template

WELCOME NOTE

31 August, 2014

Disini lahirnya sebuah cinta~

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
........................................................................................................
Hee~ Senyum kambing sambil tunjuk gigi ^_^
Hohoho! Excited sebab esok merdeka! Yay!
ehemm.. emm betulkan body posture,Assalamualaikum semua ^^"
Malam merdeka, hmm... tetibe teringat zaman muda-muda dulu. Nostalgia merdeka...
Jalur Gemilang
Kredit :Dato' Google

Zaman sekolah rendah, kitalah yang paling excited, semangat nak sambut merdeka. Sambutan kemerdekaan siap dengan hias kelas, hias basikal, pakaian merdeka, pertandingan tulis sajak, pantun, mewarna, melukis poster merdeka, lakonan, persembahan segala bagai. Huh. Jiwa kanak-kanak mana yang tak gembira. Seronok sangat. Semua benda pun kita nak join. Paling legend bila setiap kali pertandingan lukis poster merdeka aku yang jadi juara. Biar hadiah biasa-biasa, tapi cukup bermakna bila terasa dihargai and berjaya menghargai Malaysia. Padahal bukannya cantek sangat pun lukisan aku. Tapi boleh la kalau setakat lawan budak-budak sekolah kat kampung ni masa tu. Aku ngan pensel warna memang sahabat baik dari kecik ^^, tidak dapat dipisahkan.

Perkara legend seterusnya, yang sampai sekarang aku ingat, masa darjah 4. Untuk sambutan hari kemerdekaan, setiap kelas kena buat persembahan. Guru kelas kitorang, Cikgu Alinatushima... Hee~ Hai Cikgu! Saya ingat lagi nama cikgu ^^' dengan harapan cikgu pun baca belog ni...Okay, sambung balik cerita tadi, guru kelas kitorang memang semangat habes untuk persembahan tu. Kitorang berlatih dekat sebulan jugak lah untuk buat persembahan merdeka tu. Kitorang buat tarian and nyanyi lagu Desa Yang Tercinta. 
Ahai menyanyilah 
Ahai, menarilah... 
Inilah desa yang tercinta.. ahai...
Sempoi je masa tu. Haish, segan pulak! Ni kalau kena ulang tayang ni, kompem aku sorok muka dalam guni, tak nak keluar dah... Huhu...

And satu lagi perkara legend masa zaman sekolah dulu, bila aku dapat jawab soalan pengetua kat perhimpunan. Huhu... Pengetua tanya, siapa yang tahu bila tarikh Tanah Melayu merdeka. Mula-mula ada student laen yang jawab, tapi tak tepat sebab dia tak bagi tahun sekali. Aku pun apa lagi, angkat tangan tinggi-tinggi, sambil buat muka konfident and excited. So, pengetua pun panggil la aku. Ceh pengetua la sangat kan. Guru besar. Silap pulak! Aku pun jawablah dengan konfidentnya; "31 Ogos 1957" Semangat sampai guru besar tak sempat tanya nama pun lagi. Haha.. Gelojoh nak hadiah! Sebab hadiahnya adalah.... pensel warna! Winkwink!
Dan paling takleh lupa bila kawan abang aku ajuk aku cakap, 31 Ogos 1957 sambil buat suara halus ala-ala tercekik tulang ikan =.=" Haish! Aku ingat sangat part tu sebab... huhu.. blushing... tak nak cerita laa... >,<
OK gedik!
Blushing

Kalau masa sekolah menengah pulak, tak banyak sangat aktiviti. Mungkin sebab kitorang sekolah agama, cuma pantun, sajak, hias kelas, reka cipta... dah tak ingat... tak banyak memori indah dalam bab pertandingan-pertandingan bagai ni. Cuma yang paling aku ingat sangat time merdeka, bila kitorang dapat snack plate KFC satu sorang. Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Asrama SHAMS. Ada pengalaman untuk urus majlis ni sebab aku dulu pernah jadi BPAS a.k.a. Badan Pengawas Asrama SHAMS. Balik sekolah, berebut tanda tempat nak iron baju batik asrama. Malam tu, ucapan Pengetua, PK HEM, Ketua Warden, tengok video or maybe movie. Dan yang paling penting ayam KFC. Wuhu.. bukan senang nak dapat snack plate free... huhu... Rindu yang amat suasana tu.

