template

WELCOME NOTE

19 April, 2015

monyetπŸ™ŠπŸ™ˆπŸ™‰

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Kak Qana'ah, Macam mana kalau ada monyet kacau hati kita?"

Suruh monyet tu pergi main jauh-jauh. "Monyet, monyet, kita nak belajar ni. Hati kita bukan taman permainan, Dah pergi maen jauh-jauh."

Ehh ^^'' kbaii...

Monyet monyet....


15 April, 2015

Dentistry... Please be nice to me

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum semua...
Senyum... (tetibe dah lost, tak tahu nak tulis apa) ^^''
Hhmmmm.....
Walaupun sekarang isu hangat kat luar adalah isu GST, aku tak nak sentuh isu tu pun. Malas nak komen.

##Sebelum korang semua baca post kali ni, nak bagi WARNING dulu awal-awal. Post kali ni mungkin akan sangat panjang dan tak se'menarik' cerita GST kat luar sana. >..<

So, harini nak cerita pasal learning dentistry kat USIM.
Apa mimpi entah? hahaha
Haritu ada sepupu aku tanya, macam mana amek dentistry kat USIM? Ada anak kawan dia nak apply dentistry jugak.

To be honest, USIM tak se'tua' UKM or UM. Tapi untuk compare standard silibus USIM dengan Uni- Uni lain, aku pun tak pasti standard nya macam mana, sebab aku sendiri pun tak pernah tahu Uni lain belajar macam mana. 
Tapi, sepanjang belajar kat USIM, aku bersyukur... And i'm proud of USIM. 

Okay. So, nak share sikit pasal pengalaman belajar kat USIM Pandan (Dentistry). Nak masuk sini tak mudah, tapi tak susah jugak. Maybe apa yang aku nak share ni cuma gabungan pengalaman dan perjalanan takdir yang Allah tetapkan untuk aku.
Lepas SPM, memang aku apply Tamhidi USIM. Bukan last choice. Tapi, 1st, 2nd, 3rd, memang semua aku letak tamhidi USIM. (Boleh bayangkan tak how much passion yang aku letak untuk USIM ^^'' )
Kenapa USIM? Entah. Aku pun tak pasti. Alasan aku, sebab tak nak masuk UIA. Yeah! Sebab mostly budak-budak sekolah aku dulu nak masuk UIA. Ye lah, lepasan sekolah agama, walaupun tak ambik bidang agama, but, at least nak jugak nama Islam tu kat nama Universiti. Masa tu, USIM memang baru, ramai jugak yang tak tahu USIM ada course Medical n Dentistry. Fikiran aku masa tu.."ini lah peluang namanya. Bila tak ramai yang tahu, tak ramai yang apply. Kurang sikit persaingan..."
Btw, nak masuk USIM memang kena ada basic arabic, pqs n psi. Maksudnya, dalam slip SPM kena ada total 11 subjek.

Nak dijadikan cerita, aku dapat tawaran tamhidi pergigian. Lupa nak bagitahu, untuk pilihan 1st-3rd tu, aku letak;
1st  : Tamhidi Perubatan
2nd : Tamhidi Pergigian
3rd : Tamhidi Sains Teknologi
Dengan harapan... aku dapat pilihan pertama, Tamhidi Perubatan. Masa tu zaman jahiliyyah sikit, sebab dapat 11A SPM, rasa konfident dapat 1st choice. Dan bila dapat surat tawaran, tetibe dapat Tamhidi Pergigian. Omaigod..!! Rasa macam... ehh pak cik posmen ni salah bagi surat ke ape? Ingat aku minat ke dentistry??
Tapi, aku teruskan jugak sebab pernah baca belog senior yang tukar kos bila masuk degree. So, setakat setahun kat tamhidi boleh je nak pulun dapat pointer tinggi then apply medic. That is my mission bila mula-mula masuk Tamhidi. Pulun punya pulun. I got the pointer. Tak sampai 4 flat, tapi orang kata tak mustahil pun kalau nak fight untuk medic. 
Tapi... 

