template

WELCOME NOTE

31 August, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
........................................................................................................
Hee~ Senyum kambing sambil tunjuk gigi ^_^
Hohoho! Excited sebab esok merdeka! Yay!
ehemm.. emm betulkan body posture,Assalamualaikum semua ^^"
Malam merdeka, hmm... tetibe teringat zaman muda-muda dulu. Nostalgia merdeka...
Jalur Gemilang
Kredit :Dato' Google

Zaman sekolah rendah, kitalah yang paling excited, semangat nak sambut merdeka. Sambutan kemerdekaan siap dengan hias kelas, hias basikal, pakaian merdeka, pertandingan tulis sajak, pantun, mewarna, melukis poster merdeka, lakonan, persembahan segala bagai. Huh. Jiwa kanak-kanak mana yang tak gembira. Seronok sangat. Semua benda pun kita nak join. Paling legend bila setiap kali pertandingan lukis poster merdeka aku yang jadi juara. Biar hadiah biasa-biasa, tapi cukup bermakna bila terasa dihargai and berjaya menghargai Malaysia. Padahal bukannya cantek sangat pun lukisan aku. Tapi boleh la kalau setakat lawan budak-budak sekolah kat kampung ni masa tu. Aku ngan pensel warna memang sahabat baik dari kecik ^^, tidak dapat dipisahkan.

Perkara legend seterusnya, yang sampai sekarang aku ingat, masa darjah 4. Untuk sambutan hari kemerdekaan, setiap kelas kena buat persembahan. Guru kelas kitorang, Cikgu Alinatushima... Hee~ Hai Cikgu! Saya ingat lagi nama cikgu ^^' dengan harapan cikgu pun baca belog ni...Okay, sambung balik cerita tadi, guru kelas kitorang memang semangat habes untuk persembahan tu. Kitorang berlatih dekat sebulan jugak lah untuk buat persembahan merdeka tu. Kitorang buat tarian and nyanyi lagu Desa Yang Tercinta. 
Ahai menyanyilah 
Ahai, menarilah... 
Inilah desa yang tercinta.. ahai...
Sempoi je masa tu. Haish, segan pulak! Ni kalau kena ulang tayang ni, kompem aku sorok muka dalam guni, tak nak keluar dah... Huhu...

And satu lagi perkara legend masa zaman sekolah dulu, bila aku dapat jawab soalan pengetua kat perhimpunan. Huhu... Pengetua tanya, siapa yang tahu bila tarikh Tanah Melayu merdeka. Mula-mula ada student laen yang jawab, tapi tak tepat sebab dia tak bagi tahun sekali. Aku pun apa lagi, angkat tangan tinggi-tinggi, sambil buat muka konfident and excited. So, pengetua pun panggil la aku. Ceh pengetua la sangat kan. Guru besar. Silap pulak! Aku pun jawablah dengan konfidentnya; "31 Ogos 1957" Semangat sampai guru besar tak sempat tanya nama pun lagi. Haha.. Gelojoh nak hadiah! Sebab hadiahnya adalah.... pensel warna! Winkwink!
Dan paling takleh lupa bila kawan abang aku ajuk aku cakap, 31 Ogos 1957 sambil buat suara halus ala-ala tercekik tulang ikan =.=" Haish! Aku ingat sangat part tu sebab... huhu.. blushing... tak nak cerita laa... >,<
OK gedik!
Blushing

Kalau masa sekolah menengah pulak, tak banyak sangat aktiviti. Mungkin sebab kitorang sekolah agama, cuma pantun, sajak, hias kelas, reka cipta... dah tak ingat... tak banyak memori indah dalam bab pertandingan-pertandingan bagai ni. Cuma yang paling aku ingat sangat time merdeka, bila kitorang dapat snack plate KFC satu sorang. Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Asrama SHAMS. Ada pengalaman untuk urus majlis ni sebab aku dulu pernah jadi BPAS a.k.a. Badan Pengawas Asrama SHAMS. Balik sekolah, berebut tanda tempat nak iron baju batik asrama. Malam tu, ucapan Pengetua, PK HEM, Ketua Warden, tengok video or maybe movie. Dan yang paling penting ayam KFC. Wuhu.. bukan senang nak dapat snack plate free... huhu... Rindu yang amat suasana tu.

Tapi semua tu dah lepas. Dah jadi kenangan dah. Simpan dalam kotak memori, tutup kemas-kemas biar kenangan tu takleh lari lagi. Hari ni, semua dah besar. Dan masing-masing mencari erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka. Bebas. Mahu bebas kemana pula kita? Adakah merdeka cuma bebas dari penjajah? Atau erti kata bebas yang tiada had penghujungnya. Bebas melakukan apa sahaja?

Tidak! Merdeka kita bukan cuma bebas dari penjajah. Bukan juga bebas yang tiada batasan. Tapi merdeka kita biarlah merdeka jiwa dari karat jahiliyyah. Merdeka untuk memajukan diri. Merdeka untuk mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya di bumi kita sendiri. Kerana, bumi Malaysia ini lahirnya cinta kita. Cinta yang disemai... Cinta yang mengenalkan kita pada Pencipta, cinta pada Rasul, cinta pada Ibubapa, Guru, Sahabat, Saudara seIslam, cinta pada negara, agama, dan bangsa. Kerana cinta ini, kita saling sayang menyayangi dan aman damai.