Tapi semua tu dah lepas. Dah jadi kenangan dah. Simpan dalam kotak memori, tutup kemas-kemas biar kenangan tu takleh lari lagi. Hari ni, semua dah besar. Dan masing-masing mencari erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka. Bebas. Mahu bebas kemana pula kita? Adakah merdeka cuma bebas dari penjajah? Atau erti kata bebas yang tiada had penghujungnya. Bebas melakukan apa sahaja?

Tidak! Merdeka kita bukan cuma bebas dari penjajah. Bukan juga bebas yang tiada batasan. Tapi merdeka kita biarlah merdeka jiwa dari karat jahiliyyah. Merdeka untuk memajukan diri. Merdeka untuk mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya di bumi kita sendiri. Kerana, bumi Malaysia ini lahirnya cinta kita. Cinta yang disemai... Cinta yang mengenalkan kita pada Pencipta, cinta pada Rasul, cinta pada Ibubapa, Guru, Sahabat, Saudara seIslam, cinta pada negara, agama, dan bangsa. Kerana cinta ini, kita saling sayang menyayangi dan aman damai.

Nak kongsi satu mutiara kata dari Ustaz Pahrol;
"Jika merdeka itu membebaskan diri dari penjajahan bangsa asing mengapa Rasulullah membebaskan kota Makkah dari Arab Jahiliah, bukankah mereka sebangsa dengan Rasulullah?
....kerana kemerdekaan sebenar ialah bebas dari kongkongan syirik, isme-isme ciptaan manusia, belenggu hawa nafsu, sistem hidup yang membelakangkan syariat dan akhlak Islamiah.
negara yang merdeka itu bebas dari budaya hidup jahiliyyah-riba, judi,zina, arak, rasuah, penzaliman atasan terhadap rakyat bawahan."
Ok bye~

29 August, 2014

Menjadi 'dentist'kah kita?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Tinggal lebih kurang 1 week je lagi kat rumah. Yang kadang-kadang aku mengeluh kerana kebosanan yang amat. Haish, cuti yang sangat tidak sihat untuk dicontohi dan diulangi. 
And pejam celik-pejam celik dah masuk year two, as a dental student. 

Being a dentist?
Tak pernah termasuk pun dalam list cita-cita aku sejak kecik nak jadi dentist or 'doktor gigi'. Hmm... Entah macam mana boleh tercampak dalam bidang ni. Tapi, bila dah belajar and meneroka bidang ni, best jugak. So far so good.

