template

WELCOME NOTE

28 July, 2016

Buang belakang (baca throwback)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, Tahun 3 sudah sampai ke penghujungnya.
Cuma masih menunggu result pro-exam.
Lama rasanya meninggalkan blog ini sepi tanpa berita. 
Acewaahh. . .
Sastera tak? Kihkihkih. . . . .

Memandangkan blog ni pun dah kurang cerita, meh sini aku cerita serba-sedikit pasal tahun 3.
Hmm... Banyak sungguh benda yang berlaku dan berlalu sepanjang tahun 3. Cerita GMGS, cerita klinik, cerita itu ini dan itu. . .

T A H U N   T I G A . . . 
Jauh lebih memenatkan dari tamhidi, tahun 1 mahupun tahun 2. Bukan tak ada masa, cuma selalu rasa terkejar-kejar. Walaupun dalam jadual korang tu penuh masa free sebab tak terlibat dengan ward round atau bedside teaching. OK, sebenarnya takde la penat sangat. Cuma akhir-akhir sem je, semua lecturer nak pulun habiskan silibus yang tertinggal.

Mula dengan   i n t r o d u c t i o n   w e e k   T a h u n 3
Kitorang start dengan intro-to clinical. Ada competency E&D, demo and test CPR. Competency test jangan kata la . . . 'Bejujut' orang kapung kite kate. Maksudnya berderet-deret. Haha. Tapi ada remedial. Kalau tak lulus takleh masuk clinic. 
Aku failed E&D. Memang dari awal lagi aku tak confident sebab orang lain semua ada partner masing2. Aku je sorang2, lepastu kena buat dengan staff. Memang makin gemuruh lah aku. Dah la masa practice dah kena marah ngan Dr. Sedih. . . tapi sekejap je la. Pujuk diri sendiri. Lepastu remedial dah lulus. Alhamdulillah. Tu pun Dr ngan kawan2 yang banyak tolong. Wuwuu. . .

Ni masa demo and practical CPR
Nasib baik patung dia tak keras sangat
macam masa kelas GS =.=''
penat woo tangan
Nasib baik lulus CPR, kalau tak memang aku down gila-gila la.
Tu cerita pasal introduction week.  

G M G S :'(
Then, aku kena jadi ajk subject GM. Sebab mostly dah pilih nak jadi AJK subject apa. Tinggal GM ngan GS je takde volunteer. So, since aku tak pernah lagi jadi ketua or AJK subject apa-apa, aku dipilih. Subject GM, GS ni memang killer and subjek pro untuk tahun ni. Tambah pulak Dr yang jadi coordinator untuk subjek GM ni boleh dikatakan garang oleh senior2. Then, semua pasal GM aku yang bertanggungjawab inform Dr, contact lecturers, arrange scedule untuk bedside teaching and lectures dengan lecturer luar. Nak dijadikan cerita, ada pulak incident. . .  
Dr luar tu salah paham baca mesej aku. Tapi memang salah aku la jugak. Sebab gopoh-gapah sangat hantar mesej tak cek dulu. Sampai sekarang aku ingat ayat Dr tu dan sampai sekarang aku masih trauma nak berurusan dengan Doc/ lecturers. Sampai 2-3 kali aku akan suruh kawan2 cek dulu mesej aku tu proper ke tak. 
Lama jugak aku murung. Sampai sekelas pujuk aku nangis kat kelas. Sebulan jugak aku down. Asal balik bilik je menangis. Sebab asal lecturer masuk kelas je, semua nasihat pasal adab ngan lecturer. Mana taknya, aku memang tak pernah ada masalah ngan cikgu, atau lecturer sebelum ni. Tak pernah ada orang tegur cakap aku tak beradab. Sampai membangkit soal sekolah agama lagi. Aku nangis bukan sebab takut. Tapi sebab rasa bersalah gila-gila bila Dr tu kaitkan soal sekolah agama, adab bagai. Rasa macam, Ya Allah, apa aku dah buat ni. 


Salahnya sebab aku tak kenalkan diri dulu dalam mesej tu. And ayat aku mungkin macam mendesak Dr tu untuk buat kelas. Padahal aku tak ada niat langsung. Aku dah pernah mesej and kenalkan diri sebelum ni, so aku expect Dr tu dah ada phone no aku. And the things jadi rumit jugak sebab aku tak tahu 2 jam sebelum tu kawan aku dah mesej Dr tu tanya pasal bedside teaching. Aku nak terus mintak maaf dalam mesej tu, tetibe phone pulak mati takde batteri. Mau tak menangis aku. Punyalah tak tenang. Tapi lepastu aku mintak maaf la.
So, esoknya Dr yang jadi coordinator kelas kitorang marah kat kelas pasal adab dengan lecturer. Makin berjujuranlah air mata aku. Haha. . . cerita flashback ni pun boleh buat aku bergenang air mata dah sekarang. Oh My God!
The next day, aku gi mintak maaf and explain kat Dr coordinator tu pasal apa yang berlaku dengan Dr luar tu. Dan berjujuran lagi sekali air mata aku depan Dr coordinator tu kat dalam bilik Dr.
Tapi nasihat Dr buat aku tenang. And aku rasa Dr tu takdelah garang sangat macam senior cakap. Dr tu pujuk aku bila nampak aku nangis sebab aku cakap; " Saya mintak maaf sebab dah susahkan Dr." 
Dr cakap dia bukan marah, cuma dia taknak kawan2 ulang benda yang sama. Anggaplah dia tegur sebagai seorang ibu yang nak yang terbaik untuk anak-anak dia, bukan marah sebab benci. Lebih kurang macamtu lah ayat Dr.
Hahhh. . . . "...barang yang lepas jangan dikenang."