Bila nak apply untuk degree... Aku tetap letak Dentistry as my 1st choice. Kenapa? Entah... Sebab aku sayang sangat kawan-kawan tamhidi dentistry aku, dan it's kind of pleasure bila dapat masuk dentistry. Mana tak nya, dari jumlah kitorang 90orang, sampai 70orang fight untuk dapatkan 35 tempat as dental student in USIM Pandan. Limited. Memang limited. Dan aku rasa, ruginya bila tak ambik peluang depan mata. And 35 of us managed to get the seats dengan 3 kayu ukur; pointer, MUET and interview. Alhamdulillah... 
Kitorang adalah batch pertama yang masuk dengan tiket interview. Mula-mula memang cuak, dan tak tahu nak rely on siapa. Sebab senior pun tak tahu nak bagi guide apa kat kitorang pasal interview. Again, aku tak kan lupa bantuan sahabat-sahabat perjuangan semua, yang walaupun masing-masing bersaing untuk dapatkan tempat yang limited, mereka tak kedekut untuk share, tak selfish untuk sama-sama tolong menolong. And masa tu baru nak hafal misi, visi bagai... Nama dekan... nah tisu.. lap air mata sebab ada orang potong bawang...

So, Yay! I got the seat. Walaupun sedih bila ingatkan kawan-kawan yang tak dapat sambung dentistry dengan kitorang. Being a junior, in the faculty. Zaman 1st year. Shock! Sikit... Sebab, omaigad... ingatkan tamhidi tu lah zaman yang paling packed. 1st sem, ada 41 credit hours dan 11subjects termasuk pidato (Kokurikulum) and termasuk jugak subjek wajib universiti, ICT, Englih, Arab...tambah ngan halaqah study, hafazan and Fundamental Islamic Knowledge (FIK). Packed, memang packed. Tapi bila belajar someting berkaitan agama memang seronok. Belajar basic agama yang as a Muslim, I think I should and must know. Learning something different from your course. That is. Itulah yang aku rasa aku tak mampu dapat bila masuk Universiti selain USIM. Tu belum lagi cerita part ustaz yang mengajar.. kehkehkehhh... ^3^
Masuk 2nd sem, dah kena ready untuk exam pro. Huish, first time dengar exam pro dah cuak dahh... Exam tentera ke apa nih? Keep calm and seat for the exam. Exam pro untuk dentistry akan ada every year and exam ni dikira sebanyak 60% daripada result end year yang kita dapat... Maksudnya, untuk year 1:
exam midsem 1(10%) + final sem 1(20%) = 30%
exam midsem 2(10%) + pro exam year 1(60%) = 70%
Total = 100%

And, we have finished our 1st pro exam...with warna terbang  (ok, sebenarnya, tak dapat flying colour pun, tapi dapat... ibrah dan rasa bersyukur)

"Jika kamu tak tahan akan lelahnya belajar,
Kamu akan menanggung eritnya kebodohan"

Banyak je benda nak share cuma tak pandai nak susun ayat kasi kebaboomm experience tu... 
Apa yang menarik?? Entah... rasanya sangat bahagia bila Allah kenalkan diri ini dengan subjek anatomy, physiology, biochem, oral biology... behavioural science..... Rasa macam Allah nak kita lebih menghargai. Dan bila kita dapat relate something dengan Quran, rasa macam.... whoa! fantastic, amazing! 

Carving and differentiate the morphology of every single tooth. Determine the right and left one. Knowing every special features of the tooth. Appreciate!! Appreciate how amazing Allah creates our tooth and try to connect it with the functions. Not only the tooth, but everything. The muscles, the nerves, the systems in our body... How much we should be grateful with our health and what we have.

And everyting is nothing without them... All my classmates, friends...
Dan ukhuwah kami semakin matang.... Mungkin ada yang dah masak ranum dengan perangai masing-masing. Daripada tak kenal, tak pernah bertegur sapa.. Sampai boleh bergurau, sharing masalah dan bertepuk tampar... I mean, only my tooth fairies not the mechanic.. Tolong-menolong, menangis, nasihat menasihati, makan sesame... huh... berhabuk laa,, ada jerebu pulak.. tetiba mata berair... nak tisuu...

And now, dah masuk sem 2.2 or sem 4 daripada 10. Tough.. Agak.. Sangat... Mungkin. 
Batch experiment. Again. Dulu, our batch is the first batch yang kena interview bagai nak masuk sini. Dan tahun ni, jadual kami agak berbeza dengan seniors. Lab kami kebanyakannya di awalkan. Both cons and prostho in 1 sem. Sem lepas, sangat banyak yang dipelajari, langsung dan tak langsung.... Siapkan full denture. Pulun penuhkan buku log cons. Menagis-nangis bila kena redo, and bila rasa macam kena tinggal ngan kawan-kawan. Mana tak nya, orang dah siapkan minggu lepas, kau baru nak buat cavity prep minggu ni. Call mak, mengadu... kena buat ni buat tu... Mak kata; " Mak tahu, Nah suka buat semua tu, belajar sungguh-sungguh. Kalau tak pandai tanya cikgu."
Again, burst into tears laa.. Apa lagi... Wohoo.. Semangat siapkan full denture, tidur lewat buat gum work, tooth setting. Bila anak mak dapat semangat dari Mak. That is my 1 sem in year 2 with my tough friends. Bersama beribu kenangan dan hikmah yang tersembunyi.

