template

WELCOME NOTE

27 August, 2016

Syurga untuk diburu!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan
Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi
Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan
Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya
Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya
Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Ya.... Syurga.
Seindah bayangan mata... Namun realitinya, Allah menyediakan apa yang tidak pernah terbayang dek akal kita. Dan manusia itu..... Sentiasa dan sentiasa melakukan kesilapan.

Allah,
Pada setiap bait ayat dariMu terkandung peringatan buat diri..... Sungguh.... Aku hamba hina.... 

Rindu gila nak nages dalam sujud...
Kau faham tak rasa bila Allah bagi kau rasa nikmat beriman?
Bila kau sanggup bangun tengah malam
Dan kau rasa ada suara dari dalam lubuk hati kau yang paling dalam meronta-ronta mintak kau ambil wudhu dan buat solat taubat. Dan bila kau solat, kau rasa Allah pandang kau. Kau rasa kau kerdil sangat. Kau rasa macam layakkah aku ni nak masuk syurga. Saat kau sujud dan sebut Allah.... Sungguh, air mata yang mengalir tu buat kau sebak, tapi hati kau rasa basah, tenang, gembira dan disayangi. Kau rasa tak nak hilang perasaan tu. Rasa macam nak doakan biar Allah 'pause'kan masa tu special untuk kau.
Dan kau nanges dan nanges lagi.

Tapi perasaan waktu tu kau tak selalu dapat. Even kau bangun tahajjud setiap hari, tak sama... Bila sebenarnya cuma jasad kau yang hadir. Tapi hati kau masih kering. Dan kau cuba untuk menangis, tapi tak boleh. Kau banyak terleka. Hati kau keras, rapuh dan kosong. And even kau bangun tahajjud pun, hari-hari kau tak produktif macam masa kau diberi kemanisan beriman tu. 

Sebab tu, kalau kau tengok ramai orang yang berperwatakan baik, tapi ada benda yang dia buat macam tak kena. Banyak aku dengar orang cakap; " Alah, orang pakai tudung pun, perangai buruk jugak." "....solat kat masjid tak pernah missed, tapi mulut macam longkang"
Yup. Manusia memang suka judge orang. 
Even me myself are not perfect. 
So, i don't really mind if people judging me.
We are human being.
Yang leka... yang kadang-kadang mengalami proses jatuh dan bangun untuk jadi yang terbaik. Cuma satu aku pesan, bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri; "Even kau dah hanyut jauh mana, carilah jalan pulang. Even kau dah sesat dalam dunia mana, ingatlah tempat asal kau. S Y U R G A .
Kau tak rindu? Kau tak nak tengok sendiri ke syurga yang Allah cerita dalam Quran tu?"

Sebab tu the ending of your life story bukan sampai "....they lived happily ever after" tapi....
"We enter The Paradise."