Actually, aku jugak yang letak dentist dalam list pilihan masa isi UPU dulu. 3 tahun lepas. Well, mula-mula memang nak amek medik, dan USIM memang dah jadi universiti target... Reason? Kenapa pilih USIM? Heh?
Emm, sebabnya, USIM universiti baru lagi, tak famous macam UIA, UM, UKM, yang dah lama wujud, and dah ramai orang graduated dari sana. So, pada pandangan aku yang memang budak sekolah yang tak tahu apa-apa masa tu, kalau semua orang sibuk nak pilih univrsiti yang terkenal, well known seluruh dunia, siapa pulak yang nak terkenalkan universiti yang baru-baru macam USIM nih? So, tanpa segan silu, aku taruk semua pilihan 1st sampai 3rd tu USIM. 
1st aku buat Tamhidi Perubatan (Medic)
2nd, Tamhidi Pergigian (Dentistry)
and 3rd Tamhidi Sains dan Teknologi (SnTech)
mesti orang yang urus kemasukan tu kata, budak ni memang desperado sangat nak masuk USIM agaknya =..='
And selebihnya, aku letak Medic UIA, Medic UM, Farmasi and so on. Dah tak ingat dah.
Mula-mula cuak jugak, takut dapat something yang kita tak jangka kan, maklumlah yang buat permohonan bukan kita sorang, ada beribu atau mungkin berjuta students yang result deorang lagi gempak dari kita. And tunggu punya tunggu abang posmen hantar surat. 
Finally, dapat sambung Tamhidi Pergigian kat USIM.
Hohoho... Memang excited sangat time dapat surat tawaran tu!
Saiya peratey saja ini orang aa (baca gaya ane mintak hutang) :P
Mula-mula tu memang ingat nak tukar ke medik sebab pernah baca belog senior USIM yang tukar kos bila masuk degree. So, pulun punya pulun study, dapat la result yang boleh dikatakan OK jugak walaupun tak sehebat orang laen. Tapi bila dah habis setahun bersama kawan-kawan waktu Tamhidi Dental, rasa sayang pulak nak tukar ke Medik. Sebab diorang dah tautkan hati dengan chenta dan ukhuwwah. And plus, Degree Dental kat USIM memang limited edition, and tak semua orang berpeluang nak jadi one of dental students at FOD USIM. So, tanpa fikir panjang yang tak berkesudahan, aku decide nak teruskan as a dental student. 
Bersama sahabat-sahabat KTD 2012-2013 ^^
Heh, lap air mata... Rindu... Mata masuk habuk! >..<

Hee~
Entah kenapa pulak aku mengimbau zaman kanak-kanak rebina nih kan? Huh.
Sebenarnya, dah tak tahu sangat nak merapu apa benda kat blog ni. Makin lama rasa makin kurang pulak idea nak menulis.
Sebenar-benar tujuan aku meroyan kat sini cuma nak cerita, masa raya haritu... Emm.. Raya haritu, ada sepupu aku cakap kat aku, "eh dokter, larat ke nak cabut gigi orang nih. Kecik sangat dokter."
So, heh.. aku pun jawab dengan nada bergurau and secara spontan. "Eh takpe kecik pun, kita bukan nak cabut kepala orang, kite cabut gigi je." Berderai tawa semua orang yang ada kat situ.
Hahaha.. Puas hati jugak jawab. Jangan maen-main dengan kecik. Hee~ Cabut gigi kang!
Tapi, kadang-kadang rasa takut jugak. T.Takut sangat bila orang pandang tinggi kat kita. Sebab tanpa aku sedari, diorang macam anggap aku yang biasa-biasa ni hebat sangat bila amek dentist. Sebab family kitorang tak ada yang amek medic or dentist. So, memang setiap tahun pun kalau sepupu sepapat datang beraya kat umah mesti ada yang tanya aku, "Macam mana dokter? Seronok belajar?" Haish, kalau boleh maintain result bagus boleh jugak nak menjawabnya. Hee, ni kalau result cukup-cukup makan je, rasa macam nak sorok muka dalam guni je masa hari raya. Hahaha...
Tapi setakat ni, result exam Alhamdulillah, tak banyak tapi tak menyedihkan. Boleh kata, Allah bagi dah terlebih dari usaha aku yang seciput ni. Walaupun hakikatnya, aku dah mengecewakan ramai jugak orang termasuk my mom. Huhu... Pada masa akan datang, Anakanda akan berusaha seboleh-bolehnya mother.!!
Yeah!

tak sabar nak jadi 2nd year student yang berjaya! 
Ngee~ senyum sambil nampak gigi 

Adioss ^^
photo from fesebuk ^^

20 August, 2014

Mampukah aku?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Andai aku masih punya waktu...
Allah...
Sakitnya... Sakit yang amat!
Bilamana Allah ingin aku kembali padaNya,
Cukup satu tusukan yang menikam lubuk hati......
Mimpi semalam terasa seperti tikaman yang sangat dahsyat.
Dan hari ini, mataku masih belum mampu terlelap.
Takut... Takut jika mimpi semalam hadir kembali...

