template

WELCOME NOTE

22 August, 2013

bagaimana jika esok.....?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Isu Mesir, Syria, Palestin...

Mereka berkata; "Syukurlah, Malaysia masih aman...."
..........................................................................................................................
entah mengapa, hati merasa panas mendengar ungkapan itu, biarpun sekadar ucapan dimulut-mulut mereka...
Mungkin keamanan ini yang melalaikan manusia seperti aku...


terbaca satu post di laman facebook :



Tolong baca sampai habis! ini adalah penting?!!! saya peduli tentang krisis prgolakan yg brlaku d sluruh dunia skrg.. Allahummansuril islama wal musliminn..

SATURDAY, 17 AUGUST 13

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!

Forward sahaja.. Wallahua'lam.. Tp memang pun tanda2 akhir zaman dah lama muncul dan akhir2 ni makin semakin nampak tanda2 kiamat kubra..

Moga kita semua tetap di jalan kebenaran dan jalan diredhai Allah..

..................................................................................................................................
Nasihat untuk diri sendiri:
tetiba terbayang, macam mana agaknya kalau kita bagun tidur esok, ada berita bahawa makkah ngan madinah dah kena tawan ngan Israel... nauzubillahi minzalik.........
takkan masa tu baru kita semua sibuk nak menyesal, nak marah-marah... baru sibuk fikir nak buat apa?
sedangkan masa ni, saudara seIslam kita dah ramai yang syahid mempertahankan agama dan negara, kita??? masih sama...ditakuk lama.

"kami cinta syahid" :'(

wahai diri...... sedarlah...
terasa sungguh bila melihat anak-anak kecil yang dibunuh kejam...
Beruntung mereka, masih kecil namun sibuk dengan cita-cita yang menggunung tinggi.... Cita-cita untuk syahid di jalan-Nya...
Sedang cita-cita sewaktu kecilku cuma berangan-angan menjadi puteri cerita dongengan yang tidak pernah wujud....

disney princesses: Jasmine, Tiara, Snow White, Mulan, Aurora, Cinderella, Belle and Ariel
"Tegakkan Islam dalam dirimu nescaya, akan tertegaklah Islam di muka bumi"
"Jangan mimpi nak kalahkan Israel, nak berperang dengan senjata kalau subuh pun liat nak bangun... Jangan kata nak berperang dengan musuh Islam, dengan nafsu pun dah kalah. Jangan kata nak angkat senjata, nak angkat selimut untuk bangun subuh pun dah tak larat...."
gedebuuk! jatuh atas kepala sendiri... masih segar pesanan seorang akhi, senior sewaktu di zaman sekolah dulu....

muhasabah diri sendiri :(

terus dan terus berdoa untuk kemenangan Islam...
Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar^^

21 August, 2013

untuk kamu!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

~f.o.r.e.v.e.r~
Sanah Helwah Najihah Gan...
Now, you're 19 ....

Kejap jer masa berlalu.... tup..tup dah besar kita^^ heee~
Teringat kita yang dulu-dulu, dari kecik sekolah sesama, duduk sebelah-sebelah, main sama-sama, belajar sama-sama.... Rindu nak jadi sakinah yang kecik, dan jumpa najihah yang kecik....
Ingat lagi time kita tulis surat bagi kat teacher masa darjah dua dulu.... ingat pulak masa kita gaduh-gaduh pastu tulis surat letak bawah meja masing-masing^^...huhu..... missing u so much...
Sahabat masa kecik yang takkan ada sorang pun boleh ganti, tetap dihati saya sampai bila-bila....

jumpa gambar ni kat mr google^^
Eid milad ya ukht^^
Smoga bahagia dunia akhirat,
dimurahkan rezeki dan sentiasa dibahwah lindungan dan rahmat dariNya,
sentiasa dikurniakan kesihatan dan kegembiraan,
semoga sahabatku ini menemui ketenangan dalam hidupnya, sentiasa redha dengan segala ketentuanNya, 
sentiasa tabah dan kuat menempuh dugaan....
Ameen ya Rabb~

                                                         sori xde hadiah nak bagi^^ 
                                                                                 simple dari seorang sahabat;
                                                                                   -Sakinah Kamarudin-

15 August, 2013

Cerita raya kiter...

بسم الله الرحمن الرحيم
BISMILLAHIRAMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious

Syukur... Alhamdulillah, nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.
Terus berusaha menjadi hambaNya yang terbaik ^^


comel tak kak ton??? kikiki...^^
Selamat hari raya aidilfitri buat sahabat-sahabat sekalian :)
Raya semua....kikiki.... Mesej tak berbalas dek kredit yang tinggal RM0.05 sahaja... maaf ye sahabat
kesian....ishk3....

Raya nih, demam lagi... Lagi sekali Allah nak uji tarik nikmat kesihatan... 
Duit raya still jalan, tapi tak segempak dulu....

Hah, yang kat atas tuh.... Muhammad Iskandar,
al-cute miut anak frut...kih3
Moga menjadi anak soleh^^ (was born on 2Ogos2013)


Raya ke-5 di rumah Sir Ramdzan...
with maisarah and aishah^^
sweet moment...

03 August, 2013

yang soleh dan solehah

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious

Subhanallah...... Ramadhan beransur pergi meninggalkan kita... Moga berjaya memburu rahmat dan gelaran taqwa~
Pasti akan kurindu madrasah ini..... Madrasah Ramadhan yang penuh keberkatan. :'(
25 Ramadhan 1434H

Mereka yang solehah;
sungguh..... aku cemburu.
Mengharap diri terkesan dengan kecemburuan itu.....
Moga diri ini juga berusaha menjadi yang solehah itu...
Terus dan terus berdoa agar menjadi yang solehah untuk ayah ibu... juga menjadi yang solehah untuk sahabat handai....
Bukan untuk disanjungi, bukan juga untuk dipuji......
Cukup menjadi penyejuk mata buat yang melahirkan, juga menjadi contoh buat sahabat seperjuangan......

Pada yang soleh;
Sungguh aku kagum...
Saat mereka mula berbisik mengagumi kesolehanmu,
ramai yang memuji, aku tahu mereka menyimpan hati untuk menjadi bakal makmummu.......
aku juga punya harapan, namun harapanku........ 
moga aku juga mempunyai abang-abang sesoleh itu... 
Kerana aku mahu melihat ayah ibu berbahagia, punya anak soleh solehah....

Buat aku yang terlahir dalam keluarga biasa-biasa.......

Aku tidak mengharap pada yang soleh, kerana aku belum menjadi yang solehah untuknya.....

Buat abang kakak........ 
Moga berjaya menjadi yang soleh solehah untuk ayah ibu kita~


"Allahummafighli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama rabbayani soghiro"
Allahumma ameen~