template

WELCOME NOTE

16 August, 2015

Usrah?

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum semua! ^^
Weee~
Masih dalam mood cuti dan malas.
Laptop pulak rosak. Terpaksalah update blog guna phone. 

OK guys, I don't know what to say. emm...
Pernah tak dengar pasal usrah?
Kalau budak universiti or sekolah agama mesti dah biasa dengar kan? Kan? Kan? acah-acah tanya sambil buat mata the rock
Ehh eh... Mintak penumbuk ke ape

Well... Eh kejap, korang kalau nak  tahu definition or something ilmiah pasal usrah, rasanya korang dah silap territory nih....Apa yang me wanna share is just a fiction story and hasil perahan otak budak hingusan yang tengah belajar. Kalau betul nak usrah or bahan usrah yang superb, adalah lebih baik anda2 semua menjejakkan kaki ke kedai buku ilmiah, baca buku karangan sheikh fathi yakan atau terjah blog inche gabanna, tarbiah sentap, muharikah or cari kakak/abang naqib yang super ohsem. Hehee~



Because what i'm going to write is only a part of me and my memories about what we call 'usrah'.
So, the story begin as....
Chewah... Rasa macam tengok movie fairytale Cinderella pulak. Kah!

OK. Serious. Nak cerita nih.
So, usrah. Aku kenal the word "usrah" tu since sekolah rendah lagi. Sebab mak aku memang join usrah dekat kampung masa aku sekolah dulu-dulu. Every Tuesday, balik je sekolah Mak memang dah prepare everything. Nasik, lauk pauk and bagi makan Adik siap2... (Padahal setiap hari pun Mak memang camtu. Gigih, tabah siapkan everything for the family until now.) So, every Tuesday Mak akan pesan untuk kakak ngan aku tolong jagakan adik, jangan gi mana-mana sebab Mak nak pergi usrah dekat surau kampung. Kadang-kadang Mak ajak aku skali. Usrah tu biasanya ada ustazah yang akan bercerita or bagi tazkirah pasal Islam, pasal nabi Muhammad, kadang2 baca yaasin ramai-ramai.




And masa tu in my point of view, usrah tu untuk orang tua-tua, makcik makcik yang jadi suri rumah kat kampung. Dan aku ingat bila aku tua or dah jadi mak mak nanti, aku pun akan join usrah tu. Dan seriously, aku tak pernah tahu pun usrah untuk pakcik pakcik (lelaki) pun ada. Ingatkan ustazah je buat usrah dengan mak mak. Kalau ustaz buat usrah rasanya aku panggil ceramah kot.hee~

And budak kecik ni membesar dalam tanggapan sedemikian sehingga dia ditakdirkan tercampak ke sebuah sekolah agama.
So, dah nama sekolah agama mesti amek Arab. Jadinya, tahulah aku maksud sebenar usrah tu adalah keluarga yang dalam bahasa arabnya disebut "us-rah". Thanks to ustazah bahasa Arab saya yang sangat dihormati dan dikasihi. Semoga ustazah dalam jagaan dan rahmat Allah. 

Tapi masa tu mana la tahu maksud usrah dari segi istilah bagai. 
Tak tahu. 
Tak nak amek tahu dan tak cuba untuk tahu pun. 
Well, since me in a sekolah agama, kitorang akan ada majlis tazkirah everytime bila ada masa kosong. Contohnya, Cikgu tak masuk kelas, cikgu mesyuarat, mesti ada senior pengawas datang bagi tazkirah atau suruh sesape dalam kelas tu conduct a tazkirah session. And setiap hari khamis pagi, setiap kelas akan conduct their own tazkirah session. Wajib! Sampai Cikgu pun ada sesi tazkirah jugak dengan cikgu-cikgu. Actually we are having an usrah but we call it a tazkirah session. We don't use the term usrah to describe it.

Sampailah tingkatan 3, kitorang diperkenalkan dengan sistem usrah badar. And baru belajar apa itu usrah, siapa Hassan al-banna, silibus usrah yang rasanya memang patut dipelajari oleh seorang yang menggelar dirinya Muslim.
Masa usrah badar, kitorang ada lantik organisasi, ada ketua usrah, penolong, setiausaha, bendahari... Dah lupa dah ada jawatan apa lagi. Setiap badar ada 2 group usrah and ada naqibah masing-masing.

Aku skema waktu sekolah dulu. Jenis ikut peraturan, berkawan pun dengan budak-budak asrama yang kebanyakannya baik-baik. Memang tak dinafikan, ada yang jenis nakal, tapi kami cuma nakal yang tak melawan Cikgu, hormat kakak senior walaupun kadang-kadang tak puas hati. Yang tu kitorang settle belakang je. And ditakdirkan aku dilantik sebagai pengawas asrama.

Join badan pengawas asrama (BPAS) lagi la banyak pendedahan tentang usrah. Usrah pengawas, usrah MT ngan MPP. Nak pulak kau kena jadi MT.

