulak dia.... 
So, harini kita ganda peringatan untuk semalam dan harini....



Solat terawih....... kalau tak berkeuzuran, sama-sama kita perform, moga beroleh redha Allah... Bukan susah pun, kalau tak nak pergi surau atau masjid, buat kat umah pon boleh... kalau tak larat buat 2o, 8 pon 0k!
Rugi kalau tak join solat terawih, nanti bila ramadhan dah habis takleh lagi nak solat terawih sama-sama. Sementara Allah bagi nikmat sihat ni marilah sama-sama kita merajinkan diri... pesanan buat diri sendiri jugak yang selalu malas nih... ^^

ok.... peringatan tuk harini pulak:


Sediakan juadah berbuka untuk orang-orang yang berpuasa. Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyatakan yang mafhumnya; " Barangsiapa menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, nescaya ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu. "

Hah, ni masih ada masa, jom turun ke dapur sediakan juadah berbuka......
kalau tak tahu nak masak apa jom google resepi..hihi...

Selamat berpuasa dan selamat berbuka^^  ~

12 July, 2013

ramadhan 3

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t .........
Salam Ramadhan. Hari ni dah masuk 3 Ramadhan.
Yay!!!


perbanyakkan doa, semoga segala amalan kita diterima Allah~

11 July, 2013

ramadhan 2

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum......
Alhamdulillah, harini dah masuk 2 Ramadhan, sekali lagi selamat menjalani ibadah puasa. Moga kita termasuk dalam golongan mereka-mereka yang bertaqwa~


Bulan Ramadhan jugak dikenali dengan nama 'Syahrul Quran' yang bermaksud bulan al-Quran. So, sempena bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita memperbanyakkan membaca al-Quran. 

"Bulan Ramadhan yan padanya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah..."
al-Baqarah:185

Kadang-kadang ada jugak yang silap tafsir, katanya; "asal masuk bulan Ramadhan je baru kau nak baca Quran, sebelum-sebelum ni tak pulak baca Quran. Pasni, habis je bulan Ramadhan gerenti kau dah tinggalnya Quran ni..."
Nauzubillah~ moga kita bukan golongan seperti situasi diatas. Sama-sama kita muhasabah diri, moga hari ni lebih baik dari semalam. Mungkin perkara ni pernah berlaku pada kita, sahabat-sahabat atau insan yang bergelar manusia diluar sana. Kadang-kadang, kita sebagai manusia mudah terlupa, sebab tu kita kena saling berpesan-pesan kearah kebenaran dan kesabaran.
Jujur, terkadang saya sendiri pun terleka, dah namanya manusia.... tapi takkan nak terus terleka....
Kadang-kadang, nak buat benda baik pun kita teragak-agak, takut tak istiqamah la... takut orang kata tunjuk baik laa... macam-macam syaitan cuba nak lekakan kita. 

"Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu benar, maka jaganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (setan) yang pandai menipu memperdayakan kamu tentang Allah. Sungguh setan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh kerana sesungguhnya setan itu hanya mengajak golongannya agar menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
surah fatir:5-6

Tanya pada diri sendiri, kalau kita tak mula sekarang bila lagi? nak tunggu esok? atau lusa? atau ramadhan tahun depan? Apakah kita yakin masih ada esok untuk kita? masih ada peluang keduakah untuk kita membaiki diri?

Masih ingat cara mak nak suruh anak-anak dia rajin baca Quran... Dulu masa bulan puasa mak bagitahu aku ngan abang, saper2 antara kitorang dua ni dapat khatam 30 juzuk dalam bulan Ramadhan, mak bagi RM50... masa tu kitorang kecik lagi, semangat pulun baca Quran, sampai tiap-tiap hari tanya masing-masing dah sampai juzuk berapa... Sempat jugak tipu abang, dah masuk juzuk 20 cakap baru juzuk 19, sebab tak nak bagi abang semangat sangat... nanti tak syok la kalau abang katam dulu... raya tahun tu memang mak bagi RM50.... seronok! tapi mak cakap, tahun depan, mak nak anak-anak mak terus semangat nak khatam 30 juzuk dalam bulan ramadhan, tapi mak tak nak bagi RM50 lagi.... mak kata, mengaji biar ikhlas kerana Allah, bukan sebab nak duit atau hadiah dari manusia. Anak mak yang sorang ni tak pernah lupa pesan mak. Moga untuk selama-lamanya jugak. Kalau mak tak buat macam tu, mungkin kitorang tak pernah merasa seronoknya berlumba-lumba kearah kebaikan. Mungkin kitorang masih pandang remeh dalam mengerjakan ibadah.... Sampai sekarang, rasanya macam dah jadi rutin untuk habiskan 30 juzuk dalam bulan ramadhan. Dan bila dah habis, nikmatnya Allah saja yang tahu...
Terima kasih mak~

Pesan senior masa kat sekolah dulu; " jangan jadi hamba Ramadhan sebab kita hamba Allah. Segala ibadah kita bukan sebab bulan Ramadhan, tapi berterusan jugak walaupun Ramadhan dah berakhir" 
Moga-moga Ramadhan sebagai satu permulaan untuk kita terus membaiki diri menjadi orang yang bertaqwa.
Bersama memburu redha Allah~ ^^

09 July, 2013

madrasah ramadhan 2013

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t. .....
Salam ramadhan bulan penuh keberkatan buat sahabat-sahabat pembaca serta umat Islam sedunia. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan penuh barakah pada tahun ini....

Seronoknya Ramadhan dah datang... ^_^

"wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan bagi orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertaqwa."
                                                            al-baqarah:183
indahnya pesanan Allah melalui surat cinta Nya, al-Quran~
semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang bertaqwa...
selamat menjalani ibadah puasa. ^^

sempat juga sahabat-sahabat hantar mesej berpuasa, terima kasih semua.
"Selamat datang ya Ramadhan... gembira dan sayu menunggu kedatanganmu.Bulan ramadhan melengkapkan fitrah kehidupan manusia kerana merasai saudara kita yang dalam kesusahan.Moga sekolah ramadhan yang akan kita lalui nanti mentarbiyah dan menjadikan kita `abid yang takutkan Allah Ta`ala. Salam ramadhan kareem... :)"
                                                                          -USIM Hajar-

"Sahaja aku berpuasa eok hari sebulan di bulan Ramadhan lillahitaala...
Fastabiqul khoiraat fii Ramadhan Kareem + selamat menyambut bulan mulia :)"
                                                                         -Syikin Kapten-

"Salam.sakinah, selamat menjalani ibadah puasa. moga tahun ni lebih baik drpd tahun lepas^^"
                                                                    -USIM AliaAfifah-

thanks sahabat-sahabat.....
salam ramadhan ^^