Lagi pasal GM,
Ward round, photostat lecture notes. . .
Bedside teaching. Yang ni kalau nak cerita banyak pulak.
Gambar pun tak banyak.
with GMGS lecturers and The Mechanics Gigi

Practical scrubbing General Surgery
**Acah-acah masuk OT
spot me there!
GMGS Temerloh posting
29/01/16


Then pasal   K L I N I K.
Aku ni slow motion sikit dari orang lain. 
Awal-awal masa competency test, semua smooth except for Paeds (sebab tu aku dapat C masa sem 1)
Pendek kata semua clinic lah ada competency test before kitorang dapat touch and treat real patients.
Lain-lain competency sama macam dalam optech. Kalau untuk Cons, class 3 restoration, class 2 amalgam, deep caries management. . . Then local anaesthetic (LA) injection for OMFS, Surveying and denture design for Prostho. Wire bending Ortho, Root debridement Perio then, last but not least rubber dam placement and PRR for Paeds. 

Tapi bila with the real patient, memang semua pasal rezeki.
Aku ulang   R E Z E K I 

K l i n i k   C o n s,  sem 1 aku tak pernah treat patient. Sebab semua patient yang aku dapat takleh datang treatment. Yang sedihnya, dapat sorang patient ni, janji nak datang. Tetibe hari kejadian aku dah tunggu sejam, baru dia bagitahu sebenarnya takleh datang. Masalahnya bukan sekali dia buat macamtu, sampai 3 kali. Sem 2 baru aku rasa macam mana drill and tampal gigi patient. Tapi sedih jugak sebab dah lama tinggal amalgam restoration. Asyik guna composite je.

K l i n i k   P a e d s   aku banyak tampal, tapi cuma pernah treat 2 patient je. So, aku rasa kurang lagi bab patient management. Tapi aku paling suka patient paeds aku sorang ni. Walaupun tak banyak cakap, tapi dia cooperative sangat-sangat.

Kalau   k l i n i k   P r o s t o d o n t i c s   pulak, sem ni sepatutnya kitorang kena siapkan full-full 2 unit. Awalnya, aku takde patient. Ramai jugak kitorang yang takde patient. So sem 1 tu kitorang gamble je la, pergi assist sesapa yang bawak patient. Aku ngan partner dua-dua tak ada patient. Sem 2 baru kitorang dapat patient. Tu pun aku buat copy denture je, nasib baik Dr ambil kira as requirement jugak. Alhamdulillah sempat siap. Walaupun aunty tu makin banyak pulak complain masa review. Sem depan baru nak pulun partial-partial ngan full-partial. Sebenarnya, buat kat patient lagi susah dari masa kita belajar kat dalam lab, buat dengan dummy and model. Same goes to restoration jugak.

P e r i o   c l i n i c.  Nak last2 baru merasa buat perio charting and complete full mouth scaling. Tapi tak berapa boleh nak appreciate sebab patient tu dah banyak gigi yang takde. Root debridement dekat mulut dummy sangatlah memenatkan tangan. Rasa macam nak cepat2 tamat masa nak rest. Tangan dah krem macam jawab exam esei BHSC. Paling tak best sebab aku kidal. Susah gila nak cari angle sendiri. Finger rest bagai.


Hah lagi satu masalah bila kidal ni. . . 
extraction in  O r a l   S u r g e r y   c l i n i c.  Aku cuma dapat rasa sekali je pegang forceps and cabut root of 14. Kahkah. The most memorable first time! And that is the last OS clinic for last sem. Aku meroyan dekat akaun G+. Ehh ramai pulak mamat indon ngan orang tua yang pergi plus ngan comment. Jap aku screenshot. Hmmm. . .



O r t h o   kitorang tak start lagi. Baru belajar wire bending ngan twin block. Next sem inshaAllah, screening patient.

Next pasal   e v e n t s   i n   t h i s   y e a r s . . . .
Nah share gambar je.
MPS '16
MPS '16
Malam Perdana Siswa KKP
The Kingdom of Love

Dental Sport Tournament (DST)
"Canine"

Dental Appreciation Night '16

Hmmm... Panjang gila post kali ni.
Next, kalau rajin ai cerita pasal clinical exam GMGS...heee~
Adioss!