template

WELCOME NOTE

29 July, 2015

Mimpi gila!

Pelik betul mimpi tadi. Aku ingat mimpi semalam dah dahsyat dah, rupanya harini.... Gila!
Tu la tidur lagi lepas subuh.
Padan muka kau!

Semalam mimpi kena kawen paksa dengan seseorang. Siap masuk istana, kena kejar anjing, panjat pokok rambutan bagai. Haish... Tak masuk akal langsung.

Harini mimpi kawen ngan orang laen pulak. Dah tu kau tak pernah kenal pun dia ni.. Muka dia pun tak pernah nampak. And imagine, sampai habis mimpi kau tak tahu kau kawen dengan sape. =..='
Ape punya mimpi la.
And, entah bila pulak kau terima lamaran? Tup tup eh?? Status kau dah jadi isteri orang. Gila.
But aku paling ingat part aku tanya kakak.
" seriously, bila pulak aku kawen? Dah lah tak kenal langsung dia. Sampai ada orang tanya, yang mana satu suami kau? I don't know."
"And why did he choose me? Dah takde orang laen ke? And sape pulak yang memandai bagi jawapan aku setuju ni? Tak ada orang tanya aku pun."
"What if I already have someone special?"
.........................................

Drama betul lah.

Naseb baik kau tak tahu sape laki tu. Kalau tak memang jahanam orang tu aku maki sebab masuk dalam mimpi aku.

Pengajaran:
Never ever tidur lepas subuh! Because it can make your day into a hell dari pagi lagi.+.+"


Last warning!!!

21 July, 2015

Selamat Hari Raya!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum semua!!!
Lamenyee tak hupdake belogg...
sunyi... sebab fatih ngan iskandar dah balik KL.
Raya tahun ni tak banyak nak cerita...
The same thing... same questions that i got.
Sedara mara datang umah tanya, mana dokter?
"Bila habis belajar? Lagi berapa tahun lagi?" 
"Keciknya dokter. Bilalah nak besar?"
"Larat ke nak cabut gigi orang ni?"
"Exam baru-baru ni OK? Macam mana belajar?"

Oh my! 
Takutnya jadi dokter.... T..T'
Okokkokk kOkkok!!!
Terlekat biji durian...

Ok... tak nak cerita banyak pasal soalan maut tu...

Masa puasa haritu best....
Yup, best... Walaupun tak berapa best sebab ruh ramadhan tak bersarang kemas kat hati. Goyah. Kejap rasa bersalah, kejap jadi baik. Kejap rasa malas nak buat benda baik.Tapi Allah tu Maha Pengasih...
Yang bestnya sebab Allah bagi peluang tunaikan solat sunat tasbih.
You know what?... Entah bila kali terakhir aku tunaikan solat sunat tasbih entah. Rasa nak nangis...

And... Allah bagi peluang lagi...
Peluang macam2 kebaikan.
T.T'

Dan peluang untuk berukhuwwah dan jumpa sahabat-sahabat kesayangan sekalian.

28 Ramadhan...
Pagi sampai petang gotong-royong buat bubur lambuk kat surau kampung. Tolong-menolong, bergurau senda dengan kawan lama. Kawan sekolah rendah~
And having a small conversation with someone i admire much 
Hikhokk.. Blushing! OK gedik. (tutup muka >..<  )
***Ngee~ saje buat gedik sket. Sebenarnya takde papepunn... secret admire tak diiktiraf.

