template

WELCOME NOTE

27 September, 2013

Hari ini dalam hidup saya

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In the Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious

Assalamualaikum semua^^
Hari ni ter'rajin' pulak nak berkongsi.... padahal banyak lagi kerja lain yang mintak disiapkan... take 5 sambil meluahkan apa yang bermain di kepala. Ter'rindu' pulak pada si kecil comel nih.... eish, tak sabar nak cubit pipi dia^^
eskanda ^^
Hari ni jugak macam takcaye, aku jumpa doktor gigi dengan sukarela nya.... huhu. Ini fakta, tak tipu.... Ehemm, jumpa doktor gigi memang menyeramkan dalam riwayat hidup aku. Nak-nak lagi bila tengok alatan yang bermacam-macam jenis dalam bilik rawatan tuh, makin seram pulak.... Yay, doktor kata kebersihan mulut terjaga ^^ jadi tak perlu buat treatment pun, sebab semua ok cuma doktor suruh biasakan guna floss... Haruslah! Lepas ni kita pulak nak nasihatkan orang pasal kebersihan mulut... Lepas nih, mungkin kena spare duit bulanan untuk 'personal oral care'. Heh, eksaited betul kita :D

Hari ni kami ada liqo' pertama yang julung-julung kalinya dibuat... kih3 ....... pandai tak kita ber'bahasa'? chewah..... ngee hehe... Bestnya dapat berliqo' bersama kakak-kakak senior... Lama tak rasa ruh berusrah macam zaman sekolah-sekolah dulu. Liqo' kecik macam bulatan gumbira yang memang terasa bahang ukhuwahnya walaupun antara kami baru kali ini bersua muka. Terima kasih kakak-kakak, Kak Atiqah, Kak Zal, Kak Asmaa', Kak Nik Amirah, and Kak Amirah lagi sorang... hihi.. dan jugak pada sahabat liqo'; Izzah, Hajar ngan Nas tersayang. Moga Allah redha dengan ukhuwah ini.

Kerana Allah....
Tertarik dengan frasa '.....kerana Allah' yang dikongsikan oleh Kak Nik Amirah tadi, berkenaan niat. Mana lagi terkesan pada hati; "Aku sayang kamu kerana Allah" atau "Kerana Allah aku sayang kamu" ? MasyaAllah, tersentuh hati bila mendengar ungkapan yang kedua tu. Bila Allah kita letak dahulu pada segala sesuatu, semuanya akan lebih bermakna... lebih terkesan dan lebih... bersemangat, mungkin... SubhanAllah... kalau kita kata "Kerana  Allah aku belajar" Seolah-olah kita seperti berkata; "kalau bukan kerana Allah aku tak belajar...dengan kehendakNya lah aku dapat belajar." Hati terasa lebih dekat dengan Allah... 
Ya Allah, jagalah hati-hati kami, jadikanlah niat kami niat orang-orang yang ikhlas. :'(

A Muslim Dentist^^
Jarang nak jumpa doktor atau dentist yang boleh berdakwah sambil bertugas. Kalau kita jadi doktor, jangan cuma merawat fizikalnya, rawat sekali rohaninya. Walhal perkara seremeh membaca Bismillah pun orang akan tengok kita. SubhanAllah, perkongsian daripada Kak Asmaa'... Diselitkan satu cerita tentang seorang doktor yang merawat gigi pesakitnya dengan membaca BasmAllah. Kadang-kadang sepotong kalimah seperti Bismillahirahmanirahim pun boleh membawa ketenangan pada pesakit, juga salah satu cara untuk berdakwah. Mana nak tahu kan, dari tadi pesakit yang berdebar-debar tengok inche dentist, terus hilang butterfly yang flying in his or her stomach sebab baru terdetik pada hatinya untuk ingat Allah... atau mungkin sebagai ketenagan pada pesakit yang dari tadi menahan kesakitan.... Sungguh, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. "Verily, in the remembrance of Allah, do heart find rest." MasyaAllah, SubhanAllah, AllahuAkhbar!!!