Nak kongsi satu mutiara kata dari Ustaz Pahrol;
"Jika merdeka itu membebaskan diri dari penjajahan bangsa asing mengapa Rasulullah membebaskan kota Makkah dari Arab Jahiliah, bukankah mereka sebangsa dengan Rasulullah?
....kerana kemerdekaan sebenar ialah bebas dari kongkongan syirik, isme-isme ciptaan manusia, belenggu hawa nafsu, sistem hidup yang membelakangkan syariat dan akhlak Islamiah.
negara yang merdeka itu bebas dari budaya hidup jahiliyyah-riba, judi,zina, arak, rasuah, penzaliman atasan terhadap rakyat bawahan."
Ok bye~

29 August, 2014

Menjadi 'dentist'kah kita?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tinggal lebih kurang 1 week je lagi kat rumah. Yang kadang-kadang aku mengeluh kerana kebosanan yang amat. Haish, cuti yang sangat tidak sihat untuk dicontohi dan diulangi. 
And pejam celik-pejam celik dah masuk year two, as a dental student. 

Being a dentist?
Tak pernah termasuk pun dalam list cita-cita aku sejak kecik nak jadi dentist or 'doktor gigi'. Hmm... Entah macam mana boleh tercampak dalam bidang ni. Tapi, bila dah belajar and meneroka bidang ni, best jugak. So far so good.

Actually, aku jugak yang letak dentist dalam list pilihan masa isi UPU dulu. 3 tahun lepas. Well, mula-mula memang nak amek medik, dan USIM memang dah jadi universiti target... Reason? Kenapa pilih USIM? Heh?
Emm, sebabnya, USIM universiti baru lagi, tak famous macam UIA, UM, UKM, yang dah lama wujud, and dah ramai orang graduated dari sana. So, pada pandangan aku yang memang budak sekolah yang tak tahu apa-apa masa tu, kalau semua orang sibuk nak pilih univrsiti yang terkenal, well known seluruh dunia, siapa pulak yang nak terkenalkan universiti yang baru-baru macam USIM nih? So, tanpa segan silu, aku taruk semua pilihan 1st sampai 3rd tu USIM. 
1st aku buat Tamhidi Perubatan (Medic)
2nd, Tamhidi Pergigian (Dentistry)
and 3rd Tamhidi Sains dan Teknologi (SnTech)
mesti orang yang urus kemasukan tu kata, budak ni memang desperado sangat nak masuk USIM agaknya =..='
And selebihnya, aku letak Medic UIA, Medic UM, Farmasi and so on. Dah tak ingat dah.
Mula-mula cuak jugak, takut dapat something yang kita tak jangka kan, maklumlah yang buat permohonan bukan kita sorang, ada beribu atau mungkin berjuta students yang result deorang lagi gempak dari kita. And tunggu punya tunggu abang posmen hantar surat. 
Finally, dapat sambung Tamhidi Pergigian kat USIM.
Hohoho... Memang excited sangat time dapat surat tawaran tu!
Saiya peratey saja ini orang aa (baca gaya ane mintak hutang) :P
Mula-mula tu memang ingat nak tukar ke medik sebab pernah baca belog senior USIM yang tukar kos bila masuk degree. So, pulun punya pulun study, dapat la result yang boleh dikatakan OK jugak walaupun tak sehebat orang laen. Tapi bila dah habis setahun bersama kawan-kawan waktu Tamhidi Dental, rasa sayang pulak nak tukar ke Medik. Sebab diorang dah tautkan hati dengan chenta dan ukhuwwah. And plus, Degree Dental kat USIM memang limited edition, and tak semua orang berpeluang nak jadi one of dental students at FOD USIM. So, tanpa fikir panjang yang tak berkesudahan, aku decide nak teruskan as a dental student. 
Bersama sahabat-sahabat KTD 2012-2013 ^^
Heh, lap air mata... Rindu... Mata masuk habuk! >..<

Hee~
Entah kenapa pulak aku mengimbau zaman kanak-kanak rebina nih kan? Huh.
Sebenarnya, dah tak tahu sangat nak merapu apa benda kat blog ni. Makin lama rasa makin kurang pulak idea nak menulis.
Sebenar-benar tujuan aku meroyan kat sini cuma nak cerita, masa raya haritu... Emm.. Raya haritu, ada sepupu aku cakap kat aku, "eh dokter, larat ke nak cabut gigi orang nih. Kecik sangat dokter."
So, heh.. aku pun jawab dengan nada bergurau and secara spontan. "Eh takpe kecik pun, kita bukan nak cabut kepala orang, kite cabut gigi je." Berderai tawa semua orang yang ada kat situ.
Hahaha.. Puas hati jugak jawab. Jangan maen-main dengan kecik. Hee~ Cabut gigi kang!
Tapi, kadang-kadang rasa takut jugak. T.Takut sangat bila orang pandang tinggi kat kita. Sebab tanpa aku sedari, diorang macam anggap aku yang biasa-biasa ni hebat sangat bila amek dentist. Sebab family kitorang tak ada yang amek medic or dentist. So, memang setiap tahun pun kalau sepupu sepapat datang beraya kat umah mesti ada yang tanya aku, "Macam mana dokter? Seronok belajar?" Haish, kalau boleh maintain result bagus boleh jugak nak menjawabnya. Hee, ni kalau result cukup-cukup makan je, rasa macam nak sorok muka dalam guni je masa hari raya. Hahaha...
Tapi setakat ni, result exam Alhamdulillah, tak banyak tapi tak menyedihkan. Boleh kata, Allah bagi dah terlebih dari usaha aku yang seciput ni. Walaupun hakikatnya, aku dah mengecewakan ramai jugak orang termasuk my mom. Huhu... Pada masa akan datang, Anakanda akan berusaha seboleh-bolehnya mother.!!
Yeah!