Then, petangnya ada ifthor gathering with geng asrama generation94. Jalan jem gila... and kitorang isi dengan cerita pasal masing-masing, kelas, bidang pelajaran, subjek, exam, jadual....
Mengenang proses taaruf yang tak akan berakhir...
Rindunya korang ^3^

Nah! belanja gambar~
#Generation94
Ifthor Gathering 2015
Lepak lepak dalam surau
I'm so excited


#RayaPertama:
Abang Ro, ***, Adik, Mok, Abang Wang
#RayaPertama
Ro, Nah, Adik, Mother, Ah
*Still tak cukup orang T..T
#RayaKetiga
Beraya rumah Datuk Mufti Ustaz Zul

07 July, 2015

Ramadhan yang hilang...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Tidak! Sesungguhnya (Al-Quran) itu benar-benar
suatu peringatan. Maka barangsiapa menghendaki,
tentu dia mengambil pelajaran darinya."
(QS;75:54-55)

Ramadhan...
Seolah-olah tiada rasa dihatinya, kosong, tandus... sepi...
Masakan tidak, jadual harian yang padat. Ditambah musim peperiksaan yang ditempuh. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi dia akan menduduki peperiksaan professionalnya untuk tahun ini.
Buntu... Serba tidak kena pada dirinya.

Mutabaah amal ramadhan yang diberi oleh naqibahnya dipandang sepi. Bukan dia tidak penuhi... Membaca al-Quran sudah, al-mathurat pun sudah... Solat sunat dhuha di awal pagi tadi pun sudah. Tapi masih...
Hatinya tidak tenang. Dicapai pula buku pelajaran. Teman-teman serumahnya semua sedang tekun menelaah pelajaran. Bersungguh!

Sekali lagi setiap bait perkataan inggeris yang tertulis pada buku itu tidak mampu menembusi ruang otaknya. Mungkin sudah terlalu tepu barangkali... atau mungkin juga fikirannya tidak mampu fokus seperti sebelumnya.

Rasanya seperti mahu menangis semahu-mahunya....
Jam pada laptopnya ditatap. Masih ada beberapa minit sebelum azan maghrib berkumandang. Sudah hampir waktu berbuka. Kaki digagahkan menuju ke bilik air untuk berwudhu.
Dia tahu... Ada sesuatu yang hilang dari hatinya. Seperti biasa, jika tidak ke masjid untuk berbuka puasa, mereka akan berbuka beramai-ramai. Usai azan berkumandang, mereka akan sama-sama menunaikan solat maghrib berjemaah. 

Sesudah maghrib, dia teruskan 2 rakaat solat sunat. 
Seperti sesi muhasabah...
Matanya tidak tertahan lagi. Basah. Laju air jernih mengalir pada pipinya. Suara hatinya mengadu pada Sang Pencipta... 
Agar diangkat segala keluh kesah didada. 
Sebak. Dadanya terasa sempit.....

Pada kalimah Allah yang diucapkan, seolah-olah ada yang sedang menjawab dan mendengarkan tangisannya. 
"Allah, kenapa aku tak mampu ingat apa yang aku belajar? Kenapa susahnya untuk aku hadam segala ilmuMu? Kenapa apa yang aku baca tak masuk? Kenapa aku tak mampu fokus?...

Allah... Ramadhan ini, kenapa aku tak merasa berkahnya? Kenapa tak terasa kehadirannya, padahal aku dah baca Quran, aku dah buat amalan..."

.............................................

Bila Allah ilhamkan jawapan melalui sang hati...

"Sebab kau menuntut ilmu untuk apa? 
Kau kata kau belajar kerana Allah, sedang hati kau tak mampu menipu... Hati yang padanya ada yang lain selain Allah. Jika benar kerana Allah, kenapa masih mengharap pujian manusia. Belajar nak dapat dekan? Nak semua orang puji? Pandang tinggi kat kau?
Allahu Allah...
Menangis......

Ramadhan tanpa berkat atau engkau yang beramal tanpaNya dihati? Amal sekadar memenuhi borang mutabaah amal atau atas tuntutan ruh yang ingin dekat padaNya?

Sekali lagi.... Seakan lemas dalam air mata yang tak tertahan.....

.............................................

Sungguh, 
Dia lah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Apakah yang lebih baik daripada disedarkan dari lamunan yang panjang?
Hilang? Cari balik!

Ramadhan ini semoga menjadi hamba bertakwa!
Moga Allah redha~