Jadilah Yang Sentiasa Bersyukur :)
SubhanAllah... mari muhasabah diri sendiri;
Wahai diri yang bernama Sakinah,
Tidakkah kamu terasa, makin banyak belajar rasa makin besar nikmat yang Allah bagi kat kita. Dari sekecil-kecil perkara yang Allah ciptakan, mesti sangat unik, sangat tersusun, sangat sistematik.... Belajar anatomy, phisiology, biochem...... rasa macam, teruja sangat... AllahuAkhbar! Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha segala-galanya....
Hatta sekecil-kecil cell dalam badan kita ni pun punya characteristic tersendiri. Tak tercapai dek akal... itu baru belajar sedikit dari cabang ilmu-ilmu Allah, masih banyak yang menjadi rahsia Allah. Bila belajar Physio, pernah tak terfikir sistem-sistem yang berlaku dalam badan kita ni macam homeostasis, neuromuscular junction, osmosis.... semua Allah yang aturkan. Semua bergerak dengan perintah Allah. Hingga sekecil-kecil molekul yang bergerak dalam sistem badan kita pun sangat patuh pada perintah Allah, lalu bagaimanakah kita??? Kamu, saya, anda, kita yang menggelar diri sebagai hambaNya...... ?

22 September, 2013

dan hari itu

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, praise to Allah…
Assalamualaikum semua yang disayangi… Sungguh, nikmat Allah sangat besar pada hambaNya ini. Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah wa Alhamdulillah.
Berlalu sudah beberapa hari yang penuh cabaran, meski diri ini mengetahui bahawa cabaran tidak pernah akan berhenti memunculkan diri… lalu kaki ini membawa diri untuk terus teguh mengorak langkah bersama memujuk hati untuk tetap tabah.
So far so good,……… ermm…

Mari berta’aruf :
Selesai sudah minggu orentasi di USIM Nilai sesi 2013/2014 bagi pelajar ijazah sarjana muda, juga orentasi keluarga FPg USIM Kampus Pandan…
Story sikit… buat mengimbau masa yang dah berlalu pergi… harap sahabat pembaca sekalian bersedia membaca karangan panjang karya budak baru belajar nih, kalau ada rasa loya-loya nak muntah tu boleh lah sediakan apa yang patut;
Okay, ceritanya bermula pada 1th September 2013. Memandangkan USIM menetapkan kami-kami untuk mendaftar pada 2 September, terpaksalah (dengan berat hatinya) aku mengangkat kaki meninggalkan rumah dan keluarga tersayang pada 1 September 2013. So, kemas-kemas barang then bertolak dari Kuala Terengganu ke Kajang untuk singgah ke rumah abang sulung sebelum dihantar mendaftar pada petang 2 September. Huhu, nampaknya mak dah betul-betul percaya yang anak perempuan dia yang sangat manja nih pandai jaga diri. See… buktinya mak tak risau sangat aku naik bas sorang-sorang dari KT ke Kajang, wohooho… okay-okay nih bukan masa untuk berangan^^
 Dipendekkan cerita, daftar pastu masuk umah sementara kat SI sebelum pergi Pandan. Not bad, luas jugak rumah kat SI tu, tapi rasanya KKNC lagi best kot. Hmm… lagi…… pasal baju sukan ngan baju korporat yang besar gedabak. Hah amek kau, baju sukan saiz XXL?? Sabar dan sabar lagi… Baju korporat pulak dapat saiz L, memang setaraf baju kurung jugaklah labuhnya bila dapat kat aku… huhu… tapi memang aku tak pakai pun baju korporat tuh sebab urusetia kata boleh pakai baju putih macam time daftar. Terperasan muda pulak pakai baju putih ngan kain hitam, sejibik macam budak sekolah sampai ada pak cik yang ingat aku ngan Nas budak sekolah. Mana tak nya, dahlah pakai baju cam budak sekolah, saiz pulak tak macam budak university. Haish…
Tak ada yang seronok sangat pun orientasi kat Nilai, cuma sempat jugak jumpa kawan-kawan yang akan berjauhan…… Meah, Jiah, Aliya, Aishah, Huda Hassan, Jie, Syidah…… dan lain-lain. Ramai jugak lagi, kurang rajin pulak kite nak taip. Yang paling best masa malam bicara kemerdekaan tuh sebab ahli panel dia Ust. Pahrol ngan Ust. Ridhwan Tee ……… memang mantOp habes! Tapi dalam best dan tak best berorientasi selama 3 hari tu, ada banyak jugak pengalaman, pelajaran baru dan pengajaran yang Allah nak sampaikan dan patut diterima dengan gembira dan terbuka^^
Hari Khamis, 5 September 2013, berangkatlah kami-kami pelajar tahun satu FPg dan FPSK ke Pandan Indah, Ampang. Dan……… whooaa…… hulamak, mewah yang teramat rasanya kediaman kami-kami nih. Alhamdulillah…… Satu rumah ada 11 oran ahli, rumah aku semua budak dental tahun satu… Hajar, Qila, Huda Anas, Amy, Iffah, Hidayah Ghazali, Pa’a, Ellyu, Maryam ngan Biha… Semua pun baik-baik solehah semua^^ . Nak tunjuk gambar umah tak ada kamera nk bergambar, maklumlah handset kita biasa-biasa je. Boleh kata besar dan sangat selesa jugaklah kediaman yang disediakan oleh pihak USIM. Tapi nak beli makanan hujung minggu terpaksa jalan jauh sikit sebab ni bukan hostel yang ada café kat bawah… tapi Alhamdulillah, no worries…
So, minggu orientasi kat USIM Pandan nih lebih santai kalau nak dibandingkan dengan orientasi kitorang kat Nilai. Program yang simple2 untuk ta’aruf antara kami. Tapi seriously, segan pulak sebab bila kakak-kakak tanya sekolah lama. Hoho, famousnya SHAMS… Wajar jugak, sebab kakak-kakak senior SHAMS dulu-dulu memang bagus sangat. Rasa malu pada diri sendiri pulak. Jumpa Kak Asmaa’ ngan Kak Anis… Segan, sebab masa zaman sekolah dulu memang respect sangat kakak senior sampai rasa macam nak buat perangai ramah-tamah sangat pun segan. Lagipun aku memang bukan dari kalangan mereka-mereka yang famous masa zaman sekolah dulu, memang tak dikenali tapi aku kenal kakak-kakak baik hati yang selalu jadi role model kitorang masa kat SHAMS dulu nih. Sedih pulak bila ingatkan SHAMS.