tak sabar nak jadi 2nd year student yang berjaya! 
Ngee~ senyum sambil nampak gigi 

Adioss ^^
photo from fesebuk ^^

20 August, 2014

Mampukah aku?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Andai aku masih punya waktu...
Allah...
Sakitnya... Sakit yang amat!
Bilamana Allah ingin aku kembali padaNya,
Cukup satu tusukan yang menikam lubuk hati......
Mimpi semalam terasa seperti tikaman yang sangat dahsyat.
Dan hari ini, mataku masih belum mampu terlelap.
Takut... Takut jika mimpi semalam hadir kembali...

Allah, kuatkanlah hatiku, bilamana aku tidak lagi bersama dengan orang-orang yang aku sayangi.
Mimpi tu buatkan aku rasa macam nak nanges, berlari sambil panggil mak dan terus peluk mak kuat-kuat. Takkan aku lepaskan... Sungguh aku tak mampu! Tak tergambar dengan kata-kata. Tak mampu untuk aku ceritakan... Sedih!

Cuma, aku tahu...
Allah ada dan selalu ada.
Sebab Allah dah mention awal-awal dalam al-Quran;
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati."

Bila Allah ambil orang-orang yang kita sayang,
Allah nak kita lebih dekat denganNya, 
sebab saat tu, baru kita tahu. Kita ni makhluk, dan orang-orang yang kita sayang tu pun makhluk. Semua pun  akan mati. Tapi Allah tu al-khaliq; Pencipta, Allah tak mati... Bergantunglah pada Allah... bukan pada makhluk, nescaya kita takkan kecewa. :')

Kelat, pahit..... :'(
Istighfar... Istighfar... Istighfar...
Untuk cuba tersenyum, walaupun dihati penuh keresahan adalah satu terapi... Menulis disini juga satu terapi bagi aku... Terapi untuk memadam segala gundah di hati.  

Senyumlah wahai diri, saat Allah menguji sang hati. :')

13 August, 2014

krik.. krik...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

**AWAS!!! Post ini hanya mengandungi kemerapuan tahap super Giga dan mungkin menyebabkan anda mempunyai symptom2 merbahaya seperti; loya, muntah-muntah atau berisiko pengsan!

Haaaaaa.....emm... (tarik napas dalam-dalam, tahan... 1,2,3,.. hembus! ) fuhhh... terpercik aik liur! Menyembur!
Ngee~ semata-mata nak tiup habuk and senawang..(ehh.. sekawang ke sesawang?  =..=' apetah nama yang macam sarang lelabah besar tuh..)
 =..='  Enhh?#!%^&$??!!
Ohayo'...... Assalamualaikum sume....
Krik...krik....krik...
Bosan.... Si kecik Iskandar dah balik Melaka....
Wuhuuuhuuu.... tak sabar nak tunggu raya 2 tahun lagi...
Nak jumpa 'nanda tecik'.....

Emm... dah lama jari jemari kaku ni meng'kaku' tanpa bergerak lincah di atas papan keyboard laptop nih.. Entah... Mungkin bersama kefuturan hati, disitu juga terkubur kelincahan sang tangan... Atau mungkin juga kerana kekeringan idea dan ke'tenat'an jiwa... Heh... AWAS! Perosak bahasa dah bermaharajalela... =..='
okay guys, diharap sabar membaca tulisan budak hingusan yang "berlagak" ada orang nak jenguk blog dia nih...
Ermm... bila kemalasan melanda untuk terus menaip dan menaip....dan  akhirnya, hati bicara sendiri lagi... Semua yang ingin diluahkan di laman blog ini hanya tinggal debu dan habuk..
dan..
ia.. 
kembali..
sepi....
sesepi..
...........................................................................
krik...krik...
and al-hasilnya...

#kontang! tanpa pengisian dan peringatan...

wokeyh, tak nak sedih-sedih, no! no! no! girl, no girl, jangan nages!! (sambil tunjuk tangan 1 Malaysia and buat aksi gedik diva tahap Mega) =..=' ***nescaya anda akan diboikot atau mungkin disumpah disebabkan kemeluatan melampau...

Hah, masing-masing dah dapat result UPU semalam kan? And harini I pun dah dapat result pro exam haritu....
So..... What to do girl???
Huargh!!! Nanges laju-laju sambil cakap Alhamdulillah..... :'(
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah... Alhamdulillah....
Well, kita mungkin tak dapat sebagus kawan-kawan laen, tapi itulah yang terbaik Allah hadiahkan untuk kita.
Dan ucapan terima kasih apakah yang selayaknya bagiNya?
Of course..,
"Say Alhamdulillah~ Thank You Allah. Thank You Allah"

Indeed, Allah knows the best for us! ^^,

15 July, 2014

meng'giloss'

