template

WELCOME NOTE

09 November, 2013

manfaatkan waktu itu

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Assalamualaikum...... 
tik tok tik tok..... hmm... masa berlalu pantas.. dan manusia ini masih lagi...... lalai...

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan pesan kearah kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
surah al-'asr:1-3

Allahu Allah...


Lama rasanya tak buat perkongsian terbuka kat blog nih. Asyik sibuk merapu dan mengeluh... Malu pada diri sendiri, malu pada Allah **tutup muka >..< ishk...ishk...


Hari ni dah masuk 5 Muharam 1435 Hijrah. Rasanya masih belum terlewat untuk ucap salam maalhijrah pada semua. Baru ada 'feel' nak share pasal Muharam, azam dan hijrah. Bila sebut je awal Muharam, of course kita terbayang tahun baru and azam baru. Rasa nak tergelak pada diri sendiri, orang lain sibuk berazam kita pun tak nak kalah... siap buat list, tampal kat dinding bagai... katanya azam tahun baru. Tapi part nak mengamalkannya, Allahuakhbar, Allah je yang tahu... semangatnya tak kekal, tunggu 2, 3 bulan dah layu. Mungkin ada yang bantah.... ada yang kata; "salah tu, bukan kata 2,3 bulan, 2,3hari pun dah layu.."
Dahsyat sungguh... dan hakikatnya itulah manusia... yang lupa, yang lalai. 
Maka tidak dapat tidak, kita harus buat sesuatu untuk sentiasa bersemangat. Sentiasa tajdid niat! Heh manusia, malulah.... sekecil-kecil cell dalam badan kita pun mengalami proses 'renew'... takkan kita nak 'renew' hati pun susah..... **kdebuk....(batu besar jatuh atas kepala sendiri) sekali lagi tutup muka >..<"

Sedih..... malu sangat pada Allah, pada diri sendiri.... Dah hampir 19 tahun hidup kat dunia nih, rasanya roh hijrah tu belum cukup meresap dalam diri. Terkesan benar dengan cerita hijrah saudara-saudara baru yang hidup mereka sentiasa mencari hidayah Allah. Kagum... impressed! ... Jauh bezanya kalau nak banding ngan diri sendiri yang memang terlahir sebagai seorang Islam. Sejujurnya, kalau nak cerita pengalaman hijrah diri sendiri, rasanya kosong... kontang... seolah-olah perkataan 'hijrah' itu hanya muncul bermusim dan hanya perkataan semata., bukan untuk dipraktikkan.  Sudah perfectkah? Sampai dah tak ada lagi nak dihijrahkan?AllahuAllah..... **ketuk kepala sendiri "=..=





                                                                 ^^ bersama hijrahkan hati,
moga hari ini lebih baik dari semalam

03 November, 2013

sebarkan 'sakinah'

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
In the name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious

Assalamualaikum ^_^ .........ohayyo, holaa....
whatsup dude?? apece kengkawan???
Tadi idea punye laa banyak, mencurah-curah macam air hujan tapi bila dah bukak blog.............. 
krik-krik..krik-krik...
haish....


hmmm... kejap sangat masa berlalu, guess what?? tup-tup dah cuti midsem dah. Hamek kau.... wuish, rasa cam baru semalam dengar taklimat orientasi nak masuk degree... and gues what?? rindu nak jadi budak sekolah, buat kerja-kerja nakal ngan kawan-kawan, masuk bilik guru then buat ramah-tamah ngan cikgu.... hohohho.... tetibe pulakkan, bila otak dah berserabut, cakap pun dah merapu-rapu. Sebenarnya tengah nak carik idea untuk post kali nih. Eksaited sangat bukak blog, ada masa pulak nak ber'karangan' disini. Hari ni dah masuk 3 November 2013. Lagi beberapa hari nak masuk 19 tahun and lagi 2 hari nak sambut Maalhijrah. Tetibe macam insaf pulak. :'( Yelah.... kan, orang kata makin bertambah umur, makin dekat dengan ajal... dan itulah kenyataannya... Entah berapa lama lagi Allah nak bagi masa untuk kita terus melihat dunia ni, bersama dengan orang yang kita sayang, merasa nikmat dan rahmat menimba pengalaman....... Allahu Allah.....