Bila masuk form 4, aku join satu lagi usrah. Usrah yang tak ramai orang tahu. Kadang-kadang rasa tak adil jugak sebab hanya segelintir je yang ditarik. And i don't know why i was in the group. Maybe because of friends, seniors or usrah itself. Siapa tak suka weh, dapat kawan-kawan baik soleh solehah, and most of them are having a position in badan pengawas and MPP. And korang pernah tak admire seniors yang bagi korang bagus gila.... What i wanna say, bukan admire as a crush ke hape, tapi admire kerana kesolehan/kesolehahan or kelembutan, kesopanan, kegeniusan diorang. Dengan kata lain, ke'respect'an korang pada those seniors yang ada stunning personality. That is the reason why i had decided to join 'that usrah' dulu. I wonder, why diorang yang dalam kategori 'bagus gila' ni join usrah and what i found is the term DnT which stand for Dakwah and Tarbiyyah.

In a usrah, we learn how to share thought, lending our ears to hear other's problems and opinions, creating a bond as a family, thinking for the solutions and recommendations when there's issues.
Playing, eating and studying together.
Helping each others.
Banyak....
And from there i was introduced to many arabic terms like ukhuwwah, hamassah, jamaah, itsar....
Too many things to recall.
 Usrah.
 Adalah sesuatu yang menguatkan, dan bukan melemahkan.
 Stay calm and join usrah!






06 August, 2015

Impianku untuk Malaysia

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

6/8/15
Malam ni terfikir pasal mesia... I mean Malaysia. Yeah, Malaysia.
Skrg dah masuk August. Bulan kemerdekaan. Tapi... The negera sekarang is very bad. 

Hmm... Kalau dulu, masa kecik2 mesti dah sibuk fikir nak hias kelas bagai sbb bln kemerdekaan. Sayang betul kita kat Malaysia. Enhh? Ke sebab nak menang hadiah je?hee~

Tak nak cakap banyak pasal tu pun sebenarnya. Cuma otak ni dari tadi duk fikir pasal Malaysia. Pasal pemerintah, politik, ummah, kebajikan rakyat, akhlak masyarakat, pendidikan and everything is berputar-putar dalam kepala otak patik nih. I wonder... Bila agaknya semua ni akan berakhir? 

Pemimpin dengan masalahnya, rasuah bermaharajalela,
Budaya politik penuh dengan penipuan. Entah mana yang betul?

Televisyen?
saban hari ada je berita jenayah. Dadah, dera, samun, bunuh... 
Cerita yang ditayangkan hampir kesemuanya tidak mendidik. Filem hantu, gangster, romantik tahap nak muntah. Aksi gedik suami isteri, aurat yang tidak terjaga, ikhtilat apatah lagi.

Masyarakat dengan masalah sosial. Akhlak entah kemana, laman sosial penuh dengan caci maki, pronografi dimana-mana,

Entah dunia semakin kejam atau kita yang melampaui batas2 ajaran agama?
"Ummah semakin tenat." Itu kata sesetengah orang.
Namun, kau salah kalau hanya memandang tanpa usaha. Tenat itu juga dari kamu. Yang kadang tahu tapi diam membisu. Menunding jari dan mencaci saban waktu. 

Kalau ummah ini tenat, harus ada jiwa2 yang bangkit supaya ummah ini tidak mati. 

Kadang-kadang aku sendiri terfikir, bagaimanakah untuk aku yang tidak punya apa2 ini mahu bangkit sendiri?
Apakah akan berhasil?

Maka, aku coretkan impian ini untuk anak muda yang ingin sama melihat ianya menjadi kenyataan.

Impianku untuk Malaysia:

"Andai diberi waktu aku ingin melihat pemimpin yang dihormati dan disegani. Mungkin tidak setanding khalifah2 dahulu yang namanya mekar dalam catatan sejarah 'the golden age of Islam'. Cukuplah hormatnya rakyat kepadanya kerana kemuliaan Islam yang diperjuangkannya. Biar tidak kaya, tidak ada kediaman mewah, duit berjuta billion, cukuplah padanya sifat amanah dan tawadhu'.

And, kan bagus kalau menteri2 yang diberi amanah dalam pentadbiran negara diinterview. Suruh baca quran dengan lancar, hafal hadis niat dengan maksud pun dah OK. Kalau dapat hafiz Quran, or orang yang faham agama lagi bagus. A professional that balance in aqli and naqli. Orang yang yakin, Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
Baru rakyat respect. Kalau menteri tu non Muslim pulak, of course dia kena ikut pemerintahan Islam. No corruption. 

Lagi... Hiburan. Tak salah, cuma biarlah dengan batas-batas syariat. Siaran television pulak biarlah yang mendidik masyarakat, bukan yang mendorong salah laku masyarakat.

Dan masyarakatnya, moga penuh sopan santun, berakhlak dan mengamalkan ajaran Islam. Yang perempuan penuh dengan perasaan malu dan menjaga kehormatan, dan lelaki biarlah yang bertanggungjawab dan jujur.

Allah, selamatkanlah Malaysia."

Andai hari ini impian ini hanya mimpi dan doa, semoga esok menjadi kenyataan yang dibanggakan.
Kerana aku percaya pada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kenapa aku kesah?
Sebab aku sayang Malaysia. 

Allah, jadikanlah zuriat2 dan keturunan kami mereka-mereka yang mencintaiMu dan mencintai ar-rasul sholallahu 'alaihi wa sallam, dan memperjuangkan agama Islam.

Andai hari ini masih ramai diantara kami yang mengamalkan jahiliyyah, janganlah Engkau jadikan zuriat keturunan kami juga golongan yang jahil, sebaliknya Engkau jadikanlah mereka2 yang selepas kami golongan yang faham Islam dan mengamalkannya sebagai cara hidup mereka.

Sincerely;
A mere girl with a big dream^^