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Just can't wait to go home...
Omo..omo... (omohyoid)=..=' heh...
Warghhh.... bosannya...
Nak buat sesuatu yang berfaedah, tapi rasa macam takde ruh pulak. Nak baca buku.... tapi...rasa macam x feel...
Nak melukis takde idea...
Nak menulis pun tak bersemangat
Tak suke bila rasa macam mayat hidop yang tak ada arah tuju...
Nak balik rumah sekarang :'( sob3...
[Kredit]
Nak nanges sekarang... golek guling-guling atas katil sampai malam khames. Sebab bila bukak mata dah ada kat rumah..

okay guys, adioss...
[ok, jatuh thiqoh... +..+"]

13 July, 2014

shame on me!!!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah~

"Zuhud hati ialah ketidak bergantungan hati dengan dunia dan nikmatnya. Nikmat dunia digunakan, namun hatinya tidak terikat dengan nikmat tersebut. Jika nikmat tersebut ditarik balik, maka dia tetap sabar dan tenang. Jika nikmat berkekalan, dia menggunakannya dengan penuh adab syarak."
Special credit to: rusydee artz ^^

Astarghfirullah al-'azim...
Muhasabah kejap....

Hmm.. dah lama sangat tak update blog nih... Banyak sangat benda nk cerita sebab banyak sangat benda dah berlaku dari hari last update blog haritu sampai hari ni.. Benda baik... dan yang tak baik sangat pun ada jugak... Tapi takpe2 think positive... Entah nak start dari mana pun tak tahu...

Kadang-kadang terlalu banyak benda yang difikir. Kadang-kadang ada benda yang kita rasa berat sangat nak terima tapi once kita dah adapted dengan situation tu, ape pon boleh la...

Ok guys,... tak nak cerita pasal kisah diri sendiri yang sangat kontang isinya, yang orang kata kalau buat novel pun memang tak laku laa... Tapi nak share perasaan jap kat sini. So, pada sesape yang dah rasa nak 'termuntah makanan sahur pagi tadi', bolehlah beredar kerana saya tidak memaksa anda untuk membaca segala hasil tulisan budak hingusan macam saya ni...

Sebenarnya, Ramadhan ni..... Ramadhan ni beri banyak pengalaman, tarbiyyah, petunjuk dan segala macam nikmat dan ujian... Tapi, hati ni...... hati ni masih sama... Berada pada takuk lama. Kadang hamassahnya mengunung tinggi, dan kadang-kadang seperti pokok mati... Malu dengan Allah :'(
Ada orang kata; "Yunk, come on... Kita bukan malaikat beb! Biasalah tu, kita manusia biasa... Imannya sekejap turun, sekejap naik, 'Al imanu yazid wa yankus' "

"Yup, exactly!!! Betullah tu. Tapi kita tak diajar untuk terus biarkan iman yang turun tu menjunam jatuh macam kau terjun bangunan GV ni tanpa guna payung terjun!"
Habis tu nak buat macam mana ni beb??

Meh kita tengok hadis ni:
Rasulullah s.a.w. bersabda; 
"Iman itu kadang naik kadang turun. 
Maka perbaharuilah iman kalian dengan
La ilaha illallah"
(HR Ibn Hibban)
See...
Guys, bila iman kita turun, bukan redha dan pasrah and cakap macam orang tak ada iman. Tapi Rasulullah pesan suruh kita perbaharui iman... 
Accano nak perbaharui iman ni? Kena pergi JPJ macam nak perbaharui lesen ke?
Allahu Allah... Shame on you! Shame on me!!!
Krikk.. krikk...

Kan. Lemahnya diri... Sedetik muhasabah buat hati yang lalai...

Nak dengar cerita tak??
Kisah sahabat nabi...
Jadi ceritanya cenggini,.... 

Ada seorang sahabat, yang namanya Hanzalah. 
Satu hari, terdengar laungan dari jauh...
"Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!"
Laung Hanzalah pada dirinya. Dia bergegas ingin berjumpa Rasulullah. Wajahnya kelihatan penuh ketakutan dan ada penyesalan dihatinya. 

"Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!"
Diulangnya beberapa kali.
Sayidina Abu Bakar yang ketika itu mendengar laungan Hanzalah terkejut lalu bertanya kepada Hanzalah; 
"Apakah yang kamu katakan ini wahai Hanzalah?"

"Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah munafik!
Aku ketika bersama Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir kepadaku. Aku menangis kerana takutkan neraka."

"Tetapi ketika aku dirumah, aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku. Hilang tangisanku ketika bersama Rasulullah."
"Aku telah menjadi munafik!" Ujar Hanzalah sambil teresak-esak kerana bimbang akan dirinya.

Maka terkejut Sayidina Abu Bakar. "Jikalau begitu, aku juga telah munafik. Wahai Hanzalah, aku juga serupa denganmu."

Kedua-dua orang sahabat ini kemudiannya bergegas untuk menemui Rasulullah, dengan perasaan yang gusar dan bimbang. Tangisan mereka tidak berhenti kerana takut akan ancaman Allah buat golongan munafik.

Lalu sesampainya mereka dihadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara dalam gementar; "Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik!"

Rasulullah bertanya; "Kenapa?"

"Wahai Rasulullah, ketika aku bersamamu, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir kepadaku. Lantas air mataku mengalir. Tetapi ketika aku dirumah, aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku. Tidakkah aku ini seorang munafik Ya Rasulullah?"