Belajar bertatih :
Kelas pun dah start, rasa macam wahaha…… apa semua nih… dengan term-term yang masih baru buat otak ini… yang kadang-kadang rasa macam nak menjerit jugak… tapi untuk kelihatan seperti manusia normal, ku biarkan saja term-term dan apa yang disampaikan oleh lecturer masuk ke otak tanpa keluar lagi. Moga Allah permudahkan segala-galanya…… Ameen^^

Mari shopping:
Untuk menunjukkan betapa advance nya kami semua nih, hehe…… hari kedua di Ampang pun kami dah merayau ke Jalan Tar. Oppsss…… aku bukan beli apa-apa pun, cuma bosan duk umah… Kalau dulu masa Tamhidi, Giant lah tempat kami nak merayau pun, tapi sekarang hari-hari pun nampak budak USIM keluar masuk Giant, mana taknya turun je tingkat bawah fakuliti, jalan beberapa langkah dah sampai. Dalam bangunan yang sama lagi tuh… huhu…

Okay lah, memandangkan dah panjang sangat kite melalut nih, kite nak stop dulu lah… tata semua^^
Nanti ada masa kite post lagi~
Moga Allah redha~ ^_^

01 September, 2013

banyak cerita

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
In The Name of Allah The Most Merciful, The Most Gracious


Alhamdulillah....... Alhamdulillah..... Alhamdulillah......
Assalamualikum semua......
Mungkin ramai yang tak sabar nak menjejakkan kaki ke alam universiti, lagi tinggal sehari sebelum bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda a.k.a. degree..... mungkin ada yang sampai termimpi-mimpi, tersenyum sampai ke telinga? atau mungkin ada yang berlari-lari kegembiraan. Seronok tak seronok? duaronok, tigaronok... beronok-ronok.... hmm... takde lah, perasaan dah bercampur baur....
Kadang rasa berat hati nak tinggalkan rumah ngan family, kadang-kadang rasa nervous nak masuk degree..... pathetic betol jiwa orang baru nak up ni kan....

**Sebelum anda membaca post ini dengan lebih lanjut, eloklah saya berpesan sekaligus menyarankan anda agar membatalkannya saja niat murni anda-anda (yang rajin itu) untuk meneruskan pembacaan bagi post saya kali ini. Hal ini disebabkan, ianya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada anda kerana tiada informasi berguna mahupun teladan yang baik untuk dicontohi.**

Baru-baru nih ada kem kat sekolah. Kempro, atau nama panjangnya Kem Profesionalism Pemimpin Pelajar Sesi 2013. Hmm.... rindu betul kat suasana sekolah, SHAMS... Tempat aku 'growing up'... rasa hidup..... aman... tenang....... Tapi aku tak pergi pun. :'(  Sangat jeles kepada sahabat-sahabat yang dapat turun ke sekolah untuk membantu adik-adik sekalian. Huh? kenapa pulak cerita pasal kempro nih? suke hati akulah, ni kan territory aku..... ngeee~ saiko sket malam nih. Senannye aku emang suka buat saiko kat blog daripada meroyan kat fb... Entah, fb ngan aku macam ada 'gap' sikit, tak boleh nak ngam... bukan kata tak bukak fb, bukak tu selalu la jugak tapi aku lebih suka jadik 'silent reader' jer. 