Sakinah..... Aku pun tak tahu siapa yang bagi nama tu, mak ker? arwah ayah ker? arwah nenek ker? Yang pasti pada lafaz 'sakinah' itu ada maksud yang sangat mendidik diri aku sendiri. Ketenangan.....
Terkadang, saat hati mula ditapaki sifat mazmumah, marah, dengki, dendam, dan sebagainya seakan ada suara kecil meminta diri ini untuk tetap tenang. Allah......
Mungkin ibu juga mahunya begitu..... mahu melihat anak gadisnya sentiasa tenang dan membawa ketenangan pada yang melihatnya. Mungkin ibu mengimpikan anaknya ini menjadi anak yang menenangkan hati ibubapa, yang sejuk mata memandang. Walaupun kadang-kadang diri ini tersasar menzahirkan akhlak yang tidak wajar.

"Bertenang" :
Cerita tentang tenang membuatkan diri teringat peristiwa beberapa hari lalu. Exam Anatomy. Bukan mudah, namun seharusnya tidak susah jika bersungguh dan berserah pada Yang Satu. Ya, tapi tetap aku tidak dapat menjawab dengan baik, mungkin masih kurang usaha agaknya, InsyaAllah akan datang mugkin perlu lebih usaha... Pada hari yang sama ada 2 orang sahabat berbeza bertanya soalan yang sama. Mungkin kerana reaksi dan tingkah aku yang agak tenang. Seorang sahabat berkata; " Sakinah, macam ok je, ni mesti boleh jawab exam tadi." Senyum~ s.e.n.y.u.m. .....hah..."haha, mana ada. Alhamdulillah, yang boleh dijawab kita jawab tapi ada je yang tak boleh jawab." Walaupun hakikatnya, Tuhan je yang tahu betapa berkecamuknya perasaan bila tak boleh jawab exam dengan baik, senyum dan senyum lagi~ 
" Yeke? Macam biasa je, tenang je."...
" Heh, yeke? entah... tak tahu nak buat reaksi macam mana, kalau nak frust sangat pun tak guna jugak sebab exam dah habis."
See.... huhu entah dari mana lah sahabat ni boleh nampak ketenangan aku. Tapi memang sejujurnya, aku dah macam tak berperasaan sangat masa tu... Kalau sedih bukan ada yang nak pujuk pun kan, baik pujuk diri sendiri. Allah kan ada. 
Baru satu kali exam, kita chill, relax, jangan gelabah dulu, InsyaAllah Allah tolong^^

******************************************************
Sampai kat rumah, seorang lagi sahabat tanya, " Kinah, cuba bagi tips sikit, macam tenang je nampak." .... s.e.y.u.m.~
haha... obvious sangat ke? tenang? 
"Heh?..... erm, tips? kita ilek2 sudeh..... Buat apa nak tension?" 
....................

Mungkin ada yang terasa cara aku macam relax sangat kut, mana taknya, orang lain boleh bersemangat menghafal segala bagai, dengan muka ketat.... aku masih dengan pensil warna ditangan, masih sibuk memotong kertas A4. Apa ingat aku main-main ke?Sebenarnya tak. Sambil membuat nota, sambil membaca dan faham, sambil mewarna dan melukis, aku cuba men'enjoy'kan diri sendiri. Chill lah..... Setiap orang ada gaya tersendiri, kadang kita melihat mereka dengan muka ketat sampai nak tembus lecture note ditenung, tapi mana kita tahu hati mereka tenang membaca bait-bait perkataan untuk dihafal. Kadang kita melihat ada sahabat yang boleh terdidur pulak sambil pengang buku, but jangan sangka dia pemalas pulak... mana nak tahu Allah jadikan dia termimpi soalan exam siap ngan jawapan sekali. 
'Just keep calm and strive to zenith'
be yourself coz u're special ^^
Cuti dan azam:
Cuti ni macam-macam perkara nak dibuat. Kalau ikutkan malas, memang katil menjadi teman sejati, tapi tak boleh. Ustaz kata orang Islam tak boleh malas... hehe...
Assignment bertimbun-timbun tapi tak tahu nak mula dari mana, nak buat pun tak reti.. Kalau dulu cikgu bagi kerja rumah masa cuti, katanya 'cuti terancang' tapi buat pelajar nakal macam kami-kami ni, itu dah jadi 'cuti terancam'..... huhu....
Rindu pulak nak dengar lecture cikgu-cikgu. Sekarang dah besar, kena rancang sendiri pulak cuti kita, kalau tak alamatnya kelaut lah cuti nih. Bukak cuti nih ada exam lagi, Oral Biology, Biochemistry, Arabic, ngan ICT....
Semoga tabah dan terus berusaha membuat yang terbaik^^
pesanan ikhlas untuk diri sendiri... 
haish, masih banyak berangan dirumah