Rasulullah tersenyum. Lantas, sabda baginda s.a.w.;

"Demi yang jiwaku di tanganNya, andai kalian tetap 
seperti kalian di sisiku dan terus berzikir, nescaya para 
malaikat akan berjabat tangan kalian, 
sedang kalian berada di tempat tidur dan 
di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, 
ada waktumu (untuk beribadah) 
dan ada waktumu (untuk duniamu)."
-HR Muslim-

Indeed, kita manusia... bukan malaikat. Tapi tak seharusnya kita membiarkan diri terleka dalam pada kita terlalu lagho dengan nikmat dunia...

"Our Lord! We have wronged ourselves 
and if You do not forgive us and have mercy upon us, we will surely be among the losers."
Al-A'raaf : 23

Bila hamba ini berkongsi, bukanlah kerana dia yang terbaik,
tetapi ketahuilah, pada dirinya beribu kekurangan...
Dan dengan kekurangan itu, menjadikan dia 
seorang yang tidak sempurna ...
Bahkan, hatinya juga masih berbolak balik...
Kerana itu, dia selalu berdoa, moga Allah memberikannya
hati yang ikhlas, jauh dari riak...
Moga Allah redha~

18 April, 2014

Penat

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hidup ni penat sangat...
Penat berperang dengan nafsu
Kadang lemah... kadang kuat...
Allahu Allah...
Entah bila diri ini bisa sekuat Fatimah, semulia Khadijah...

Hidup ini penat sangat....
Penat berlagak teguh saat iman goyah,
Allah... Aku tahu hati ini milikMu, berbolak-balik..
Kadang teguh... kadang rebah...
Selamatkanlah hati yang leka ini,
Bawa kembali hati ini padaMu...
Allah....

Hidup ini penat sangat...
Penat menahan tenatnya jiwa..
Mencari diri dalam kelam debu dosa...
Allah...

Ya Allah, kuatkanlah hati ini;
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridhaan Kami, 
Kami akan tunjukkan kepada mereka 
jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

~Al-Ankabuut:69~


Huh...
Assalamualaikum semua^^
Seronok cuti? Heh... Cuti ni rasa letih sangat... letih dengan diri sendiri.. letih dengan macam-macam...
**Kenapa ni cik kak? Mengeluhkah?? Banyak sangat ke esaingmeng nyer???** Huhu...suara hati cuba memujuk =..='
Haish... banyak tak banyak... bila list kan balik, tak der laa segunung pon assignment ngan kerja-kerja yang nak kena buat.
Tapi bila penyakit malas dah melanda jangan kan essaingmeng yang se'ciput' tu nak diusahakan buat, bukak buku pun kelaut laa jawabnya...
Berat nanang orang kapung kite kate... Ustaz Azhar kate balek awal r kalu gitu gak...

Haish.... **hah amek... keluhan kali kedua** '=..=
Arghh... the thing that i hate so much.... Assignment English.
Haish... Rasa macam nak makan orang pun ada jugak bila terfikir pasal assignment nih. 
Huarghhhhh!!!!
Haish, ada yang jadi the hulk pulak lepas nih...
Ok... Sekejap, nak meroyan kat sini kejap.. Pada pembaca-pembaca yang baik hati sila abaikan perkataan-perkataan tidak enak didengar dan dibaca pada saat ini...
Haish, tak paham sungguh... Ape pulak kaitan dentistry dengan cerita detektif. Adoyaiii... Naik rimas nak memikirkan jalan cerita.... Tu belum lagi nak terjemah jadi ayat-ayat BI yang fantastic...
Haish.. memang sarkastik laa jadinye... 

Satu perkara yang memang bermasalah betul bagi aku pada saat ni adalah bahasa. Emang takk laa kalau nak buat ayat -ayat bombastic... baik BI ngan BA.. dua-dua aku dah K.O...
Kalau tak kerana USIM wajibkan dua bahasa ni untuk dipelajari memang dah lama aku biarkan otak ni berhenti fikir pasal subjek bahasa... Bahasa Melayu pun dah maen goreng kangkung je bila buat karangan, apetah lagi BI ngan BA....

Tapi kan.... Satu je yang aku pegang untuk terus biar enjin otak bahasa aku tak berkarat dan mati. Quran dalam bahasa Arab, jadi kena la rajin-rajinkan diri belajar arab walaupun tak boleh jadi superb dalam bidang ni... BI pulak bahasa biasa a.k.a."common language"... ( okay, orang terengganu kate "komang language" **komang=dok rok cetong bohh ) 
Selingan semata-mata =..='... 

Emm...i mean, orang sekarang tak pandang kita kalau tak padai cakap omputeh.... So, macam mana nak dakwah kalau orang tak nak dengar kita berhujah???
So, sabar je lah diri.... Teruskan berusaha, moga Allah catit amal-usaha kita sebagai ibadah. Untung-untung boleh jadi bekalan dalam kubur^^
Hidup lebih bahagia jika
kita berfikiran positive ^^


09 February, 2014

A reminder from Allah

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 "Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yg serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. 
Dan barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk." 
Az-Zumar :23
Credits to: Lukisan Dakwah Islam ^^
Secebis ayat cinta dari yang Maha Mencintai
Moga Allah redha~

31 January, 2014

Impian kita jangan biar terkubur begitu saja...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
In The Name of Allah The Most Merciful The Most Gracious
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum w.b.t.
Cerita tentang impian dan azam... 
Teringat pada satu impian besar yang kukuh tersemat dihati
Satu impian yang harapannya bisa terlaksana suatu hari nanti....