Ok okey, back to the top, kempro. Satu program yang tidak asing lagi bagi mereka-mereka yang pernah bersekolah di SHAMS, lebih-lebih lagi buat bakal pemimpin pelajar. Dulu, masa tahun aku diorang buat dekat luar sekolah.... maksudnya bukan di sekolah, tapi tahun ni dah buat dekat sekolah. Seronoknya dapat join kem! Macam-macam aktiviti kitorang buat. Tapi dalam banyak-banyak kem yang pernah aku join ada satu kem yang paling best dan takkan aku lupa sampai bila-bila. Tamrin asrama masa F1. Masa tu first time kot nak rasa pengalaman join kem. Dan salah satu sebabnya, aku sangat respect pada kakak abang senior yang handle kitorang. Entah macam mana nak pesan pada diri sendiri... Sebenarnya aku sendiri pun rasa kekok bila disuruh menjadi fasi untuk mana-mana kem, rasa tak layak sangat... Rasa macam tak berhak pulak nak jadi fasi... masih adakah kata 'respect' adik-adik pada fasi seperti aku ini? Dan adakah 'respect' itu sama seperti 'respect'yang pernah aku rasakan pada kakak-abang senior yang dulunya? Hmm...
Apapepun tahniah dan syabas buat semua warga SHAMS yang telah menjayakan kempro pada tahun ini. Moga pada tahun-tahu akan datang Allah mengurniakan kelapangan dan kemudahan untuk aku turut serta menyumbang bakti pada adik-adik SHAMS sekalian...

Ok, kita sambung cerita lain pulak.....
29 August 2013, pihak Yayasan Terengganu telah mengadakan majlis untuk memberikan dana bantuan persediaan ke IPTA bagi anak Negeri Terengganu. dan..... aku pergi.. jumpa Addini, Silmi, Mirah Zahid, Su...... Aten... ramai jugak lagi.... Kalau nak tanya pasal majlis, jawapannya adalah membosankan sebab termasuk lecture politik sekali.... hehe, sori ye pihak pro kerajaan,... Tapi best bila kitorang buat hal sendiri. Sempat lagi kitorang berdrama semata-mata nak potong queue... Adoyaiii silmi ngan addini suka buat lawak sampai aku pun takleh berenti ketawa bila duduk ngan diorang... Haisyhhhhh..... rasa nak golek guling-guling kat situ...

Dan cerita.........
Semalam,punyalah rajin pulak aku pergi baca kes Altantuya... Korang kenal tak nih??? Aku malas nak explain panjang lebar pulak kat sini pasal kes tu, kalau nak tahu jugak google sendiri lah yep :P
Malas nak cakap siapa betul n saper salah sebab aku sendiri pun tak tahu, bila baca kenyataan pihak yang pro kerajaan diorang cakap macam ni, tapi bila baca kenyataan pembangkang lain pulak jadinya. Suka ati koranglah nak amek yang mana satu jangan sampai jadi fitnah pada mana-mana pihak sudah... Yang pasti Allah Maha Mengetahui dan satu hari nanti yang jahat akan pasti terima balasannya. Aku bukannya rajin sangat pun cuma pelik dan rasa curious... omputih kata "curiousity kill the cat"...... hohohoo... Nak tahu la jugak kisah sebenar macam mana, kalau dengar satu pihak pun tak jadi jugak. Kes ni dah lama 2006, aku baru lepas UPSR kot...... memang tak lah nak amek tahu hal yang tak penting dalam hidup aku masa tu. Bayagkan, bertahun-tahun kot kes nih, dan dah berapa orang saksi turun naik mahkamah. Tetibe semalam aku ada baca kenyataan yang pembunuh yang dah mengaku tu dilepaskan macamtu je..... Baik tak payah siasat dari awal kalau dah nak buat keputusan macam tu... Haish......

okey ok, dah lewat sangat dah nih..... walaupun mata belum ngantuk, kena jugak paksa diri tidur sebelum rasa mengantuk sepanjang hari esok...
Adios, sampai ketemu lagi ......
malam semua^^