Sekarang dah cuti midsem 2.2. Sekejap jer. Rasa macam baru semalam kaki melangkah ke bangunan MPAJ Menara B. ( wehh... sape nak datang treatment gigi mehh.. hoho promote!! )
Kalau orang tanya; "Awak minat dentistry??" 
Hoho... Kalau dulu aku akan jawab absolutely NO. Tapi sekarang, bukan minat, tapi jatuh cinta dengan pengalaman dan peluang yang Allah hadiahkan dalam perjalanan ini.

Tapi untuk jadi seorang dentist berjaya, in one fine day... soon...
I don't know. I hope so. Tapi Allah lebih berhak keatas perjalanan hidup ini. Mungkin ajal menjemput dahulu... 
Apa yang mampu aku katakan; 
Betapa bersyukurnya aku bila berpeluang hadapi semua ni... 
Learning those kind of knowledge...
Being with those person... Friends, lecturers, seniors, juniors.... 
Having a motivated mother, siblings and family,
Again...supportive friends, all of them.
Full Denture yang tak siap polish
Patient terbaik diabad ini

Agak-agak kalau kira the words yang aku tulis ni boleh cecah 1000 patah perkataan tak??
Okay, assignment tak siap lagi ^^"
Sayang semua~
Assalamualaikum 

09 April, 2015

whispering heart

"Kak Qanaah, Salwa rasa hati Salwa dah keras."
"Astarghfirullah, kenapa cakap macam tu?"
"Entah lah akak.... Salwa rasa apa yang Salwa buat semua tak kena, rasa macam malas, letih dan tak semangat macam dulu. Salwa tak tahu apa nak buat. Kalau sebelum ni Salwa rasa senang je nagis bila muhasabah diri sendiri. Macam kak Qanaah selalu ajar. kalau ada masalah, mengadu kat Allah, bangun tahajjud, mintak sungguh2 kat Allah. 

Tapi lately, Salwa rasa malas sangat nak bangun tahajjud, Salwa tak mampu nak nangis kat sejadah like always bila Salwa rasa lemah. Dan apa yang sedihnya, hafazan Salwa macam terhenti. Kadang-kadang salwa rasa tak mampu nak ingat balik hafazan yang sebelum-sebelum ni. Rasa macam Allah dah tak sayang Salwa... Akak... Salwa salah ke kalau salwa rasa macam tu?"

"Astarghfirullahalazim.... Istighfar dik. Moga Allah mudahkan urusan kita. Siapa kata Allah tak sayang Salwa? Allah sayang... Bahkan, kasih sayang Allah kat hamba-hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu pada anak. Tak ternilai dengan akal fikiran kita. Buktinya, hari ni Allah masih bagi peluang pada Salwa untuk bernafas macam biasa. Cuma Allah nak uji, sejauhmana Salwa letakkan Allah kat hati. Jujur, Kak Qanaah tak layak nak cakap semua ni sebab Akak sendiri pun tak perfect. Akak cuma boleh bagi pendapat. Akak sendiri pernah merasa benda yang sama macam Salwa rasa. Rasa letih, malas, hilang semangat. Rasa macam tak ada arah. 

Sebenarnya, dalam hidup ni, kita sentiasa ada pilihan. Macam Allah bagitahu dalam surah as-Syams, "Allah telah mengilhamkan jalan kebaikan dan jalan kejahatan. Sungguh beruntung bagi jiwa yang menyucikannya dan merugilah bagi yang mengotorinya."
It's up to u, nak pilih yang mana. Nak stay dalam rasa malas dan letih kata atau nak berubah... Berubah untuk lebih dekat dengan Allah. Kadang-kadang, Akak rasa kita memang perlu ditembak dengan perasaan macam ni. Supaya kita boleh muhasabah diri semula. 
Kenapa kita rasa malas? Kenapa kita rasa susah nak hafal Quran? Kenapa kita rasa ilmu susah nak masuk? Supaya kita fikir, apa yang kita dah buat. 


Allah dah tak sayang atau kita yang menjauh?
Macam mana hati tak keras bila dosa kau anggap perkara biasa.
Macam mana nak Allah sayang bila sebenarnya kau sendiri tak cuba sayang Allah.
Bila Allah uji, mulalah kau gelabah...

Allah, pada setiap langkah kami, mohon Engkau pimpinkan, jagakan dan peliharakan...
Allahu...