IMPIAN KITA NAK BINA QURANIC CASTLE:
"Awak2... awak ada impian tak??"

"Hmmm..... impian saya nak ada keluarga ala2 'baitul muslim' pastu nak ada rumah sendiri, ada duit, nak bawak keluarga pergi makkah....bla..bla..bla... Kalau awak pulak macam mana? Apa impian awak?"

"Impian saya... nak bina Quranic Castle. Impian KAMI"
Gambar hiasan


Eh, apeke bendenye 'Quranic Castle' tu?
*****************************************************
ermm....... satu binaan, di sebuah kawasan yang lapang...
Bangunan untuk tujuan mendidik... Seumpama madrasah... 

Binaan yang dibina oleh arkitek-arkitek Islam, dan buruh-buruh binaan yang Islam, dimana mereka terdiri daripada golongan yang mahir, tapi pada masa yang sama menjaga solatnya, ikhlas dalam pekerjaannya, amanah dalam menunaikan tanggungjawabnya.

Maka, setelah terbinanya binaan Quranic Castle ditangan mereka-mereka yang jiwanya takutkan Allah, bermulalah operasi pendidikan dan tarbiyyah terhadap warga-warganya.
Quranic Castle ini, misinya tertumpu untuk melahirkan insan-insan yang berjiwa hamba, takutkan Allah, cemerlang dunia akhirat.
Disitu anak-anak seawal usia hingga ke peringkat sekolah rendah, sekolah menengah termasuk universiti diberi didikan dan tarbiyyah yang seimbang dunia dan akhirat.
Dari ilmu fardhu ain, tauhid, fiqh, hafazan al-Quran, akhlaq, sirah, sehingga ke ilmu sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagainya....
Subjek kokurikulumnya menekankan sukan memanah, berkuda dan berenang... Sejajar dengan sunnah Rasulullah.

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, guru-gurunya juga perlulah guru-guru cemerlang. Maka, guru-gurunya hendaklah terdiri daripada mereka-mereka yang mahir, cemerlang peribadinya, indah akhlaknya, menjaga agamanya....

Maka, disinilah kita akan membina kembali generasi Islam al-fateh yang pernah terwujud satu ketika dulu....



****************************************************
KISAH UMAR JADI PENGUAT:

itulah impian kami..."

Waahhh... Menarik! Tapi kan, awak tak rasa macam... mustahil ke? I mean, impian awak tu 'perfect sangat'...

Hmm...mmm... yup, macam mustahilkan? dulu saya pun rasa macam tu, tapi saya nak awak dengar cerita ni dulu... cerita pasal Khalifah Umar...
Ceritanya bermula......


Ketika itu musim panas....... ditengah-tengah padang pasir, kelihatan seorang lelaki sedang mundar-mandir sedang mulutnya tidak lekang dari berdoa. Berdoa memohon kemenangan buat umat Islam. Itulah Saidina Umar Al-Khattab... beliau sedang menunggu utusan membawa berita daripada tentera Islam yang sedang bertempur dengan tentera Parsi.
Dari kejauhan itu, muncul seorang lelaki berkuda, pantas menuju ke arah Amirul mukminin Saidina Umar. Melihatkan pakaian Saidina Umar ketika itu, tidaklah mewah... jika mereka yang tidak mengetahui beliau adalah Amirul Mukminin, pasti tidak mengenali beliau.
Maka setelah hampir dengan tempat Saidina Umar berdiri, tahulah utusan itu, inilah Amirul Mukminin. Maka utusan itu berkata; "Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah telah memberikan kemenangan buat tentera Islam. Demi Allah, Parsi telah ditawan!"
Saidina Umar menangis sambil mengucapkan syukur. Lama sekali tangisan Saidina Umar, sehingga utusan itu berkata; "Wahai Amirul Mukminin, mengapakah kamu menangis, bukankah berita kemenangan ini yang kamu tunggu?"

Maka berkata Saidina Umar;
"Aku masih ingat ketika Perang Khandak, ketika itu jumlah kami sedikit namun kemenangan tetap milik kami.
Ketika itu, kami tiada apa-apa, aku masih ingat bagaimana Rasulullah mengikat batu pada perut baginda... Kami hanya menggali parit menggunakan tangan-tangan kami, tiada senjata mewah lain.
Pada saat itu kerja-kerja penggalian parit hampir selesai, namun ada satu bahagian yang terhambat oleh sebuah batu besar. Sulit sekali dipecahkan sehingga akhirnya Rasulullah sendiri turun tangan.
Rasulullah memukul batu itu dengan penukul sambil membaca basmallah. Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan batu itu pecah sepertiga. Nabi bertakbir; "Allahu akhbar! Telah diberikan kunci-kunci Syam. Demi Allah, aku melihat istana-istana mereka yang merah dari tempatku ini."
Pada pukulan kedua, batu itu pecah menjadi sepertiga yang lain dan muncul percikan api seperti sebelumnya, kemudian baginda berucap; "Allahu akkhbar! telah diberikan kunci-kunci Persia. Demi Allah, aku melihat al-Mada'in dan istananya yang putih dari tempatku ini."
Lalu baginda memukul untuk yang ketiga kalinya hingga pecahlah sisa batu tersebut. Lalu Rasulullah berkata; "Allahu akhbar! Telah diberikan pintu-pintu Yaman. Demi Allah aku melihat pintu-pintu Shana'a dari tempatku ini."
Pada ketika itu kami bertakbir dan bersorak gembira, sedang kaum musyrikin pada ketika itu mentertawa dan mengejek kami.
Dan aku berazam..... aku tidak pernah berhenti berdoa agar umurku dipanjangkan sehingga aku dapat melihat hadis baginda itu menjadi kenyataan. Dan hari ini, lihatlah.... demi Allah, Parsi telah jatuh ketangan Islam."
******************************************************

dan hari ini, kita juga punya impian...
Mereka bilang itu mustahil...
Kenapa mustahil? Tak percayakah kita dengan kuasa Allah?