Allah, kuatkanlah hatiku, bilamana aku tidak lagi bersama dengan orang-orang yang aku sayangi.
Mimpi tu buatkan aku rasa macam nak nanges, berlari sambil panggil mak dan terus peluk mak kuat-kuat. Takkan aku lepaskan... Sungguh aku tak mampu! Tak tergambar dengan kata-kata. Tak mampu untuk aku ceritakan... Sedih!

Cuma, aku tahu...
Allah ada dan selalu ada.
Sebab Allah dah mention awal-awal dalam al-Quran;
"Setiap yang bernyawa pasti akan mati."

Bila Allah ambil orang-orang yang kita sayang,
Allah nak kita lebih dekat denganNya, 
sebab saat tu, baru kita tahu. Kita ni makhluk, dan orang-orang yang kita sayang tu pun makhluk. Semua pun  akan mati. Tapi Allah tu al-khaliq; Pencipta, Allah tak mati... Bergantunglah pada Allah... bukan pada makhluk, nescaya kita takkan kecewa. :')

Kelat, pahit..... :'(
Istighfar... Istighfar... Istighfar...
Untuk cuba tersenyum, walaupun dihati penuh keresahan adalah satu terapi... Menulis disini juga satu terapi bagi aku... Terapi untuk memadam segala gundah di hati.  

Senyumlah wahai diri, saat Allah menguji sang hati. :')

13 August, 2014

krik.. krik...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

**AWAS!!! Post ini hanya mengandungi kemerapuan tahap super Giga dan mungkin menyebabkan anda mempunyai symptom2 merbahaya seperti; loya, muntah-muntah atau berisiko pengsan!

Haaaaaa.....emm... (tarik napas dalam-dalam, tahan... 1,2,3,.. hembus! ) fuhhh... terpercik aik liur! Menyembur!
Ngee~ semata-mata nak tiup habuk and senawang..(ehh.. sekawang ke sesawang?  =..=' apetah nama yang macam sarang lelabah besar tuh..)
 =..='  Enhh?#!%^&$??!!
Ohayo'...... Assalamualaikum sume....
Krik...krik....krik...
Bosan.... Si kecik Iskandar dah balik Melaka....
Wuhuuuhuuu.... tak sabar nak tunggu raya 2 tahun lagi...
Nak jumpa 'nanda tecik'.....

Emm... dah lama jari jemari kaku ni meng'kaku' tanpa bergerak lincah di atas papan keyboard laptop nih.. Entah... Mungkin bersama kefuturan hati, disitu juga terkubur kelincahan sang tangan... Atau mungkin juga kerana kekeringan idea dan ke'tenat'an jiwa... Heh... AWAS! Perosak bahasa dah bermaharajalela... =..='
okay guys, diharap sabar membaca tulisan budak hingusan yang "berlagak" ada orang nak jenguk blog dia nih...
Ermm... bila kemalasan melanda untuk terus menaip dan menaip....dan  akhirnya, hati bicara sendiri lagi... Semua yang ingin diluahkan di laman blog ini hanya tinggal debu dan habuk..
dan..
ia.. 
kembali..
sepi....
sesepi..
...........................................................................
krik...krik...
and al-hasilnya...

#kontang! tanpa pengisian dan peringatan...

wokeyh, tak nak sedih-sedih, no! no! no! girl, no girl, jangan nages!! (sambil tunjuk tangan 1 Malaysia and buat aksi gedik diva tahap Mega) =..=' ***nescaya anda akan diboikot atau mungkin disumpah disebabkan kemeluatan melampau...

Hah, masing-masing dah dapat result UPU semalam kan? And harini I pun dah dapat result pro exam haritu....
So..... What to do girl???
Huargh!!! Nanges laju-laju sambil cakap Alhamdulillah..... :'(
Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah... Alhamdulillah....
Well, kita mungkin tak dapat sebagus kawan-kawan laen, tapi itulah yang terbaik Allah hadiahkan untuk kita.
Dan ucapan terima kasih apakah yang selayaknya bagiNya?
Of course..,
"Say Alhamdulillah~ Thank You Allah. Thank You Allah"

Indeed, Allah knows the best for us! ^^,