template

WELCOME NOTE

15 July, 2014

meng'giloss'

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Just can't wait to go home...
Omo..omo... (omohyoid)=..=' heh...
Warghhh.... bosannya...
Nak buat sesuatu yang berfaedah, tapi rasa macam takde ruh pulak. Nak baca buku.... tapi...rasa macam x feel...
Nak melukis takde idea...
Nak menulis pun tak bersemangat
Tak suke bila rasa macam mayat hidop yang tak ada arah tuju...
Nak balik rumah sekarang :'( sob3...
[Kredit]
Nak nanges sekarang... golek guling-guling atas katil sampai malam khames. Sebab bila bukak mata dah ada kat rumah..

okay guys, adioss...
[ok, jatuh thiqoh... +..+"]

13 July, 2014

shame on me!!!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah~

"Zuhud hati ialah ketidak bergantungan hati dengan dunia dan nikmatnya. Nikmat dunia digunakan, namun hatinya tidak terikat dengan nikmat tersebut. Jika nikmat tersebut ditarik balik, maka dia tetap sabar dan tenang. Jika nikmat berkekalan, dia menggunakannya dengan penuh adab syarak."
Special credit to: rusydee artz ^^

Astarghfirullah al-'azim...
Muhasabah kejap....

Hmm.. dah lama sangat tak update blog nih... Banyak sangat benda nk cerita sebab banyak sangat benda dah berlaku dari hari last update blog haritu sampai hari ni.. Benda baik... dan yang tak baik sangat pun ada jugak... Tapi takpe2 think positive... Entah nak start dari mana pun tak tahu...

Kadang-kadang terlalu banyak benda yang difikir. Kadang-kadang ada benda yang kita rasa berat sangat nak terima tapi once kita dah adapted dengan situation tu, ape pon boleh la...

Ok guys,... tak nak cerita pasal kisah diri sendiri yang sangat kontang isinya, yang orang kata kalau buat novel pun memang tak laku laa... Tapi nak share perasaan jap kat sini. So, pada sesape yang dah rasa nak 'termuntah makanan sahur pagi tadi', bolehlah beredar kerana saya tidak memaksa anda untuk membaca segala hasil tulisan budak hingusan macam saya ni...

Sebenarnya, Ramadhan ni..... Ramadhan ni beri banyak pengalaman, tarbiyyah, petunjuk dan segala macam nikmat dan ujian... Tapi, hati ni...... hati ni masih sama... Berada pada takuk lama. Kadang hamassahnya mengunung tinggi, dan kadang-kadang seperti pokok mati... Malu dengan Allah :'(
Ada orang kata; "Yunk, come on... Kita bukan malaikat beb! Biasalah tu, kita manusia biasa... Imannya sekejap turun, sekejap naik, 'Al imanu yazid wa yankus' "

"Yup, exactly!!! Betullah tu. Tapi kita tak diajar untuk terus biarkan iman yang turun tu menjunam jatuh macam kau terjun bangunan GV ni tanpa guna payung terjun!"
Habis tu nak buat macam mana ni beb??

Meh kita tengok hadis ni:
Rasulullah s.a.w. bersabda; 
"Iman itu kadang naik kadang turun. 
Maka perbaharuilah iman kalian dengan
La ilaha illallah"
(HR Ibn Hibban)
See...
Guys, bila iman kita turun, bukan redha dan pasrah and cakap macam orang tak ada iman. Tapi Rasulullah pesan suruh kita perbaharui iman... 
Accano nak perbaharui iman ni? Kena pergi JPJ macam nak perbaharui lesen ke?
Allahu Allah... Shame on you! Shame on me!!!
Krikk.. krikk...

Kan. Lemahnya diri... Sedetik muhasabah buat hati yang lalai...

Nak dengar cerita tak??
Kisah sahabat nabi...
Jadi ceritanya cenggini,.... 

Ada seorang sahabat, yang namanya Hanzalah. 
Satu hari, terdengar laungan dari jauh...
"Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!"
Laung Hanzalah pada dirinya. Dia bergegas ingin berjumpa Rasulullah. Wajahnya kelihatan penuh ketakutan dan ada penyesalan dihatinya. 

"Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!"
Diulangnya beberapa kali.
Sayidina Abu Bakar yang ketika itu mendengar laungan Hanzalah terkejut lalu bertanya kepada Hanzalah; 
"Apakah yang kamu katakan ini wahai Hanzalah?"

"Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah munafik!
Aku ketika bersama Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir kepadaku. Aku menangis kerana takutkan neraka."

"Tetapi ketika aku dirumah, aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku. Hilang tangisanku ketika bersama Rasulullah."
"Aku telah menjadi munafik!" Ujar Hanzalah sambil teresak-esak kerana bimbang akan dirinya.

Maka terkejut Sayidina Abu Bakar. "Jikalau begitu, aku juga telah munafik. Wahai Hanzalah, aku juga serupa denganmu."

Kedua-dua orang sahabat ini kemudiannya bergegas untuk menemui Rasulullah, dengan perasaan yang gusar dan bimbang. Tangisan mereka tidak berhenti kerana takut akan ancaman Allah buat golongan munafik.

Lalu sesampainya mereka dihadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara dalam gementar; "Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik!"

Rasulullah bertanya; "Kenapa?"

"Wahai Rasulullah, ketika aku bersamamu, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir kepadaku. Lantas air mataku mengalir. Tetapi ketika aku dirumah, aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku. Tidakkah aku ini seorang munafik Ya Rasulullah?"

Rasulullah tersenyum. Lantas, sabda baginda s.a.w.;

"Demi yang jiwaku di tanganNya, andai kalian tetap 
seperti kalian di sisiku dan terus berzikir, nescaya para 
malaikat akan berjabat tangan kalian, 
sedang kalian berada di tempat tidur dan 
di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, 
ada waktumu (untuk beribadah) 
dan ada waktumu (untuk duniamu)."
-HR Muslim-

Indeed, kita manusia... bukan malaikat. Tapi tak seharusnya kita membiarkan diri terleka dalam pada kita terlalu lagho dengan nikmat dunia...

"Our Lord! We have wronged ourselves 
and if You do not forgive us and have mercy upon us, we will surely be among the losers."
Al-A'raaf : 23

Bila hamba ini berkongsi, bukanlah kerana dia yang terbaik,
tetapi ketahuilah, pada dirinya beribu kekurangan...
Dan dengan kekurangan itu, menjadikan dia 
seorang yang tidak sempurna ...
Bahkan, hatinya juga masih berbolak balik...
Kerana itu, dia selalu berdoa, moga Allah memberikannya
hati yang ikhlas, jauh dari riak...
Moga Allah redha~