"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanyalah berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu."
(Yaasin:82)

sahabat....
impian kita mungkin setinggi gunung,
namun akan ku terus mendaki 
walau dunia berkata aku tidak akan bisa sampai ke puncak itu
kerana aku tahu,
Allah ada bersama kita

sahabat...
kerana impian ini,
aku berkata pada diri, 
"Kalau hari ini kamu tidak bersungguh-sungguh menimba ilmu, mana mungkin kamu mampu mencapai impian itu,
Kalau hari ini kamu tidak tanam tawakkal padaNya, 
mana mungkin esok kamu bisa berjaya menggenggam impian ini,
Kalau hari ini kamu masih jadi biasa-biasa saja, 
mana mungkin esok kamu bisa jadi yang luar biasa."

sahabat...
Kerana impian ini aku terus berusaha,
supaya menjadi mereka yang mahir 
namun pada masa yang sama tidak meninggalkan agama ini.

sahabat....
impian kita jangan biar terkubur begitu saja...
kerana sesungguhnya;
"Allah tahu apa isi hati kita."

Binaan impian yang dirindui

Mana mungkin kita mampu mencapainya jika tanpa usaha,
Teman, impian ini telah kita bina bersama...
Moga nanti tercapai dengan izinNya...

-Generation 94-
^^ sayang korang liLLahi Taala
Moga ukhuwah kita dalam redha Allah~

27 January, 2014

A new chapter to go!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious

Allamdulillah..... 
Segala puji dipanjatkan kepadaNya, Allah Tuhan sekalian alam.

Allahu Allah... Selesai sudah "the battle with the exam papers"...
Fatrah imtihan... bukan hanya teruji dengan menjawab soalan-soalan exam yang 'awsome' susah, tapi juga teruji dengan ujian persahabatan, emosi dan fizikal. Wuuu...
Macam mana tak teruji, saat inilah diri terasa sangat 'selfish', terasa seperti setiap waktu hanya untuk diri sendiri, tanpa menghiraukan sahabat-sahabat lain... Terasa seperti hilang kemanisan ukhuwah... Tinggal sebumbung, tapi seolah-olah terpisah beribu batu. Aku dengan diriku, engkau dengan dirimu... Allah, ampunkanlah hambaMu ini saat aku tenggelam dalam sifat mazmumah...
Sahabat, andai diri ini terlanjur menyakiti hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku insan lemah yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan.


Teruji emosinya... stress, lemah, hampir berputus asa.....
Allahu Allah...kuatkanlah diri ini... Terkadang menangis sendiri menyedari kelemahan diri. Mujur, ayat-ayat Allah penuh ajaib membasuh hasutan putus asa dari syaitan... 

Sungguh, Allah Maha Mengetahui:
Cerita tentang minggu exam, ada sesuatu yang Allah hadiahkan buat penguat hati yang hampir tewas tersungkur.
Subjek yang memerlukan kefahaman dan hafalan yang sangat tip-top..... Sukar... Hampir sahaja aku mengeluh..tepu... berat...
"Banyaknya nak kena hafal.... Macam mustahil je nak ingat semua ni, tambah pulak nama-nama muscle yang macam-macam. Arghh..."
Tika wajah penat memikirkan dunia, hati tertanya-tanya; "kenapa perlu belajar semua ni sedangkan akhirat itu yang dikejar." Hati cuba menyokong ke'tepu'an di otak, mujur Allah itu Maha Pengasih, masih sudi menjawab saat hamba lemah ini hampir mencari jalan putus asa. Lantas tangan mencapai al-Quran di sudut kiri meja... Alhamdulillah, jika bukan kerana Allah, tiada daya diri ini untuk berbuat demikian. Semua dari kehendakNya. Lalu helaian demi helaian diselak dan dibaca... Ada ayat yang berulang... lalu mata meliar mencari terjemahan pada ayat yang dibaca:

"Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit untukmu, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu kebun-kebun yang berpemandangan indah? Kamu tidak akan mampu menumbuhkan pohon-pohonnya. Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya merka adalah orang-orang yang menyimpang (dari kebenaran).Bukankah Dia (Allah) yang telah menjadikan bumi sebagai tempat berdiam, yang menjadikan sungai-sungai di celah-celahnya, yang menjadikan gunung-gunung untuk (mengukuhkan)nya dan yang menjadikan suatu pemisah antara dua laut? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak mengetahui.Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan doa orang-orang yang kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.Bukankah Dia (Allah) yang memberi petunjuk dalam kegelapan di daratan dan lautan dan yang mendatangkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Maha Tinggi Allah terhdap apa yang mereka persekutukan.Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (lagi) dan memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Katakanlah; "Kemukakanlah bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar."Katakanlah (Muhammad), "Tidak ada sesuatu pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib, kecuali Allah. Dan mereka tidak mengetahui kapan mereka akan dibangkitkan."Bahkan pengetahuan mereka tentang akhirat tidak sampai (kesana). Bahkan mereka ragu-ragu tentangnya (akhirat itu). Bahkan mereka buta tentang itu. 
(An Naml : 60-66)

Laju air mata mengalir...... 
Saat diri lemah, yakinkanlah hati kerana Allah ada! Allah ada! Allah tak pernah biar kita sendiri, keliru dan buntu....
Allah nak suruh kita nampak bahawa ilmu kita terbatas, sedang Allah Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui. Maka Subhanallah..... dengan kelemahan ini, pada Allah diri memohon kelebihan agar diberi kefahaman dan kuat ingatan.
Baru belajar tentang muscle dalam badan sendiri, dah rasa letih kah? 
Come on Sakinah,..... jangan menyerah! 
Terus berusaha kerana Allah nak bagi ilmu, moga kita jadi orang yang lebih bersyukur dan lebih mengagumi kebesaran Allah. Lihatlah dengan mata hati kamu pasti melihat hikmah Allah yang tersirat disana.
Moga Allah redha~


Allah The Almighty ^^
Terkadang kita perlu sedar hidup tak seindah cerita novel, 
realiti tak seindah bayangan fantasi...
Kerana kita hidup di dunia, bukan di syurga......

Terkadang kita cuma perlu memaafkan,
Melihat kekurangan pada diri sendiri... bukan menghukum penuh syadid. 
Kerana kita bukan malaikat, sahabat-sahabat kita juga bukan malaikat, kita cuma manusia yang lemah.
Someone told me; " Manusia sentiasa dalam kekurangan, kesempurnaan itu milik Allah...the important things is that we give all out of our effort and put a soul in it."
Thanks^^


So, lets proceed to the next step!

It's never too late to start now.... 
coz Allah will help you to do the rest as long as you do the best!
Fighting!!!
bila hati bicara sendiri^^
Moga Allah redha~

02 January, 2014

It's me

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In the name of Allah The Most Merciful The Most Gracious

Salam seindah tiupan angin malam, **(heh.. jiwang karat pulak)
Assalamualaikum semua ^^
Wahahaa... missing u soooo much mr. belog...
It's almost 12 o'clock and guess what? i'm still not sleepy....
Heh, satu perkara yang agak pelik disitu, mana taknya... biasanya, pukul 10 lagi dah terbongkang tidur... hehhee... penat yang amat  
**(alasan semata-mata) 

Yay! bahagia... sebab dah berjaya siapkan kerja-kerja yang bertimbun. Heh, walaupun hakikatnya (kerja-kerja) tugasan tak pernah putus, dan tak akan pernah beri lampu hijau untuk diri ini berehat. Baru selesai siapkan practical report physiology yang terakhir untuk sem ni. **huhu... (what a sigh of relief)

entitled;"LUNG VOLUMES AND CAPACITIES"
So, hohoO... it's 2014... 
Dan..... erk, jom muhasabah diri kejap;
"Wahai diri yang menulis, untuk apakah kamu menulis? adakah sekadar mencari populariti? atau menagih simpati? ataukah kamu cuma menginginkan pujian? atau cuba menarik perhatian?...
Wahai diri pesan pada Encik hati... semoga jujur saat menjawab segala persoalan ini... 
Ya Allah, pandanglah diri kami dengan pandangan rahmatMu, 
Ya Allah, saat hati ini berbolak-balik mencari ketulusan dalam setiap amalan, moga Engkau datangkan petunjuk yang membimbing... agar tetap teguh, utuh dengan niat yang satu iaitu mencari redhaMu..."

Dah 2014 kan? alamak, dah tak jadi remaja belasan tahun lagi...
19 + 1 = 20 tahun...
Umur dan bertambah, kedut pun dah bertambah, Mr. J pun suka bertapak kat muka.. dah tak comel macam kecik-kecik dulu... Haish, kematangan tak bertambah jugak... Amalan? Ilmu? **Alamak, alamak, alamak =,='  cepat tutup muka, MALU  


Allahu Allah...
Kerdilnya diri, dah nak masuk 20 tahun hidup tapi tak sehebat orang dulu-dulu... Zaman Rasulullah, zaman sahabat, zaman tabiien, zaman tabi' tabiien... Masya-Allah, ulama'2 dulu umur tak sampai 10 tahun dah hafal Quran.. Sultan Muhammad Al-Fateh, umur 21 tahun dah jadi sultan, jadi sultan pulak bukan macam sultan kat Malaysia brader, negara kecik secoet jer dalam peta dunia. Sultan besar tu... Sultan untuk satu empayar besar Turki Uthmaniyyah. Allahu Allah. Hebat! Kalau nak banding dengan kita-kita memang jauh panggang dari api laa... tapi kan, rasanya tak salah untuk ada cita-cita untuk jadi hebat..... Semoga akan terlahir generasi al-Fateh, yang punya jati diri utuh, mampu memikul amanah besar, mampu membuat keputusan bertunjangkan keyakinan kepada Allah yang satu.

Heh... tetibe ngantuk pulak... nantikan it's me 2
Ni baru muqaddimah... hehe.. sebenarnya nak merapu je...
Btw, minggu depan study week then exam week.....
Then...i'm going home!! Ohyeaaahhh ^^

Weee... doakan kejayaan kami-kami di medan menuntut ilmu~
Malam semua, Wan 'an~